Memandu dalam jarak jauh sememangnya memenatkan. Contohnya perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu boleh memakan masa sehingga 6 jam untuk sampai ke destinasi.
Maka, sudah menjadi kebiasaan untuk pemandu kereta berhenti di mana-mana perhentian di lebuh raya untuk berehat sebentar sebelum meneruskan baki perjalanan yang masih jauh. Ada yang berhenti untuk ke tandas, mengisi perut dan tidak kurang juga tidur di dalam kereta akibat kepenatan.
Tidur di dalam kereta mungkin sudah menjadi satu tabiat untuk para pemandu. Tapi sebenarnya, tahukah anda bahawa tidur di dalam kenderaan boleh mengundang bahaya, terutama sekali sekiranya enjin sedang dihidupkan.
Mengimbau tragedi yang pernah berlaku pada tahun lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kematian tiga pelajar kolej yang tidur di dalam kereta semasa berehat di sebuah stesen minyak. Laporan mendapati terdapat kebocoran pada ekzos kereta, mengakibatkan pengeluaran enjin ditarik ke dalam kabin kerana kenderaan dibiarkan lama dalam keadaan tidak bergerak.
Ya, memang mengejutkan! Tidur di dalam kereta dengan penghawa dingin terpasang bukan sahaja berbahaya, malah juga boleh mengancam nyawa. Anda mungkin ingin akan berfikir semula untuk tidur di dalam kereta selepas membaca artikel ini.
Apa yang menyebabkan kematian semasa tidur dalam kereta?
Penyebab utama yang boleh mendatangkan kematian adalah karbon monoksida – Gas yang tidak mempunyai bau dan terhasil dari pembakaran bahan bakar seperti arang batu, kayu, arang, gas asli dan minyak bahan api.
Kebiasaannya, karbon monoksida ini meresap dengan segara di kawasan terbuka, dan lebih berbahaya kepada kesihatan manusia apabila terkumpul di kawasan tertutup. Sebagai contoh, kereta yang enjinnya dihidupkan tanpa membuka tingkap.
Gas beracun ini akan bercampur dengan hemoglobin (bahagian sel darah merah yang membawa oksigen), lalu membentuk membentuk carboxyhaemoglobin. Apabila ini berlaku, darah tidak lagi mampu membawa oksigen, dan kekurangan oksigen menyebabkan sel dan tisu badan gagal berfungsi dan menyebabkan kematian.
Disebabkan sifat gas ini yang tidak berwarna dan berbau, kita sendiri mungkin tidak sedar yang kita sudah pun menghidu bahan beracun ini. Mereka yang tidur boleh mati akibat dari keracunan karbon monoksida tanpa mengalami sebarang gejala.
Pendedahan terhadap gas karbon monoksida yang lebih lama boleh menyebabkan kewujudan gejala yang lebih teruk. Tambahan pula, anda boleh boleh hilang kesedaran dalam masa dua jam sahaja sekiranya terhidu gas ini dalam kuantiti yang banyak.
Selamatkah kalau buka tingkap sedikit?
Ada yang berpendapat bahawa membuka sedikit tingkap dapat menghalang pengumpulan karbon monoksida yang berlebihan. Namun menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), adalah tidak selamat untuk anda tidur di dalam kereta tidak kira sama ada anda tutup ataupun membuka tingkap.
Ini adalah kerana sebahagian udara yang terperangkap dalam proses peredaran menyebabkan paras karbon moksida meningkat dan paras oksigen berkurangan. Anda boleh mengalami sesak nafas akibat peredaran udara yang sama di dalam kereta.
Justeru, anda disarankan untuk keluar daripada kereta dan berehat di tempat yang terbuka bagi mendapatkan peredaran udara yang lebih baik.
Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda mengalami gejala keracunan karbon monoksida?
Sekiranya anda mengesyaki sebarang kebocoran dan mengalami gejala seperti yang disebutkan di atas:
- Matikan enjin kereta, atau pandu ke kawasan rehat yang berdekatan untuk berhenti
- Buka pintu dan tingkap kereta bagi tujuan pengudaraan
- Hubungi 911 dan laporkan keadaan anda sekiranya anda mengalami keracunan gas. Jangan hindarkan gejala ini kerana ianya boleh mengundang maut. Kebiasaannya, anda boleh melakukan ujian darah segera di hospital untuk mengesan keracunan karbon monoksida.
Bagaimana cara anda mencegah keracunan karbon monoksida?
Meskipun keracunan karbon monoksida tidak boleh dilihat dan dihidu, pengularannya masih lagi boleh dicegah. Cara terbaik untuk mengelakkan keracunan yang tidak disengajakan adalah dengan mencegah pendedahannya seperti:
Tidak meninggalkan kereta anda dengan enjin yang hidup di kawasan tertutup. Walaupun anda merurunkan sedikit tingkap, gas karbon monoksida masih boleh berkumpul di ruangan kereta.
Sentiasa periksa ekzos kereta anda dengan lebih kerap. Sebarang kebocoran pada sistem ekzos boleh menyebabkan gas karbon monoksida masuk ke dalam ruangan kereta anda.
Pasang pengesan karbon monoksida di dalam kereta anda sebagai langkah keselamatan. Memandangkan kehadiran gas beracun ini tidak dapat dikesan dengan deria kita, satu-satunya cara untuk berjaga-jaga adalah dengan memasang pengesan.
Sentiasa baiki kereta anda meskipun selepas kemalangan kecil. Sebarang kerosakan atau lubang pada kenderaan anda mungkin memberi ruang untuk asap memasuki ke ruang penumpang.
Utamakan keselamatan anda
Berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan, kami berharap ia dapat meningkatkan kesedaran tentang bahayanya untuk tidur di dalam kereta. Sekiranya anda letih, sebaiknya anda cari hotel yang berdekatan untuk berehat. Jika anda benar-benar perlu tidur sebentar di dalam kereta, pastikan anda cari kawasan selamat, matikan enjin dan turunkan sedikit tingkap untuk memastikan kabin mempunyai pengudaraan yang baik. Sentiasa utamakan kesihatan anda.
Bjak adalah platform perbandingan insurans kereta utama di Malaysia yang menawarkan lebih daripada 10 jenama insurans ternama. Buat pemilik kereta dan motosikal, anda boleh dapatkan sebut harga secara percuma dalam masa 3 minit sahaja hari ini dengan mudah!