Skip to content
Home » Apakah Faktor Yang Mempengaruhi Harga Travel Insurance?

Apakah Faktor Yang Mempengaruhi Harga Travel Insurance?

    harga travel insurance

    Travel insurance atau juga dikenali sebagai insurans perjalanan merupakan salah satu keperluan yang perlu diambil khususnya bagi individu yang merancang untuk melancong ke luar negara. Namun begitu, segelintir bakal pelancong mungkin masih berkira-kira untuk mendapatkannya kerana menganggap premium atau harga travel insurance yang perlu dibayar agak tinggi.

    Perlu anda ingat, insurans ini sangat penting agar ia dapat melindungi anda khususnya dari segi kewangan andai ketika berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika melancong. Polisi ini akan dapat membantu melindungi anda, termasuklah jika bagasi hilang, cedera atau kemalangan ketika melancong, penerbangan ditunda dan pelbagai lagi seperti yang terkandung di dalam polisi.

    Sebenarnya, kos untuk membeli insurans perlu diletakkan sebagai salah satu bajet dalam perancangan anda untuk pergi bercuti. Ia mungkin akan menambah sedikit bajet anda, namun ia berguna untuk melindungi anda pada masa akan datang. Namun sebelum ingin membeli insurans ini, anda mungkin ingin tahu apakah faktor yang mempengaruhi harga travel insurance kan?

    Jom kami kongsikannya menerusi artikel ini. 

    Berapakah harga satu pelan travel insurance?

    harga untuk membeli satu pelan insurans perjalanan adalah berbeza-beza.

    Sebenarnya penting untuk anda tahu dan fahami, harga untuk membeli satu pelan insurans perjalanan adalah berbeza-beza.

    Syarikat insurans akan terlebih dahulu mempertimbangkan pelbagai risiko apabila mengira premium insurans perjalanan anda. Kadar premium atau harga yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada kemungkinan anda membuat tuntutan sebelum dan semasa perjalanan anda pergi.

    Selain daripada faktor biasa seperti destinasi percutian, terdapat beberapa faktor utama termasuk umur dan sebarang keadaan perubatan sedia ada yang boleh menjejaskan harga travel insurance. 

    Faktor yang mempengaruhi harga travel insurance

    Berikut adalah penjelasan lanjut tentang perkara-perkara yang mempengaruhi harga travel insurance anda:

    Umur

    Pertama sekali, premium insurans perjalanan cenderung untuk meningkat seiring dengan usia seseorang. Bermakna, semakin berusia anda, semakin tinggilah premium yang akan dikenakan. Ini kerana ia mengambil kira risiko penyakit, tidak kiralah sama ada didiagnosis dan tidak didiagnosis, dan kebarangkalian membuat tuntutan semakin tinggi apabila anda semakin tua. Disebabkan itu jugalah sesetengah syarikat insurans perjalanan hanya menawarkan polisi sehingga umur tertentu sahaja.

    Penanggung insurans perjalanan biasanya meletakkan pengembara/ pelancong ke dalam kumpulan umur, dengan bawah 65-an sering diletakkan dalam golongan berisiko lebih rendah. Jadi, anda mungkin perasan premium insurans perjalanan anda meningkat selepas hari lahir anda yang ke-65.

    Keadaan perubatan

    Antara soalan yang perlu anda jawab semasa ingin mendapatkan satu polisi anda ialah butiran tentang sebarang keadaan perubatan yang sedia ada.

    Ini boleh memberi kesan kepada jumlah kos insurans anda, kerana faktor kesihatan sedia ada boleh meningkatkan peluang anda untuk memerlukan rawatan perubatan kecemasan semasa berada di luar negara. Selain itu, terdapat juga kebarangkalian yang lebih tinggi untuk anda membatalkan perjalanan kerana tidak sihat, atau terpaksa memendekkan percutian anda.

    Tempoh percutian anda

    Seperti yang anda jangkakan, premium insurans untuk percutian dua minggu di luar negara biasanya akan menelan belanja lebih berbanding percutian hujung minggu yang singkat meskipun ia adalah destinasi yang sama.

    Bermakna, semakin lama anda bercuti, semakin tinggi kebarangkalian untuk anda membuat tuntutan insurans untuk perubatan kecemasan mahupun kehilangan harta peribadi. 

    Destinasi

    Terdapat beberapa cara bagaimana destinasi anda boleh memberi kesan kepada harga polisi anda.

    Biasanya, premium insurans akan lebih murah bagi negara yang dilihat sebagai ‘berisiko rendah’ oleh syarikat insurans berbanding negara yang berisiko tinggi dan di luar jangkaan seperti kerap berlaku bencana alam atau sedang berada dalam konflik (pergolakan/ peperangan).

    Harga bagi kos penjagaan kesihatan di destinasi anda akan kunjungi juga akan mempengaruhi premium insurans. Selain itu, premium insurans juga lebih mahal apabila anda ingin kunjungi negara yang terlalu jauh dengan negara asal anda. Ini kerana, kos penghantaran pulang (jika sakit atau meninggal dunia) dari satu negara ke negara lain juga tinggi, disebabkan itulah premium yang akan dikenakan lebih mahal. 

    Maklumat orang yang ingin dilindungi

    Butiran yang lebih terperinci tentang perkara yang akan anda lakukan ketika bercuti dan perkara yang akan anda bawa bersama-sama anda juga akan mempengaruhi harga travel insurance anda.

    Jika anda perlu menginsuranskan barang berharga seperti kamera, beg atau jam mewah atau mungkin juga barang kemas, maka premium yang akan dikenakan adalah lebih mahal.

    Dalam pada itu, jadual perjalanan percutian anda juga memberi kesan kepada harga polisi insurans perjalanan anda. Jika perjalanan anda penuh dengan sukan dan aktiviti lasak, harga insurans anda juga akan lebih tinggi kerana risiko kemalangan atau kecederaan anda lebih besar.

    Semoga perkongsian ini bermanfaat dan berguna untuk anda!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: