Skip to content
Home » Apa Itu EPP (Easy Payment Plan)? Cara Guna Untuk Renew Insurans Kereta Anda

Apa Itu EPP (Easy Payment Plan)? Cara Guna Untuk Renew Insurans Kereta Anda

    Nak beli barang mahal tapi tak nak bayar sekaligus? Kini anda boleh guna kaedah EPP (Easy Payment Plan) — kaedah bayaran ansuran yang mudah dan mesra bajet!

    Apa Itu EPP?

    EPP tradisional membolehkan ansuran sepanjang 6–36 bulan, biasanya melalui kad kredit, dengan 0% faedah, tetapi mungkin ada caj pengurusan sekali sahaja yang ditetapkan bank/pedagang


    Bank apa yang menyokong penggunan EPP?

    Ada Beberapa pihak bank yang boleh diguna untuk kaedah bayaran EPP dalam Bjak  & setiap bank menyediakan penggunan bergantung pada jumlah tempoh & harga pembelian insurans anda.

    • RHB
    • AmBank
    • Hong Leong Bank
    • Publick Bank
    • UOB
    • OCBC
    • AFFIN 
    • HSBC
    • Standad Chartered
    • Maybank

    Cara Mengguna EPP Dalam Bjak

    1. Layari Bjak, untuk dapatkan sebutharga.
    2. Pilih jenis kenderaan & isikan butiran maklumat diri & kenderaan.
    3. Selepas menerima sebutharga, pilihan pelan insurans.
    4. Pilih kaedah bayaran EPP kad kredit.
    5. Pilih tempoh ansuran ( Bergantung pada pihak bank & jumlah harga pembelian)
    6. Masukkan Butiran Kad Kredit untuk lanjutan pembelian.
    7. Setelah dilulus oleh pihak bank,bayaran akan dibahagikan secara automatik ke dalam bil bulanan anda.

    Kelebihan Menggunakan EPP

    Rancang Bajet – Tidak perlu bayar sekaligus, bantu kawal aliran tunai.
    Mudah & Automatik – Caj bulanan akan ditolak automatik dari kad kredit anda.

    Ringkasan Faedah & Keterbatasan:

    Perbandingan Kaedah Ansuran: BNPL vs EPP

Terdapat dua kaedah ansuran utama yang ditawarkan: BNPL (Buy Now Pay Later) dan EPP (Easy Payment Plan). BNPL membolehkan bayaran dibuat dalam tempoh 3 hingga 4 bulan menggunakan kad debit atau kredit dari mana-mana bank, tanpa faedah (0%) dan tanpa sebarang yuran atau perbelanjaan minimum. Manakala EPP pula menawarkan tempoh ansuran lebih panjang, iaitu antara 6 hingga 36 bulan, tetapi hanya tersedia untuk kad kredit tertentu. Walaupun EPP juga menawarkan faedah 0%, ia biasanya dikenakan yuran sekali dan memerlukan jumlah perbelanjaan minimum sekitar RM500 ke atas.


    Perkara Perlu Diperhatikan

    • Tertakluk kepada syarat bank & peniaga
    • Caj faedah akan dikenakan jika gagal buat bayaran tepat masa
    • Kad kredit sahaja – tidak sah untuk kad debit/pinjaman biasa

    Soalan Lazim (FAQ)

    • Perlu mohon secara manual ke bank?
      Tidak, proses EPP boleh dibuat terus di laman pembayaran (seperti Bjak) jika kad anda layak.
    •  Boleh guna debit card?
      Tidak, EPP hanya tersedia untuk kad kredit.
    • Ada caj tersembunyi?
      Tiada caj jika anda ikut jadual bayaran. Tapi, bank mungkin kenakan penalti jika lewat bayar.

    Kesimpulan

    Guna EPP di Bjak adalah cara pintar untuk bayar insurans dan cukai jalan secara ansuran tanpa bebankan bajet bulanan. Mudah, cepat, dan fleksibel!

    Baca juga:

    Apa Berlaku Jika Insurans Tamat Tempoh?

    Panduan Perbaharui Roadtax secara talian guna BJAK

    Cara Banding Harga Insurans Kereta Secara Online