Skip to content
Home » Bolehkah beli insurans jika ada ‘keadaan pra-wujud’?

Bolehkah beli insurans jika ada ‘keadaan pra-wujud’?

    Medical insurance - cover

    Berapa banyak perlindungan yang boleh saya dapatkan? Adakah sesetengah keadaan akan dilindungi? Bagaimana dengan premium dan tempoh menunggu?

    Berikut mungkin adalah persoalan yang sering timbul bagi individu yang mempunyai keadaan perubatan pra-wujud semasa memohon insurans perubatan.

    Penggunaan terma ‘keadaan pra-wujud’ ini tentunya memberi tekanan untuk kita. Ia berbalik kepada sejarah perubatan bagi sebarang keadaan/penyakit yang teliti (pembedahan masa lalu, ubat-ubatan, kemasukan ke hospital, kecederaan parah ataupun penyakit). Tetapi, adakah anda memahami apa yang dimaksudkan dengan keadaan perubatan pra-wujud?

    Bagaimana anda menentukan jika anda memilikinya? Ketahui lebih lanjut menerusi artikel ini.

    Apakah itu keadaan pra-wujud?

    Keadaan pra-wujud adalah keadaan mental atau fizikal yang telah didiagnosis dan dirawat dalam tempoh semak semula polisi. Penyedia insurans akan menentukan keadaan pemohon untuk menetapkan jumlah premium dan perlindungan yang boleh diterima oleh mereka.

    Kebiasaannya, tempoh semak semula (untuk penyedia insurans menyiasat rekod perubatan anda) adalah sekitar 60 ke 180 hari sebelum tarikh kuatkuasa tapi tempoh tersebut juga boleh mencecah antara 12 ke 36 bulan sebelum tarikh kuatkuasa. Bagaimanapun, terma dan syarat berkenaan perlindungan ke atas syarat perubatan pra-wujud berbeza daripada satu polisi dengan polisi yang lain.

    Keadaan/penyakit seperti diabetes, barah, asma, penyakit jantung juga adalah contoh keadaan pra-wujud. Majoriti daripada penyakit-penyakit tersebut adalah bersifat jangka panjang ataupun kronik. Syarikat insurans mempunyai ketetapan mereka yang tersendiri untuk ‘keadaan pra-wujud’. Jadi anda perlu membaca terma dengan teliti.

    Bagaimana penyedia insurans memeriksa jika anda mempunyai sebarang keadaan pra-wujud?

    1. Anda akan ditanya soalan mengenai kesihatan anda.
    2. Anda perlu memberi kebenaran kepada penyedia insurans untuk mengakses rekod perubatan yang diperlukan bagi mengesahkan maklumat anda.
    3. Anda mungkin perlu menjalani ujian perubatan sebagai salah satu proses lepasan jaminan untuk menujukkan keadaan perubatan secara dasar.

    Bolehkah saya dapatkan insurans perubatan jika saya mempunyai keadaan pra-wujud?

    Penyedia insurans lebih berwaspada untuk memberikan perlindungan kepada individu yang mempunyai keadaan pra-wujud. Ini adalah kerana mereka lebih cenderung untuk keperluan rawatan, justeru, memberi risiko tinggi kepada penyedia insurans.

    Selalunya, anda masih mempunyai pilihan untuk mendapatkan insurans yang melindungi keadaan pra-wujud; tetapi sama ada dikenakan kenaikan pembayaran premium atau pemilihan pelan yang tidak termasuk keadaan pra-wujud sepenuhnya.

    Pemegang polisi harus menyertakan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan kepada penyedia insurans semasa membuat permohanan insurans. Terdapat tiga cara bagaimana keadaan pra-wujud boleh mempengaruhi polisi dan premium selepas anda mendedahkan butiran maklumat.

    Antara benda yang anda perlu tahu tentang polisi insurans perubatan bagi keadaan pra-wujud.


    Tempoh Menunggu

    Tempoh menunggu adalah lingkungan masa yang tidak membolehkan anda untuk membuat tuntutan faedah polisi daripada penyedia insurans sebelum tarikh kuatkuasa. Syarikat insurans tidak akan menanggung perbelanjaan kemasukan hospital atau perubatan yang berkaitan dengan penyakit pra-wujud semasa tempoh menunggu.

    Premium Tambahan

    Premium tambahan dikenakan apabila syarikat insurans berurusan dengan calon berisiko tinggi. Ini termasuk sejarah perubatan, pekerjaan dan hobi berisiko tinggi. Syarikat insurans akan merangkumi syarat yang sudah ada, tetapi dengan caj yang lebih tinggi.

    Jumlah tersebut ditambahkan ke premium untuk memberi perlindungan kepada individu yang sudah mempunyai penyakit pra-wujud.

    Nota: Premium tambahan adalah kos tambahan yang dimasukkan ke dalam polisi insurans untuk menampung kerugian yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan bagi syarikat yang menginsuranskan individua yang berisiko tinggi.

    Tempoh Menunggu + Premium Tambahan

    Syarikat insurans mungkin telah memutuskan untuk mengenakan premium tambahan dan juga mengenakan tempoh menunggu untuk beberapa kes kritikal.


    Jangan Sembunyikan Penyakit Pra-wujud

    Penting untuk anda mendedahkan keadaan pra-wujud anda secara jujur. Menipu dalam borang permohonan hanya akan menimbulkan masalah kelak. Anda boleh dianggap melanggar prinsip sekiranya anda menyembunyikan keadaan pra-wujud anda. Jika syarikat insurans mengetahui tentang penipuan anda, mereka boleh menghukum anda dengan menolak permohonan anda.

    Meskipun perlindungan tidak dapat dinikmati dalam beberapa tahun pertama tempoh menunggu, anda tetap akan menerima perlindungan keadaan pra-wujud anda selepas berakhirnya tempoh menunggu nanti.


    Keadaan pra-wujud tidak seharusnya menjadi penghalang buat anda dan keluarga daripada merancang kewangan masa hadapan.

    Lebih baik anda membuat rujukan kepada pakar sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kesihatan anda. Anda mungkin akan terkejut apabila mengetahui bahawa keadaan spesifik anda sebenarnya tidak menjadi penghalang pun untuk mendapatkan perlindungan insurans. Semakin awal anda mendaftar untuk insurans perubatan anda, semakin cerah peluang untuk anda dapatkan premium yang lebih rendah.

    Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan insurans perubatan, insurans nyawa atau insurans penyakit kritikal, dapatkan bantuan daripada pakar kami di Bjak. Kami boleh membantu anda untuk dapatkan insurans yang terbaik sesuai dengan keperluan dan bajet anda.

    Ketahui lebih lanjut tentang pengecualian dalam insurans perubatan di sini.

    (Sumber: LIAM, HDFCERGO)