Skip to content
Home » Cara Nak Elak Mengantuk Ketika Memandu

Cara Nak Elak Mengantuk Ketika Memandu

    mengantuk memandu - cover

    Mengantuk semasa memandu adalah perkara yang sangat berbahaya. Sekejap sahaja hilang tumpuan ketika memandu, ia boleh menyebabkan kemalangan jalan raya yang serius. Di negara kita, faktor yang menyebabkan kemalangan maut adalah hilang kawalan kenderaan, kecuaian dan mengantuk.

    Mengantuk ketika memandu bukan sahaja membahayakan keselamatan anda sendiri, tetapi juga boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain. Jadi apa yang perlu anda lakukan jika anda berasa mengantuk semasa memandu?

    Izinkan kami menyampaikan beberapa petua untuk mengelakkan rasa mengantuk semasa memandu, dengan harapan dapat membantu semua orang memandu dengan selamat.

    Dengar muzik

    Rangsangan muzik yang sesuai boleh meningkatkan kewaspadaan pemandu dan menghilangkan keletihan. Perlu diingatkan bahawa walaupun muzik boleh menyegarkan fikiran anda dalam tempoh yang singkat, lama kelamaan, ia akan mengalihkan perhatian anda dan membuatkan anda terganggu. Di samping itu, anda tidak disyorkan untuk menguatkan muzik, kerana ia akan menjejaskan pemanduan anda.

    Jangan makan terlalu banyak

    Mata akan jadi lebih mengantuk selepas kekenyangan kerana usus kita akan meningkatkan beban kerja selepas makan, jadi darah yang mengalir ke saluran gastrousus akan meningkat. Darah yang bertambah itu diambil dari bahagian lain, sekali gus mengurangkan bekalan darah ke otak, menyebabkan bekalan sel otak berkurangan, menjadikannya mudah mengantuk walaupun anda tidak memandu.

    Minum minuman yang menyegarkan

    Apabila anda berasa mengantuk selepas memandu jauh, sebotol Red Bull, kopi, dsb. boleh membantu menyegarkan fikiran anda.

    Buka tingkap untuk hirup udara segar

    Membuka tingkap kereta dan membiarkan udara segar mengalir ke dalam kereta boleh membantu menyegarkan anda pada tahap tertentu.

    Laraskan postur duduk anda

    Mengantuk ketika memandu adalah perkara biasa. Anda boleh laraskan sedikit tempat duduk dan dalam masa yang sama utamakan keselamatan anda ketika memandu.

    Rehat di perhentian rehat

    Jika anda benar-benar mengantuk, anda boleh mencari perhentian rehat atau stesen minyak untuk berhenti dan berehat, dan kemudian teruskan memandu selepas anda kembali bertenaga. Ingat, utamakan keselamatan dan jangan memandu dalam keadaan letih.

    Sediakan tisu basah untuk lap muka anda

    Apabila anda letih, lap muka anda dengan tisu basah, yang juga boleh memberikan kesan yang menyegarkan.

    Sapu minyak angin

    Apabila anda berasa mengantuk, sapukan sedikit minyak angin pada pelipis anda, hujung hidung dan bahagian lain badan anda, dan ia akan menyegarkan fikiran anda dengan serta-merta.

    Ingat, anda mesti mengutamakan keselamatan semasa memandu. Jika anda benar-benar letih, cuba cari tempat untuk berhenti dan berehat untuk mengelakkan keletihan ketika memandu. Jangan lupa juga untuk memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan anda tepat pada masanya!

    Apabila memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan anda, pilih Bjak, platform insurans kereta dalam talian terbesar di Malaysia, di mana anda boleh membandingkan sebut harga daripada 23 syarikat insurans sekaligus dan memilih pakej insurans yang betul mengikut keperluan dan bajet anda. Klik butang di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: