Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan pengurangan kompaun saman terpilih sehingga 80% bersempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9-12 Disember 2021 yang lalu .
Tawaran itu mengakibatkan berlakunya kesesakan yang luar biasa di kaunter pembayaran saman PDRM dan JPJ pada hari pertama program itu berlangsung sehingga diarahkan untuk ditutup dengan serta-merta akibat kegagalan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Tawaran diskaun dilanjutkan
Namun jangan risau, ini adalah berita baik untuk anda!
PDRM telah melanjutkan tempoh pembayaran saman trafik sehingga 31 Disember ini bagi memberi peluang kepada anda untuk menyelesaikan tunggakan saman dengan diskaun yang ditawarkan.
“Pengurangan diharap dapat membantu masyarakat yang terjejas pendapatan akibat Covid-19 untuk menyelesaikan tunggakan saman trafik,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Nak bayar saman? Guna je cara ni
Tawaran diskaun sehingga 80% yang diberikan itu menyebabkan orang ramai tidak melepaskan peluang sehingga ada yang beratur seawal 5 pagi demi untuk mengambil peluang menjelaskan saman yang tertunggak.
Namun tahukah anda, sebenarnya terdapat cara yang lebih mudah untuk membayarnya tanpa perlu bersesak di luar.
Ingin tahu bagaimana? Teruskan membaca artikel ini:
Guna aplikasi MyBayar Saman
Selain boleh ‘berkunjung’ sendiri ke mana-mana kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis, mungkin ramai yang sudah tahu bahawa anda juga boleh membayar saman menggunakan aplikasi MyBayar Saman bagi mendapatkan tawaran diskaun hebat ini.
Bagaimanakah caranya? Mudah sahaja, ikut langkah-langkah di bawah:
- Layari portal Mybayar Saman atau Download aplikasi MyBayar Saman di Play Store atau App Store
- Masukkan ID Pengguna dan password. Jika belum ada, sila daftar dahulu dengan menekan butang Daftar Pengguna Baru
- Isikan maklumat peribadi dengan betul (untuk pengguna baru)
- Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit anda
- Selepas pendaftaran berjaya, anda boleh log masuk dengan No. Kad Pengenalan dan password yang didaftarkan.
- Butiran saman akan dipaparkan
- Pilih saman yang ingin dilangsaikan
- Pilih kaedah pembayaran dan tekan butang bayar
- Butiran transaksi pembayaran akan dipaparkan
- Selesai
Bayar di Pejabat Pos
Untuk makluman, anda juga boleh membayar tunggakan saman trafik dengan tawaran diskaun sehingga 80% di semua Pejabat Pos seluruh Malaysia termasuk cawangan pejabat pos yang terletak di pusat membeli-belah.
Bayar diskaun saman di mesin ATM Maybank
Melihat tinjauan di media sosial, ramai yang mengeluh kesukaran untuk mengakses portal/ aplikasi MyBayar Saman untuk melunaskan saman tertunggak dengan diskaun 80%.
Justeru itu, dikongsikan kepada anda cara paling mudah untuk membayar saman, iaitu melalui mesin ATM sahaja! Lihat cara-caranya seperti perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook milik Masniza Smize ini:
Langkah 1
Pergi ke mana-mana ATM Maybank. Tekan menu PAYBILLS
Langkah 2
Pilih tab Pembayaran Saman PDRM
Langkah 3
Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang tertera
Langkah 4
Semak butiran saman dan pilih saman yang hendak dibayar
Langkah 5
Tunggu notifikasi Transaksi Berjaya
Langkah 6
Ambil dan simpan resit untuk rujukan anda
Elak saman, ikut peraturan jalan raya
Tawaran diskaun saman ini membolehkan anda untuk membayar saman-saman terpilih yang tertunggak pada harga jauh lebih rendah. Ambillah peluang ini dan langsaikan saman-saman tersebut mengikut cara-cara yang dikongsikan di atas.
Namun dalam pada itu, anda dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan jalan raya. Pastikan juga kenderaan anda mempunyai perlindungan insurans dan roadtax bagi memastikan kenderaan sah digunakan di atas jalan raya, dan seterusnya mengelak daripada dikenakan saman oleh pihak berkuasa.
Jika hampir tamat, renew segera di Bjak hari ini untuk urusan yang lebih mudah dan pantas. Minta sebut harga percuma dan bandingkan dengan 15 pilihan syarikat insurans yang disediakan.