Skip to content
Home » 5 Barang Wajib Ada Ketika Bercuti

5 Barang Wajib Ada Ketika Bercuti

    barang wajib ada ketika bercuti

    Selepas 3 tahun berdepan dengan pandemik Covid-19, industri pelancongan seluruh dunia mula buka secara perlahan-lahan dan kembali meriah. Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri mula merancang untuk pergi bercuti baik di dalam mahupun luar negara yang secara tidak langsung mampu menstabilkan ekonomi dunia.

    Namun begitu dalam keterujaan untuk pergi melancong, anda perlu ingat supaya membuat perancangan yang paling teliti agar percutian tidak menjadi huru-hara terutamanya ketika berada di negara orang.

    Beberapa perkara penting perlu dipersiapkan dan dibawa bersama sebelum anda memulakan perjalanan. Ingin ketahui apakah ia? Jom teruskan membaca perkongsian ini.

    Barang wajib ada ketika bercuti

    Passport

    pastikan passport dibawa

    Pertama sekali, ini yang paling penting untuk anda bawa bersama. Sila pastikan anda membawa passport yang masih belum tamat tempoh supaya anda boleh masuk ke negara lain tanpa sebarang masalah.

    Jika masih belum ada passport atau ia sudah tamat tempoh, sila buat segera secara online di website Jabatan Imigresen Malaysia. Sediakan wang sebanyak RM200 untuk pembaharuan passport bagi tempoh 5 tahun ya.

    Barangan elektronik dan aksesori 

    Selain telefon bimbit (yang sememangnya gajet wajib untuk semua individu), anda juga mungkin ingin membawa komputer riba atau bahkan juga kamera peribadi. 

    Apabila membawa barang-barang yang perlu dicas semula ini, pastikan anda tidak terlupa untuk bawa sekali semua pengecasnya, termasuklah powerbank. Lebih penting, jangan terlupa membawa universal adaptor juga ya! 

    Lebih bagus, bawa sekali adapter yang bersesuaian dengan destinasi yang anda akan kunjungi. Ingat, plug atau kepala soket untuk setiap negara mungkin berlainan jadi anda perlu buat carian terlebih dahulu ya. 

    Sediakan wang dan e-Wallet

    Perasan atau tidak, sejak berlakunya wabak Covid-19, banyak urusan jual beli menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai seperti kad kredit, e-Wallet dan pelbagai lagi. 

    Apabila ingin melancong ke luar negara khususnya, anda disarankan untuk membahagikan sebahagian wang anda kepada tunai dan juga pembayaran secara online. Kini, anda ada pilihan untuk mendapatkan kad seperti MAE atau BigPay yang akan membantu memudahkan urusan anda di luar negara. Sila buat research terlebih dahulu tentang e-Wallet mana lebih banyak memberi banyak manfaat dan diterima di negara yang anda ingin kunjungi nanti.

    Namun, bawa juga wang tunai bersama ya (namun tidak perlu banyak) bagi mengelakkan risiko anda disamun dan sebagainya. 

    First-aid kit untuk travel

    Bawa bersama first aid-kit ketika melancong

    Sebelum pergi melancong, jangan lupa untuk bawa bersama first aid kit yang sesuai untuk perjalanan jauh. Tidak perlulah bawa sekotak besar ubat-ubatan. Cukuplah jika anda membawa satu kotak kecil sahaja yang diisi dengan ubat-ubat penting (selalu anda ambil) dan juga alatan lain seperti iodin, kain kasa dan sebagainya. 

    Jika berlaku kecemasan kecil, maka anda bolehlah merawatnya sendiri terlebih dahulu. Dengan meletakkan ubat-ubatan di dalam kotak khas juga, ia pastinya akan lebih tersusun dan membantu memudahkan anda untuk menggunakannya nanti. 

    Insurans perjalanan

    Insurans perjalanan sangat penting untuk diambil khususnya jika anda ingin pergi melancong ke luar negara. Kita tak tahu kan apa yang akan berlaku. Bagasi atau dokumen penting lain boleh hilang tanpa sengaja, kita boleh sakit atau kemalangan secara tiba-tiba, penerbangan ditunda atau perlu dibatalkan dan lain-lain.

    Dengan memiliki insurans perjalanan, anda bolehlah dilindungi dan layak untuk membuat tuntutan insurans sekiranya berlaku perkara-perkara ini kepada anda baik sebelum ingin mulakan percutian ataupun ketika sedang melancong. 

    Kini, banyak syarikat insurans menawarkan pelan komprehensif untuk kita mendapatkan insurans perjalanan. Anda hanya perlu membandingkan sahaja pelan mana yang lebih baik. Buatlah perbandingan dengan beberapa buah syarikat insurans dahulu ya untuk tahu pakej terbaik yang anda boleh dapatkan.

    Nak lebih mudah? Anda juga sudah boleh gunakan platform Bjak. Ada 15 insurans untuk dibandingkan terus sekaligus. Pasti lebih cepat dan mudah.

    Ingat, tak kira di mana pun anda ingin melancong baik di negara Eropah mahupun Asia, pastikan anda tidak lupa membawa barang wajib ada ketika bercuti ni ya! Lepas dah ready semua ini, barulah anda boleh melancong dengan tenang dan lebih selamat!


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.

    Baca juga: