Cara Cek Saman Online

Tahu cara cek saman online yang boleh anda gunakan secara mudah dan pantas. Elak tunggakan saman untuk kemudahan anda!

Info

Written by:

Memiliki saman trafik tertunggak, sama ada JPJ, PDRM atau DBKL, akan membuatkan anda sedikit terikat dengan masa. Tindakan anda menangguhkan pembayaran saman hanya akan menyebabkan akan dikenakan penalti yang lebih mahal dari masa ke semasa. Di zaman yang serba canggih ini, anda tidak perlu lagi berbaris panjang menunggu giiliran untuk membayar saman. Anda kini boleh menyemak saman tertunggak dan membayarnya secara online sahaja. 

Tanpa berlengah lagi, ayuh kami kongsikan kepada anda beberapa jenis saman trafik dan cara yang anda boleh lakukan untuk membayar tunggakan saman dengan lebih mudah dan pantas. 

Kesalahan lalu lintas yang sering dilakukan

Berikut adalah beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemandu pengguna jalan raya:

  • Memandu melebihi had laju di lebuh raya – perangkap laju seperti Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
  • Memakirkan kereta (parking di luar kotak tempat letak kereta yang ditetapkan, di kaki lima dan lorong kecemasan)
  • Membuat pusingan u haram, memotong barisan di garisan berkembar, menggunakan lorong kecemasan dan seumpamanya.
  • Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
  • Memandu dengan lesen dan cukai jalan tamat tempoh
  • Tidak menggunakan tali pinggang keledar

Cara cek saman online

Terdapat beberapa portal yang boleh anda gunakan untuk menyemak dan membayar saman tertunggak.

Di sini kami kongsikan cara untuk anda lakukannya secara online!

Portal JPJ

Anda boleh menyemak sama ada anda mempunyai sebarang tunggakan saman JPJ. Selain menyemak saman JPJ di portal ini, anda juga boleh menyemak saman AES.

Langkah-langkah untuk menyemak:

  • Layari laman web JPJ dan klik “Semak Saman JPJ“
  • Masukkan nombor MyKad dan nombor pendaftaran kenderaan anda
  • Butiran saman anda (JPJ, AES) akan dipaparkan

*Nota: Anda boleh membuat pembayaran secara dalam talian menggunakan e-perkhidmatan atau di mana-mana cawangan JPJ yang berdekatan.

MYBAYAR SAMAN

Cek saman online menerusi MyBayar Saman

Portal MyBayar Saman merupakan satu inisiatif oleh PDRM untuk mempelbagaikan saluran pembayaran saman secara dalam talian bagi kemudahan orang ramai. Anda boleh menyemak dan membayar saman JPJ dan PDRM secara dalam talian tanpa sebarang caj.

Langkah-langkah untuk menyemak:

  • Layari laman web MyBayar Saman dan daftar akaun anda
  • Isikan butiran (nombor MyKad, nama penuh, alamat, dll) untuk tujuan pendaftaran
  • Selepas pendaftaran, log masuk ke MyBayar Saman menggunakan ID pengguna anda
  • Anda akan menerima butiran saman anda yang belum diselesaikan

Orang ramai juga boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui:

RILEK

Cek saman online menerusi portal RILEK

Anda boleh menyemak saman PDRM, JPJ dan DBKL menggunakan satu lagi laman web kerajaan iaitu RILEK.

Langkah-langkah untuk menyemak:

  • Layari laman web (RILEK) untuk mendaftar sebagai pengguna baharu
  • Selepas pendaftaran, log masuk ke laman web menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda
  • Klik “Carian” dan pilih semakan saman
  • Isikan butiran yang diperlukan
  • Saman anda yang belum selesai akan dipaparkan 

*Nota: Anda boleh membuat pembayaran melalui perkhidmatan perbankan dalam talian di Malaysia seperti RHB, Maybank, CIMB, dll.

Semak saman melalui SMS

Anda juga boleh menyemak saman JPJ atau polis melalui perkhidmatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Walau bagaimanapun, setiap SMS yang dihantar akan dikenakan bayaran sebanyak 15 sen.

Langkah-langkah untuk menyemak:

  • Saman PDRM

Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> nombor MyKad atau nombor pendaftaran kenderaan dan hantar ke 15888 atau 32728

  • Saman JPJ 

Taip JPJ <jarak> SAMAN <jarak> Nombor MyKad atau nombor pendaftaran kenderaan dan hantar ke 15888 atau 32728

SSO PDRM

Anda boleh menyemak dan membayar saman PDRM secara dalam talian menggunakan sistem yang ditubuhkan PDRM, sso.rmp.gov.my.

Langkah-langkah untuk menyemak:

  • Layari laman web SSO untuk mendaftar akaun baru
  • Isikan butiran seperti nombor MyKad, nama penuh, alamat, dsb
  • Selepas pendaftaran, log masuk ke SSO PDRM menggunakan pengguna ID anda
  • Klik “Carian” pada menu dan pilih “Status Saman”
  • Butiran saman tertunggak anda akan dipaparkan

Pastikan anda semak saman online, elakkan tunggakan saman

Sila jadi pemandu yang bertanggungjawab dan pastikan anda menjelaskan saman tertunggak anda jika ada. Jangan biarkan saman tertunggak anda menjadi penyebab cukai jalan anda tidak boleh diproses dan diperbaharui!


Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: