Skip to content
Home » Roadtax: Cara Renew Roadtax Online & Offline

Roadtax: Cara Renew Roadtax Online & Offline

    Bila dah ada kereta atau motosikal, perkara wajib yang anda perlu lakukan setiap tahun semestinya adalah memperbaharui roadtax serta insurans. Untuk yang baru pertama kali ingin memperbaharui roadtax atau turut disebut sebagai cukai jalan, pasti akan timbul sedikit kekeliruan dan kegusaran tentang proses untuk memperbaharuinya.

    Contohnya di manakah boleh anda buat? Offline atau online, yang lebih mudah?

    Jadi, ikuti artikel ini untuk ketahui maklumat lebih lanjut.

    Checklist sebelum renew roadtax kereta atau motosikal

    Sebelum anda boleh hidupkan roadtax kereta atau motosikal anda, sila pastikan perkara-perkara di bawah ini diselesaikan terlebih dahulu.

    Periksa tarikh luput cukai jalan

    Pastikan anda ketahui tarikh luput cukai jalan kereta atau motosikal anda. Penting untuk memastikan tarikh pembaharuan yang tepat kerana anda tentu tidak mahu mengalami sebarang masalah semasa proses pembaharuan cukai jalan.

    Anda boleh menyemak tarikh luput cukai jalan anda di laman web JPJ, atau lihat sahaja terus pada sticker cukai jalan yang ditampal di cermin kenderaan anda.

    Pastikan kenderaan anda bebas saman

    Selesaikan terlebih dahulu sekiranya anda mempunyai tunggakan saman, terutamanya saman senarai hitam. Ingat, anda tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui cukai jalan kereta mahupun motosikal anda sekiranya mempunyai saman yang belum dilangsaikan.

    Terdapat beberapa cara dimana anda boleh melakukan semakan saman trafik, JPJ dan AES secara online iaitu:

    1. PDRM: MyBayar Saman
    2. Laman Web JPJ: Semakan Senarai Hitam

    Renew insurans kereta atau motosikal anda

    Ingat, sebelum anda boleh mendapatkan cukai jalan, anda perlu terlebih dahulu memperbaharui insurans kereta atau motosikal anda. Tanpa perlindungan insurans yang sah, proses anda untuk menghidupkan cukai jalan tidak kiralah sama ada secara online atau offline pasti tidak akan dapat diteruskan.

    Anda boleh lihat cara untuk memperbaharui insurans kereta atau motosikal anda menerusi perkongsian yang telah dibuat sebelum ini.

    Cara untuk renew roadtax

    Jika checklist yang disenaraikan dah okay, maka anda bolehlah teruskan untuk memperbaharui roadtax anda seperti perkongsian di bawah ini:

    Renew roadtax kereta atau motosikal secara online di Bjak

    Di Bjak, segalanya lebih mudah untuk anda kerana anda bukan sahaja dapat renew cukai jalan anda, tetapi juga dengan insurans sekaligus. Ia semestinya menjimatkan wang dan masa anda.

    Berikut merupakan langkah-langkah mudah untuk anda renew insurans kereta atau motosikal serta cukai jalan di Bjak.

    Cara perbaharui roadtax dan insurans di Bjak

    Renew roadtax di MySikap

    MySikap dibangunkan oleh JPJ khusus bagi memudahkan urusan orang ramai yang ingin memperbaharui roadtax atau lesen, tukar hak milik kenderaan, beli nombor plat terkini setiap negeri, semakan saman trafik dan banyak lagi.

    Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah di bawah untuk memperbaharui roadtax di MySikap.

    Cara untuk perbaharui roadtax di MySikap

    Renew roadtax di JPJ

    Terdapat sesetengah kenderaan yang dikehendaki untuk memperbaharui roadtax di JPJ iaitu:

    1. Kenderaan untuk perkhidmatan e-hailing
    2. Kenderaan tidak memperbaharui roadtax melebihi 3 tahun daripada tarikh luput roadtax (anda perlu melakukan pemeriksaan kereta di PUSPAKOM dahulu).
    3. Pemilik kenderaan telah meninggal dunia (pembaharuan cukai jalan dibenarkan untuk tempoh 6 bulan sahaja)

    Tiada sebarang dokumen diperlukan, anda hanya perlu mengemukakan MyKad apabila memperbaharui roadtax di JPJ.

    Renew roadtax di Pejabat Pos

    Sekiranya anda lebih gemar memperbaharui cukai jalan secara offline, anda juga boleh terus memperbaharuinya di mana-mana cawangan pejabat Pos Malaysia yang berdekatan dengan rumah anda.

    Apakah cara renew cukai jalan paling mudah?

    Mungkin ada yang berasa risau sekiranya cukai jalan sudah tamat atau hampir tamat tempoh. Apatah lagi dengan keadaan semasa ketika ini, pasti ada yang berasa tidak begitu selesa jika terpaksa beratur panjang dan menunggu giliran yang lama di cawangan JPJ atau pejabat POS semata-mata untuk renew cukai jalan kereta atau motosikal.

    Dengan demikian, anda bolehlah menggunakan platform online seperti Bjak kerana ia pastinya lebih mudah, pantas dan semestinya lebih selamat.

    Di Bjak, anda bukan sahaja boleh renew cukai jalan dan insurans kereta sekali gus, malah cukai jalan anda juga akan dihantar terus ke rumah dalam masa beberapa hari bekerja sahaja. Selain itu, polisi insurans kereta anda juga akan diaktifkan segera selepas pembayaran.

    Mudah kan? Jadi jom semak harga insurans dan cukai jalan secara online di Bjak hari ini!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: