Skip to content
Home » Cara Jimat Beli Insurans Perjalanan

Cara Jimat Beli Insurans Perjalanan

    Cara jimat beli insurans perjalanan

    Ketika dalam perancangan untuk pergi melancong, ramai dalam kalangan kita hanya memikirkan mengenai perkara-perkara asas seperti tiket penerbangan, pakaian yang perlu dibawa dan juga passport. Namun, bagaimana pula dengan insurans perjalanan? 

    Sebenarnya, insurans perjalanan ini sama pentingnya dengan perkara-perkara asas yang dinyatakan tadi. Jika berlaku sesuatu ketika tempoh percutian itu, insurans ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban anda. 

    “Tapi takpelah, saya dah ada medical card. Life insurance pun ada. Buat apa nak beli lagi insurans untuk travel ni.”

    Ya, bagus jika anda sudah memiliki kedua-dua jenis insurans ini. Ia satu bonus untuk anda. Namun perlu anda tahu, insurans perjalanan ada menyediakan perlindungan khusus berkaitan ‘perjalanan’ yang mana ia tidak ada disediakan di dalam insurans perubatan mahupun nyawa.

    Sama seperti ketika ingin mendapatkan pelan insurans nyawa atau perubatan, ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan terlebih dahulu bagi memastikan anda mendapat perlindungan terbaik dengan harga yang paling jimat dan menguntungkan.

    Biasalah, kita pastinya ingin jimat sehabis mungkin kan untuk sesuatu perkara, termasuklah insurans. Jadi, jika anda dalam perancangan untuk bercuti dan ingin dapatkan insurans perjalanan dengan cara yang menjimatkan, jom teruskan membaca artikel ini.

    polisi insurans perjalanan

    Cara jimat ketika beli insurans perjalanan

    Berikut adalah beberapa tips untuk anda jimat ketika ingin membeli insurans perjalanan:

    Bandingkan pelan

    Ini perkara paling penting perlu anda buat sebelum ingin mendapatkan insurans perjalanan buat diri sendiri mahupun keluarga. Sila pastikan anda membuat perbandingan dengan beberapa buah syarikat insurans dahulu sebelum memuktamadkan pelan mana anda ingin beli. Setiap syarikat insurans menawarkan skop perlindungan yang berbeza meskipun mungkin nampak sedikit sama. 

    Jadi untuk memastikan anda boleh dapatkan pelan insurans yang terbaik pada harga yang lebih berbaloi, buatlah perbandingan dengan sekurang-kurangnya 3 atau lebih syarikat insurans. 

    Dapatkan apa yang perlu sahaja

    Nak jimat untuk insurans perjalanan? Jadi, hadkanlah apa yang perlu apa yang tidak. Analisa dulu perjalanan anda dan nilai perlindungan yang mungkin diperlukan bagi memastikan ia sesuai untuk anda. Tak perlu tambah apa yang tidak perlu. 

    Contohnya:

    • Jika anda hanya bawa satu bagasi kecil yang boleh dibawa masuk ke dalam pesawat bersama anda, jadi anda mungkin tidak memerlukan perlindungan untuk bagasi.

    Berhubung dengan ejen insurans perjalanan

    Anda mungkin memerlukan bantuan daripada ejen yang dapat menerangkan dengan lebih lanjut kepada anda mengenai manfaat dalam insurans perjalanan. Dapatkan sahaja bantuan daripada ejen yang dipercayai supaya anda dapat membeli pelan insurans perjalanan terbaik dan lebih menjimatkan. Namun, sila tahu juga bahawa anda mungkin dikenakan bayaran tambahan jika menggunakan khidmat ejen ya.

    Ada kad kredit? Lihat sama ada ia ada tawarkan perlindungan untuk melancong

    Sebelum ingin membeli insurans perjalanan, anda juga boleh menghubungi pembekal kad kredit anda untuk menyemak samada mereka ada menawarkan beberapa jenis liputan untuk melancong atau tidak.

    Manfaat yang ditawarkan mungkin tidak cukup untuk memenuhi semua keperluan anda, namun ia sedikit sebanyak dapat mengimbangi kos tambahan bagi insurans perjalanan. Jika sudah cukup, maka anda mungkin tidak memerlukan pelan insurans perjalanan yang lain.

    Moga membantu!

    Ingat, insurans perjalanan ini sama pentingnya seperti insurans nyawa dan perubatan ya. Jika anda ingin jimat ketika ingin mendapatkannya, cubalah tips yang telah dikongsikan di atas. 

    Anda juga boleh dapatkan insurans perjalanan mengikut bajet anda menerusi platform Bjak. Ada 15 insurans untuk dibandingkan dan pastinya ada satu pelan yang akan memenuhi keperluan anda itu.


     Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.

    Baca juga: