“Takaful bukan untuk orang Islam je ke?”
Pssttt.. Ini baru satu contoh je. Mungkin anda pernah dengar beberapa perkara lain sama ada yang betul atau tidak mengenai perlindungan Takaful sebelum ini.
Jadi, jom tengok 7 fakta dan mitos paling popular mengenai Takaful yang mungkin anda pernah atau tidak pernah tahu.
#1 Perlindungan Takaful lebih mahal
Mitos: “Mahallah! Setiap bulan kena bayar RM200 untuk Takaful.”
Fakta: Hakikatnya anda hanya bayar RM6.60 sehari untuk perlindungan Takaful. Kalau boleh beli kopi RM10++ setiap hari, apalah sangat dengan bayar Takaful untuk diri anda.
*p/s: Premium takaful bagaimanapun bergantung kepada umur dan pelan yang anda pilih.
#2 Takaful = Insurans konvensional
Mitos: “Insurans konvensional sama dengan Takaful”
Fakta: Kedua-dua perlindungan insurans konvensional dan Takaful adalah berbeza. Perlindungan Takaful mengenakan konsep patuh syariah yang mana tiga perkara tidak diterapkan sama sekali iaitu:
- Riba’,
- Gharar (ragu-ragu)
- Masyir (judi)
#3 Takaful untuk umat Islam je
Mitos: “Takaful bukan untuk orang Islam je ke?”
Fakta: Sesiapa sahaja boleh mendapatkan perlindungan Takaful termasuk orang bukan Islam
#4 Perlindungan Takaful tiada manfaat
Mitos: “Aku beli takaful nyawa pun bukan dapat manfaat, yang dapat nanti waris je”
Fakta: Ia semestinya akan membantu mengurangkan beban kewangan keluarga anda selepas anda tiada nanti. Janganlah pentingkan diri sendiri.
#5 Beli takaful, yang kaya ejen juga
Mitos: Setiap bulan aku yang kena bayar premium, yang untung nanti ejen juga”
Fakta: Anda beli Takaful untuk perlindungan diri anda/ keluarga sekiranya ditimpa sebarang musibah.
Sebagai contoh dengan Takaful perubatan, kos rawatan hospital anda akan ditanggung oleh pengendali Takaful anda. Jadi, anda tidak perlu terbeban dengan masalah kewangan untuk bayar bil perubatan nanti.
#6 Hospital kerajaan ada
Mitos: “Buat apa beli takaful, hospital kerajaan kan ada kalau sakit nanti. Kos rawatan tak mahal sangat pun.”
Fakta: Anda juga perlu membayar kos rawatan di hospital kerajaan. Jika anda perlu melakukan pembedahan, anda perlu tahu bahawa sebahagian kosnya perlu ditanggung oleh anda sendiri. Bukan puluhan atau ratusan ringgit, tetapi ribuan ya!
Dengan perlindungan Takaful, anda tidak perlu bimbang lagi dengan bil rawatan hospital.
#7 Proses claim (tuntutan) untuk Takaful susah
Mitos: “Ala.. konon je ada perlindungan Takaful boleh tolong. Tapi nanti kalau nak claim susah juga, macam-macam hal je nanti”
Fakta: Setiap pengendali Takaful mempunyai cara tertentu bagi proses tuntutan atau claim. Sebagai individu yang bijak, anda perlulah tahu dan pastikan syarikat itu kukuh dan mudah untuk berurusan terutamanya dalam proses tuntutan. Pilihlah syarikat yang mempunyai rekod perkhidmatan yang baik agar ia tidak menyusahkan anda suatu hari nanti!
Pilihan ada di tangan anda. Jangan hanya mendengar cakap-cakap orang lain mengenai perlindungan Takaful. Lakukan sendiri research dan tambahkan ilmu sekiranya anda masih ragu-ragu atau keliru mengenai perlindungan Takaful.
Anda juga boleh mendapatkan kepastian mengenai perlindungan Takaful dengan menghubungi ejen Bjak. Klik sahaja Bjak.com/life dan bercakap dengan ejen kami pada bila-bila masa yang anda mahu.