Skip to content
Home » Checklist Servis Kereta Sebelum Balik Kampung

Checklist Servis Kereta Sebelum Balik Kampung

Checklist Servis Kereta Sebelum Balik Kampung

Jangan Biar Kereta Rosak Ganggu Perjalanan Balik

Nak balik kampung tak lama lagi? Tak kira sempena Aidilfitri, cuti sekolah atau nak tenangkan fikiran, pastikan kereta anda diservis dahulu. Satu masalah kecil boleh jadi mimpi ngeri sepanjang perjalanan.

Ini senarai semak servis kereta yang mudah dan penting sebelum anda memulakan perjalanan.


Minyak Enjin & Penapis Minyak

Kenapa penting: Minyak lama boleh rosakkan enjin dan kurangkan prestasi.
Periksa: Paras minyak cukup? Bila kali terakhir tukar?


Tayar – Tekanan & Bunga Tayar

Kenapa penting: Tayar botak atau kurang angin boleh meletup.
Periksa: Bunga lebih 1.6mm? Tekanan betul (biasanya 30–35 PSI)?


Sistem Brek

Kenapa penting: Brek haus sangat berbahaya di lebuh raya.
Periksa: Ada bunyi nyaring? Brek lambat berfungsi?


Lampu – Hadapan, Brek, Signal

Kenapa penting: Penting untuk penglihatan & isyarat pada pemandu lain.
Periksa: Semua lampu berfungsi? Tukar mentol terbakar.


Keadaan Bateri

Kenapa penting: Bateri kong, enjin tak boleh hidup.
Periksa: Ada karat? Enjin susah hidup?


Aircond

Kenapa penting: Tak sanggup berpeluh dalam jem balik kampung.
Periksa: Sejuk atau tak? Bau pelik atau bunyi bising?


Pengelap Cermin & Cecair Pencuci

Kenapa penting: Penting waktu hujan.
Periksa: Wiper tinggalkan kesan? Tambah cecair pencuci.


Coolant & Radiator

Kenapa penting: Elak enjin terlalu panas masa perjalanan jauh.
Periksa: Paras coolant cukup? Radiator okay?


Kit Kecemasan

Kenapa penting: Sedia untuk apa jua kemungkinan.
Wajib ada: Kotak kecemasan, lampu suluh, kabel jumper, segitiga pantul cahaya, tayar ganti, jack.


Touch ’n Go & Pengecas

Kenapa penting: Jangan tersekat di tol sebab baki RM0.01
Periksa: Tambah nilai, bawa power bank & pengecas.


Renew Insurans & Roadtax Kenderaan

Kenapa penting: Hanya kenderaan dengan cukai jalan dan insurans aktif dibenarkan atas jalan raya.
Tindakan: Bandingkan insurans di Bjak, buat pembelian insurans tambahan bersama roadtax dahulu, setelah aktif boleh memandu dengan keyakinan.


Jom Balik Kampung Dengan Tenang

Singgah bengkel, semak senarai ini, dan pastikan kereta anda siap sedia. Kereta dalam keadaan baik bermakna hati tenang sepanjang perjalanan.

Baca juga:

Apa Itu Lesen PSV & GDL? Panduan Untuk Pemandu E-Hailing dan Lori

8 Kesalahan Trafik Yang Boleh Kena Saman Automatik

Dokumen Wajib Bila Nak Jual Beli Kereta Terpakai