Apabila sudah merancang untuk pergi bercuti, adakah anda masih ragu-ragu untuk mendapatkan insurans perjalanan? Jika ya, maka anda mungkin sedang ‘mempertaruhkan’ percutian anda.
Sebenarnya, insurans perjalanan atau travel insurance ini sangat penting untuk diambil meskipun ia tidak diwajibkan. Baik bercuti di dalam mahupun luar negara, insurans perjalanan amat penting bagi memastikan percutian anda lebih tenang dan selamat sepanjang masa.
Jika anda belum pasti bagaimana insurans perjalanan ini akan ‘menyelamatkan’ anda nanti, jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya. Ingat, di bawah ini merupakan antara kejadian-kejadian yang sering berlaku ketika sedang melancong, dan tragedi sedemikian tidak mustahil boleh berlaku kepada anda.
“Dokumen penting saya dicuri oleh penyeluk saku!”
Penyeluk saku ada di mana-mana sahaja. Meskipun anda sudah cukup berhati-hati dalam menjaga barangan peribadi anda seperti passport, kad kredit, dompet atau lain-lain, namun anda perlu ingat bahawa penyeluk saku yang licik dan cilik ini masih berupaya untuk ‘mengenakan’ anda.
Apa kaitannya dengan ada insurans perjalanan? Ya, sudah tentulah ada! Sesetengah syarikat insurans ada menawarkan perlindungan sehingga jumlah tertentu sekiranya kejadian seperti ini berlaku kepada anda. Contohnya, pelan insurans perjalanan TripCare 360 Gold Etiqa ada menawarkan perlindungan sehingga RM1,000 untuk kes kehilangan dokumen ketika melancong. Bermakna, jika anda membuat laporan dengan pihak polis tempatan dalam masa 24 jam selepas kehilangan, maka anda bolehlah mendapat pampasan bagi menampung sebahagian kerugian yang dialami.
“Saya terpaksa batalkan perjalanan kerana sakit”
Sedihnya hati bila perancangan yang sudah lama dibuat untuk melancong tiba-tiba terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir. Satu sedih tak dapat melancong, kemudian bertambah sedih mengenangkan segala kos yang dah dibayar untuk bercuti. Membazirnya rasa!
Disebabkan itulah anda memerlukan insurans perjalanan sebelum pergi melancong. Dengan adanya insurans, anda tidak akan alami kerugian sepenuhnya kerana syarikat insurans boleh membantu membayar sebahagian daripada kos yang telah anda keluarkan untuk bercuti. Biasanya, syarikat insurans akan menawarkan pulangan wang sehingga jumlah tertentu buat anda. Contohnya, pelan Z travel Gold daripada syarikat insurans Zurich ada menawarkan perlindungan sehingga RM25,000 untuk pembatalan perjalanan atas sebab-sebab tertentu (yang dilayakkan mengikut polisi).
Selain sakit, antara alasan munasabah lain bagi kes pembatalan perjalanan adalah kecederaan atau penerbangan dibatalkan kerana berlakunya rusuhan atau bencana alam.
“Penatnya tunggu! Dah 8 jam penerbangan ditunda…”
Siapa pernah mengalami situasi seperti ini? Ya, ia boleh dikatakan agak kerap berlaku dan malangnya perkara itu berada di luar kawalan anda.
Biasanya, untuk sebarang kelewatan penerbangan, anda layak untuk menerima pulangan wang daripada syarikat insurans dalam beberapa jumlah tertentu bagi menampung kerugian yang dialami. Contohnya, pelan Z travel Gold daripada syarikat insurans Zurich ada menawarkan perlindungan sehingga RM3,600 jika penerbangan anda ditunda sehingga minima 6 jam oleh pihak syarikat penerbangan. Jadi, tak rugi kan ambil insurans?
“Tadi saya dah check-in bagasi, tapi sekarang kenapa tak sampai-sampai lagi? Hilang ke??”
Ini juga perkara yang mungkin boleh berlaku kepada sesiapa sahaja ketika sedang melancong. Selain seram memikirkan bagasi rosak, apa yang lebih menyeramkan lagi adalah jika bagasi yang telah didaftar masuk tidak sampai kepada anda. Bermakna, ia sudah hilang!
Dengan adanya insurans perjalanan, anda boleh menerima pampasan jika kejadian seperti ini berlaku kepada anda. Kebanyakan syarikat insurans menawarkan perlindungan ini kepada pemegang polisi mereka. Cuma, jumlah pampasan yang mungkin diterima adalah berbeza. Contohnya, pelan insurans perjalanan TripCare 360 Gold Etiqa menawarkan perlindungan sehingga RM3,000 untuk kehilangan atau kerosakan bagasi. Manakala, pelan Travel Explorer P325 dari Tokio Marine pula memberikan perlindungan sehingga RM800 untuk kelewatan bagasi.
“Saya alami kemalangan dan cedera agak teruk ketika sedang seronok bercuti”
Inilah perkara yang sebaik mungkin perlu dan ingin dielak oleh mana-mana pelancong. Selain menyebabkan percutian terjejas, anda juga secara automatik akan pening dan risau memikirkan kos yang perlu ditanggung untuk rawatan dan juga kemasukan hospital. Apatah lagi apabila berada di negara orang. Kosnya akan melambung berlipat kali ganda dan mungkin akan membuatkan anda terduduk!
Inilah kepentingan paling utama untuk anda miliki insurans perjalanan. Dengan adanya insurans, anda bolehlah dibantu untuk dibiayai oleh syarikat insurans sehingga jumlah tertentu bagi kos rawatan hospital tersebut. Kebanyakan syarikat insurans menawarkan perlindungan ini di dalam polisi asas insurans perjalanan. Anda cuma perlu bandingkan dahulu untuk lihat berapakah jumlah perlindungan yang ditawarkan.
Biasanya, jumlah perlindungan yang diberikan oleh syarikat insurans untuk perlindungan perubatan adalah agak banyak (bersesuaian dengan kos yang mungkin anda perlu tanggung). Contohnya, pelan TripCare 360 Silver dari takaful Etiqa menawarkan perlindungan sehingga RM100,000 untuk perlindungan perubatan, manakala pelan TripCare 360 Gold Etiqa pula memberikan perlindungan sehingga RM300,000.
Jadi, anda masih rasa insurans perjalanan tidak penting? Jom reset semula minda anda dan dapatkan insurans sebelum pergi melancong bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar kelak.
Ingat, lebih baik sediakan payung sebelum hujan daripada terpaksa menyesal di kemudian hari ya.
Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia dan telah dipercayai lebih 3 juta pengguna. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.
Baca juga: