Pelan nak pergi melancong memang menyeronokkan. Semuanya perlu disediakan termasuklah passport, tempat penginapan, pakaian dan lain-lain. Tapi alamak, satu benda pula yang mungkin selalu diabaikan oleh bakal pengembara adalah beli travel insurance atau insurans perjalanan!
Sebenarnya, travel insurance amat penting untuk anda jika ingin pergi melancong. Anda tidak digalakkan untuk membelinya di saat-saat akhir kerana anda mungkin akan kehilangan manfaat yang sepatutnya boleh diterima.
Jom kami kongsikan di sini mengapa anda perlu beli insurans perjalanan lebih awal!
Refund untuk perbelanjaan melancong jika percutian terpaksa dibatalkan
Perlu anda tahu, polisi insurans yang bagus biasanya akan menawarkan perlindungan bagi pembatalan perjalanan atas sebab yang tidak dapat dielakkan kepada pemegang polisinya.
Antara sebab pembatalan perjalanan boleh berlaku adalah kerana penyakit serius, kematian ahli keluarga, bencana, pecah rumah sehingga memberikan kerugian serius kepada anda dan lain-lain yang dirasakan munasabah.
Jika anda membeli insurans perjalanan lebih awal iaitu sebaik sahaja anda membeli tiket penerbangan ataupun beberapa bulan sebelum bercuti, maka anda bolehlah membuat tuntutan terhadap syarikat insurans perjalanan jika situasi di atas berlaku sebelum sempat bercuti. Setidak-tidaknya anda boleh mendapatkan sebahagian daripada kos tiket kapal terbang yang telah ditempah atau lain-lain (mengikut syarat polisi).
Biasanya, perlindungan ini akan diberikan sebaik sahaja anda membeli insurans perjalanan anda. Jadi, agak merugikanlah jika anda membeli insurans di saat-saat akhir, kan?
Pampasan untuk pembatalan penerbangan atau ditunda
Ketika ini, banyak sahaja kes di mana penerbangan secara tiba-tiba ditunda atau bahkan dibatalkan terus oleh syarikat penerbangan.
Dengan adanya insurans perjalanan yang dibeli lebih awal, setidak-tidaknya anda mungkin boleh mendapat bayaran balik harga tiket penerbangan yang telah ditempah atau deposit lain untuk percutian yang telah buat sebelum ini jika penerbangan dibatalkan.
Selain itu, anda juga mungkin layak mendapat pampasan jika penerbangan anda ditunda sehingga beberapa jam. Ada syarikat insurans menetapkan pampasan hanya boleh dibuat jika penerbangan ditunda minima 6 jam, namun ia tetap bergantung kepada polisi insurans masing-masing. Bagaimanapun untuk mendapatkan pampasan ini, anda perlulah miliki polisi insurans perjalanan lebih awal ya.
Anda dapat lebih perlindungan tanpa kos tambahan
Perlu anda tahu, insurans perjalanan tidak hanya akan memberi perlindungan ketika sedang bercuti sahaja, sebaliknya sebelum perjalanan sehinggalah anda pulang dari percutian.
Perlindungan akan diberikan sebaik sahaja anda membeli polisi travel insurance anda. Disebabkan itulah anda kena membelinya dari awal, sebelum pergi melancong.
Biasanya kos atau premium untuk insurans perjalanan yang dibeli awal adalah lebih murah berbanding jika anda membelinya di saat-saat akhir. Bahkan, tahap perlindungan yang akan ditawarkan juga lebih banyak dan tinggi.
Selain itu, anda juga mungkin ditawarkan promo tertentu dengan membuat pembelian insurans perjalanan lebih awal. Nak bandingkan harga dan semak perlindungan mana yang lebih baik pun masih boleh dan sempat. Jika anda beli last-minute, bagaimana ingin buat semua itu, kan?
Jadi tunggu apa lagi? Jom beli travel insurance sekarang sekiranya anda sudah ada tarikh untuk pergi bercuti!
Nak lebih mudah? Guna sahaja platform online Bjak. Ada hampir 10 jenama insurans perjalanan yang boleh anda banding dan dapatkan.
Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia dan telah dipercayai lebih 3 juta pengguna. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.
Baca juga: