Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan Kadar Khas Notis Kompaun 2022 mulai 16 Februari hingga 30 Jun 2022. Inisiatif itu diadakan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang diraikan pada 1 Februari setiap tahun dan jubli emas Bandaraya Kuala Lumpur.
Menurut DBKL, kadar khas itu melibatkan notis kompaun trafik yang belum dibayar dan kadar berjadual mengikut kesalahan bagi notis kompaun kesalahan am.
Bagaimanapun, inisiatif itu tidak terpakai bagi kesalahan yang disenarai hitam dan kes am yang tidak ada dalam kadar berjadual.
Senarai kadar kompaun khas yang ditawarkan
Berikut adalah senarai kadar kompaun khas (bagi kesalahan trafik) yang ditawarkan DBKL:
- Motosikal
Kadar kompaun adalah sebanyak RM10 untuk 30 hari pertama selepas notis dikeluarkan
- Kereta, MPV, lori kecil
Kadar kompaun adalah sebanyak RM15 untuk tujuh hari pertama dan RM20 dari hari kelapan dan seterusnya
- Bas, lori
Kadar kompaun adalah RM15 untuk tujuh hari pertama dan RM50 dari hari kelapan dan seterusnya.
Kaedah pembayaran
DBKL menyediakan beberapa kaedah pembayaran bagi memudahkan pengguna.
Orang ramai boleh membuat pembayaran secara terus di semua kaunter bayaran DBKL atau kaunter pejabat POS di seluruh negara.
Semakan dan pembayaran juga boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi mudah alih MOBIS-DBKL atau secara Jompay melalui aplikasi perbankan.
Pandu selamat dan ikut peraturan jalan raya
Sila pastikan anda mengamalkan pemanduan yang selamat dan mematuhi peraturan jalan raya untuk mengelak daripada dikenakan tindakan saman oleh pihak berkuasa.
Selain itu, jangan lupa untuk pastikan insurans kereta anda sah ketika kenderaan digunakan di atas jalan raya. Jika ia sudah hampir tamat tempoh, anda boleh renew insurans secara online di Bjak. Terima sebut harga insurans kereta secara percuma dalam hanya 3 minit sahaja.