Skip to content
Home » Cara Nak Dapatkan JPJePlate

Cara Nak Dapatkan JPJePlate

    jpjeplate - cover

    Bagi mentransformasikan jalan raya di Malaysia, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pegangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah memperkenalkan satu Rekaan Plat Khas (RPK) yang dikenali sebagai JPJePlate pada semalam (9/9/2024).

    JPJePlate ini diperkenalkan untuk dipakai kenderaan elektrik (EV). Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik bagi memudahkan pengguna jalan raya. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan JPJePlate, teruskan membaca artikel ini.

    Apkah itu JPJePlate?

    JPJePlate ini ialah plat nombor yang direka khas di bawah inisiatif Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk merevolusikan industri pengangkutan. Matlamat utamanya adalah untuk menyeragamkan reka bentuk nombor plat kepada semua populasi kenderaan motor dan meningkatkan keselamatan di jalan raya.

    Tujuan plat nombor JPJePlate diperkenalkan

    Plat nombor JPJePlate bertujuan untuk:

    • Meningkatkan keselamatan jalan raya dengan peningkatan keterlihatan (reflektif retro) pada waktu malam. Ini adalah penting untuk memastikan keadaan pemanduan yang lebih selamat dan mengurangkan risiko kemalangan.
    • Mempunyai ciri-ciri untuk mencegah pemalsuan dan kecurian kenderaan.
    • Berfungsi sebagai pengenalan pertama untuk tindakan penguatkuasaan serta bantuan pantas pengguna jalan raya sekiranya berlaku kecemasan.
    • Pembolehubah untuk ekosistem Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) yang diintegrasi dengan RFID.

    Cara nak dapatkan JPJePlate

    Bagi anda yang tertarik dan berminat untuk mendapatkan JPJePlate, ia hanya boleh diperoleh daripada beberapa syarikat pengeluar OEM yang menjual EV atau rakan niaganya yang dilantik. JPJePlate ini boleh didapatkan melalui pesanan di laman rasmi jpjeplate.gov.my. Harga yang telah ditetapkan adalah RM98.