Skip to content
Home » Elak Microsleep Ketika Memandu, Ini Tips untuk Kekal Fokus & Segar

Elak Microsleep Ketika Memandu, Ini Tips untuk Kekal Fokus & Segar

    Tips elak microsleep ketika memandu

    Kemalangan jalan raya berlaku pada setiap hari dan ia berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah microsleep

    Microsleep ketika memandu sememangnya membahayakan kerana ia bukan sahaja merisikokan pemandu, malah juga pengguna jalan raya yang lain.

    Apakah itu microsleep?

    Microsleep sangat merbahaya terutama untuk mereka yang sedang memandu

    Microsleep merujuk kepada satu episod tidur singkat (sekejap) yang tidak dapat dikawal dan ia berlaku untuk tempoh antara 1 hingga 30 saat. Ia terjadi tanpa sebarang amaran dan kerap berlaku apabila individu tersebut cuba melawan rasa mengantuk dan kekal berjaga.

    Untuk makluman anda, microsleep tidak bermakna mata akan akan tertutup (seperti tidur), bahkan ia juga boleh berlaku ketika mata sedang dan masih terbuka. Ia sangat berbahaya terutamanya untuk mereka yang sedang memandu atau mengendalikan sebarang jentera kerana berisiko untuk menyebabkan kemalangan yang serius sehingga meragut nyawa. 

    Apakah punca microsleep?

    Secara dasarnya, punca utama microsleep adalah kerana kekurangan tidur sehingga menyebabkan rasa mengantuk yang melampau. 

    Selain itu, perjalanan yang membosankan juga boleh menyebabkan microsleep berlaku ketika memandu. 

    Apakah tanda atau simptom microsleep?

    Info mengenai microsleep
    Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

    Simptom untuk microsleep agak susah untuk dikenalpasti kerana seseorang itu akan tidur secara tiba-tiba, namun terdapat beberapa simptom yang perlu anda ketahui seperti:

    – Sering termenung terlalu lama dan pandangan terasa kosong

    – Hilang kawalan otot secara tiba-tiba

    – Tidak ingat perkara yang berlaku hanya beberapa minit lalu

    – Menguap berkali-kali

    – Ambil masa untuk mengelipkan mata

    Cara elak microsleep ketika memandu

    Microsleep ketika memandu sememangnya sangat membahayakan. Jadi, anda perlu ketahui beberapa tips atau cara untuk mengelakkan diri anda terdedah kepada microsleep ketika sedang memandu.

    Dapatkan tidur yang nyenyak dan cukup

    Tidur sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sebelum memulakan perjalanan jauh

    Sebelum memulakan perjalanan terutamanya perjalanan yang jauh, pastikan anda mendapatkan tidur yang secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam. Elakkan aktiviti melepak, menonton filem atau sebagainya sebelum tiba hari perjalanan.

    Untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan cukup, anda juga dinasihatkan untuk tidak mengambil minuman berkafein atau alkohol kerana ia mampu membantutkan anda untuk tidur dan menyebabkan diri anda terjaga pada waktu malam.

    Jangan ambil ubat yang boleh menyebabkan mengantuk

    Elak mengambil ubat yang boleh membuatkan anda mengantuk

    Sebelum memulakan pemanduan, elakkan diri anda daripada mengambil ubat yang boleh menyebabkan diri anda mengantuk ketika memandu. Jika anda perlu juga mengambil ubat tersebut, pastikan anda tidak memandu berseorangan dan cari partner yang mempunyai lesen dan boleh memandu untuk menggantikan anda ketika dalam perjalanan. 

    Jangan memandu berseorangan

    Ajak seseorang untuk dijadikan sebagai teman berborak

    Jika anda seorang yang mudah bosan dan letih apabila memandu untuk perjalanan jarak jauh, anda boleh membawa seseorang untuk menemani anda sepanjang perjalanan. Jadikan teman anda itu sebagai teman berborak agar anda tidak berasa bosan, sunyi dan seterusnya dan menyebabkan diri anda mengantuk.

    Pasang lagu

    Pasang lagu kegemaran anda untuk menghilangkan rasa mengantuk

    Jika tiada teman untuk berborak ketika dalam perjalanan, anda boleh memasang lagu-lagu kegemaran anda bagi memastikan diri terus segar untuk memandu.

    Walau bagaimanapun, jangan pasang terlalu kuat lagu di dalam kereta anda kerana ia boleh menyebabkan fokus pemanduan anda terganggu.

    Rehat di R&R

    Rehat sebentar untuk segarkan otot dan minda anda

    Jika anda mendapati diri anda sudah mulai berasa letih dan mengantuk, cari kawasan rehat & rawat (R&R) atau mana-mana stesen minyak terdekat untuk berehat. Tidur seketika jika perlu bagi menyegarkan semula diri anda. 

    Minum kopi

    Sebelum mulakan perjalanan, anda juga boleh minum dulu kopi untuk segarkan diri anda

    Mendapatkan minuman berkafein seperti kopi mampu membantu anda untuk berasa segar dan bertenaga ketika memandu. Namun, elak mengambilnya secara berlebihan kerana ia mungkin boleh menyebabkan diri anda terasa mual, pening dan lain-lain. 

    Buka tingkap

    Hirup udara luar untuk seketika bagi menghilangkan rasa mengantuk atau bosan

    Untuk seketika, anda juga boleh menurunkan tingkap dan menghirup udara luar bagi menyegarkan diri anda apabila memandu terlalu lama. 

    Pandu dengan selamat

    Elakkan diri anda daripada terdedah kepada microsleep ketika sedang memandu. Ingat, pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya terutama jika ingin melakukan perjalanan jarak jauh.

    Selain itu, anda juga boleh menggunakan tips-tips di atas untuk menyegarkan diri anda sepanjang perjalanan. Ingat, nyawa anda amat bermakna dan pandulah dengan selamat untuk diri anda dan yang tersayang.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.