Panduan Untuk Pemandu E-Hailing, Teksi, Van dan Lori
Apa Itu Lesen PSV? (Public Service Vehicle)
PSV (Public Service Vehicle) ialah lesen khas untuk pemandu kenderaan yang membawa penumpang untuk tujuan komersial.
Kenderaan yang Perlu Lesen PSV:
- E-hailing (Grab, InDrive, airasia ride)
- Teksi
- Bas
- Van penumpang (komersial)
Syarat Permohonan PSV:
- Umur minimum: 21 tahun
- Mempunyai lesen memandu kompeten (CDL)
- Pemeriksaan kesihatan
- Kursus PSV di institut memandu (6 jam)
- Lulus ujian teori JPJ
- Pemeriksaan kenderaan (PUSPAKOM untuk teksi/e-hailing)
- Perlindungan insurans penumpang
Apa Itu Lesen GDL? (Goods Driving Licence)
GDL (Goods Driving Licence) ialah lesen wajib untuk pemandu kenderaan yang membawa barangan komersial.
Kenderaan yang Perlu Lesen GDL:
- Lori
- Van kargo
- Pickup truck (komersial)
- Kenderaan muatan berat/ringan berdaftar komersial
Syarat Permohonan GDL:
- Umur minimum: 21 tahun
- Lesen CDL yang sah
- Pemeriksaan kesihatan (borang JPJL8A)
- Menghadiri kursus dan ujian GDL
- Lesen perlu diperbaharui setiap tahun
Bezanya PSV & GDL:

Baca juga:
Allianz : Perlindungan Lengkap, Sesuai Untuk Semua & E-Hailing

