Skip to content
Home » Cukai Jalan JPJ – Tempoh Renew Roadtax Motor

Cukai Jalan JPJ – Tempoh Renew Roadtax Motor

    cukai jalan jpj motor

    Setiap pemilik motosikal di negara ini wajib untuk memiliki tiga dokumen atau perkara penting ini sepanjang masa iaitu lesen memandu kelas B2, insurans motosikal serta cukai jalan. Berbeza dengan lesen memandu yang boleh diperbaharui untuk tempoh sehingga 5 tahun terus, berapakah pula tempoh atau jangka masa yang diberikan kepada anda untuk pembaharuan cukai jalan JPJ?

    Untuk yang baru pertama kali memiliki motosikal, anda mungkin belum tahu tempoh sebenar renew cukai jalan. Adakah boleh juga renew sehingga untuk tempoh 5 tahun seperti lesen memandu ataupun tidak?

    Jom teruskan membaca perkongsian pada artikel ini untuk mengetahuinya.

    Berapa lama tempoh renew cukai jalan JPJ motosikal?

    Penting untuk anda tahu berapa lama cukai jalan anda boleh diperbaharui agar anda boleh ingat bila ia akan tamat tempoh.

    Untuk makluman, sebenarnya anda mempunyai pilihan untuk memperbaharui cukai jalan motosikal bagi tempoh 6 bulan atau 12 bulan (1 tahun).

    Insurans tidak boleh ya. Untuk insurans motosikal, anda hanya boleh perbaharuinya untuk tempoh 1 tahun sahaja! 

    Sebenarnya, selain atas sebab sukarela, ada beberapa keadaan tertentu yang memerlukan cukai jalan motosikal diperbaharui bagi tempoh 6 bulan sahaja iaitu:

    • Pemilik motosikal telah meninggal dunia dan anda sebagai waris ingin renew roadtax bagi membolehkan kenderaan digunakan di atas jalan raya
    • Tempoh insurans tidak mencukupi tempoh masa roadtax 12 bulan. Keadaan ini biasanya berlaku apabila anda terlupa untuk renew roadtax yang pernah diperbaharui untuk tempoh 6 bulan sebelum ini.

    Mana lebih baik? Renew cukai jalan 6 bulan atau 1 tahun?

    Sebenarnya, jika anda bukan berada di dalam kategori yang diwajibkan untuk renew cukai jalan JPJ selama 6 bulan, maka sebaiknya anda renew sahajalah bagi tempoh 1 tahun terus. Bukan apa. Tempoh 6 bulan tu sebenarnya singkat sahaja. Apabila ia tamat tempoh, kemudian anda kena renew untuk tempoh 6 bulan lagi. Agak melecehkan, bukan?

    Bahkan pula, harga roadtax motosikal tidaklah begitu mahal sebenarnya lebih-lebih lagi jika kapasiti enjin motosikal anda 150cc ke bawah.

    Anda boleh lihat jadual di bawah untuk tahu harga cukai jalan JPJ bagi motosikal:

    harga cukai jalan jpj motor

    Nak renew roadtax motor untuk tempoh 2 tahun, boleh ke?

    Seperti yang dinyatakan tadi, tempoh untuk pembaharuan roadtax hanyalah 6 bulan atau 1 tahun sahaja. Jadi, jika anda bercadang untuk panjangkan tempoh renew roadtax sehingga 2 tahun atau bahkan 1 tahun setengah sekalipun, jawapannya tetap tidak boleh!

    Ketetapan ini telah ditetapkan oleh JPJ sendiri. Maksimum 1 tahun, minimum 6 bulan. Jadi, sila ikut sahaja peraturan yang ditetapkan ya. 

    Apa jadi jika saya terlupa renew roadtax?

    Saman

    Akibat yang paling jelas sudah tentulah denda yang bakal dikenakan terhadap anda oleh pihak berkuasa polis atau JPJ. Biasanya saman sebanyak RM150 akan dikenakan jika anda dikesan menunggang motosikal tanpa roadtax yang masih aktif. Berbanding mengeluarkan wang untuk membayar saman, sebaiknya anda memperbaharui roadtax dan insurans anda yang pastinya lebih selamat dan menenangkan hati anda sepanjang perjalanan.

    Masalah ketika ingin buat tuntutan insurans

    Selain saman, anda juga akan mengalami kesulitan khususnya ketika ingin membuat tuntutan insurans jika roadtax telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui. Ingat, antara kumpulan yang paling berisiko untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah penunggang motosikal ya.

    Apabila berlaku kemalangan dalam tempoh itu (roadtax tamat tempoh), anda tidak akan boleh membuat tuntutan insurans bagi menanggung kerugian yang dialami oleh anda. Rugi kan?

    Kenapa ada yang tidak renew cukai jalan JPJ?

    Meskipun sudah banyak kali diingatkan, ramai pemilik motosikal sebenarnya masih berani menunggang motor tanpa ada roadtax yang sah.

    Antara punca cukai jalan enggan diperbaharui adalah kerana:

    • Menganggap motor tersebut sangat jarang digunakan
    • Hanya digunakan ke surau, kedai berhampiran sahaja
    • Tidak mempunyai bajet yang mencukupi (kerana perlu renew insurans dulu baru roadtax)
    • Mempunyai banyak tunggakan saman
    • Tidak menggunakan kenderaan tersebut, contohnya motosikal sudah lama
    • Roadtax telah tamat tempoh lebih 3 tahun dan kenderaan perlu melalui pemeriksaan Puspakom

    Pastikan cukai jalan diperbaharui ikut tempoh ditetapkan

    Sebagai pemilik kenderaan, sila pastikan anda mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan. Ia bukan sahaja untuk mengelakkan anda daripada dikenakan saman, bahkan juga demi kepentingan dan kesenangan anda sendiri.

    Renew sahaja roadtax untuk tempoh 6 bulan jika bajet anda tidak cukup untuk renew bagi tempoh 1 tahun. Bagaimanapun, pastikan insurans motosikal anda masih aktif dan telah diperbaharui terlebih dahulu ya!

    Ingat, jadilah pemilik kenderaan yang bertanggungjawab sepanjang masa.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: