Skip to content
Home » Dengar Boleh, Percaya Jangan – Ini 5 mitos Mengenai Insurans Anda Kena Jaga

Dengar Boleh, Percaya Jangan – Ini 5 mitos Mengenai Insurans Anda Kena Jaga

    Sebut je pasal insurans, pasti semua orang tahu. Ada yang sedar tentang kepentingannya dan mula beli untuk diri sendiri mahupun keluarga, bahkan ada juga sedar, namun masih teragak-agak untuk memperolehnya.

    Mungkin ada yang menganggap bahawa pembelian insurans ini adalah satu beban kerana ia perlu dibayar setiap bulan. Mungkin ada juga yang menganggap ia sebagai satu perkara yang boleh ditangguhkan, dan hanya mengambilnya apabila dirasakan ‘betul-betul perlu’ sahaja. 

    Sebenarnya, terdapat beberapa salah faham mengenai insurans yang anda perlu tahu. Bukan untuk menidakkan persepsi sesetengah daripada anda mengenai insurans, namun ia adalah satu perkara penting yang kami rasakan perlu untuk dinyatakan. Justeru, jom ketahui beberapa salah faham atau lebih mudah disebut sebagai ‘mitos’ mengenai insurans di Malaysia.

    #MITOS Insurans 1

    “Saya tak perlu ambil insurans kerana saya hidup bujang dan tiada tanggungan”

    Meskipun anda hidup bujang dan tidak mempunyai tanggungan, anda masih memerlukan insurans nyawa bagi menampung pelbagai seperti kos pengebumian setelah anda meninggal dunia, bantu membayar hutang peribadi, bil perubatan dan banyak lagi.

    #MITOS Insurans 2

    Tempat kerja dah bagi insurans, jadi tak perlu dah beli sendiri punya membazir

    Anda mungkin tidak akan bekerja di tempat tersebut untuk selamanya. Bahkan ingat, insurans yang disediakan oleh majikan anda tidak semestinya akan menanggung semua kos perubatan anda kelak, dan mungkin mempunyai had tertentu. Jika anda sudah berkahwin dan mempunyai anak, anda sangat dinasihatkan untuk membeli insurans perubatan dan nyawa sendiri.

    Ketahuilah bahawa apa yang anda belanjakan setiap bulan untuk membayar insurans tidak sebanyak atau setinggi kos yang anda perlu tanggung sekiranya berlaku sesuatu kelak.

    #MITOS Insurans 3

    Premium akan berkurangan

    Kos premium untuk insurans nyawa tidak akan berkurangan melainkan pemegang polisi bekerja sendiri dan perlindungan itu digunakan untuk perlindungan aset bagi pemilik perniagaan.

    Justeru, anda sangat digalakkan untuk mengambil insurans sejak dari usia muda lagi bagi memastikan anda membayar premium insurans pada harga yang lebih rendah dengan perlindungan yang lebih lengkap.

    #MITOS Insurans 4

    “Buat apa nak beli insurans nyawa. Yang dapat manfaat tu nanti orang yang hidup je”

    Buang jauh-jauh ye mindset ini. Anda pasti sayang keluarga anda bukan? Tujuan utama insurans nyawa juga adalah untuk memastikan keluarga/ waris anda dapat meneruskan kehidupan yang baik apabila anda tidak ada nanti. Sanggupkah anda membiarkan anak atau isteri anda hidup dalam keadaan serba kekurangan setelah anda meninggal dunia? Sanggupkah membiarkan anak-anak anda tidak mendapat pendidikan sebaiknya setelah anda tiada?

    Jika tidak, dapatkanlah insurans nyawa. Anggaplah ia sebagai hadiah paling bermakna yang anda berikan buat insan kesayangan anda.

    #MITOS Insurans 5

    “Tunggu ada duit lebih dululah baru fikir insurans”

    Perkara seperti ini yang mungkin sering menjengah ke pemikiran anda sebelum mendapatkan insurans. Anda perlu ingat, malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Malah penyakit juga boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal usia.

    Kalau nak tunggu duit cukup, sampai bila-bila pun kita akan menganggap duit kita tidak cukup. Pasti ada sahaja benda lain yang kita perlukan. Jangan begitu! Insurans nyawa dan perubatan ini akan membantu anda kelak. Dengan insurans jugalah, anda boleh memastikan kewangan anda stabil dan tidak meletakkan diri dalam keadaan yang berisiko pada masa akan datang.

    P/S: Sebenarnya, anda hanya memperuntukkan 7%-10% sahaja daripada pendapatan bulanan anda untuk membayar insurans.

    Dapatkanlah insurans mengikut bajet dan keperluan anda. Jangan beli di luar kemampuan okay!

    Bjak merupakan platform pertama pembelian insurans nyawa dan perubatan secara online di Malaysia. Berhubung dengan ejen tanpa komisen kami sekarang untuk mengetahui perkara berkaitan insurans dan melihat pelan menarik yang disediakan.