‘Dashcam’ yang merupakan terma singkatan kepada ‘Dashboard Camera’ kini merupakan aksesori yang popular dalam kalangan pemilik kenderaan di Malaysia.
Ia merupakan satu trend yang sangat positif malah sangat digalakkan untuk setiap kereta agar memilikinya di dalam kenderaan mereka.
Fungsi dashcam
Secara amnya, dashcam diketahui mampu berfungsi sebagai ‘saksi’ dan ‘bukti penting’ sekiranya berlaku sesuatu terhadap kenderaan sendiri atau orang lain di jalan raya.
Kalau ikutkan rakaman-rakaman video ini mampu menjadi satu bahan rujukan dan bukti jika berlaku kemalangan kepada pemandu atau kenderaan di sekeliling mereka. Bahan rakaman yang dirakam oleh dashcam juga boleh dijadikan sebagai bahan bukti serta memudahkan pemandu membuat sebarang tuntutan insurans.
Kenyataan di atas dikatakan sendiri oleh Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Siti Zaharah Ishak seperti memetik laporan mengenai fungsi dan kepentingan dashcam di dalam kenderaan.
Malah jika anda perasan, pada hari ini banyak kejadian seperti kemalangan dan buli di atas jalan raya berjaya dirakam oleh dashcam dan dikongsikan di media sosial untuk mencari pelaku yang seterusnya membantu pihak berkuasa untuk mengesan individu yang terlibat.
Adakah kegunaan dashcam salah di sisi undang-undang?
Jawapannya tidak, selagi rakaman tersebut tidak disalah gunakan. Asalkan ia digunakan untuk tujuan yang betul seperti menjadikannya sebagai bahan bukti kepada pihak polis, mahkamah dan syarikat insurans, maka ia tidak menjadi satu kesalahan.
Mahal ke nak pasang dashcam?
Persoalan ini sebenarnya agak subjektif kerana ia bergantung kepada ciri-ciri, model dan jenis dashcam yang anda beli. Namun sebenarnya, dengan hanya bermodalkan RM100, anda sudah mampu untuk memiliki seunit dashcam untuk kenderaan anda.
Dengan pelbagai platform beli-belah online dan ribuan jenis dashcam yang ada, anda boleh membandingkan sendiri harga dan pilih mengikut keperluan serta bajet anda sahaja.
Ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan sebelum beli dashcam
Untuk anda yang belum mempunyai dashcam di dalam kereta dan bercadang untuk mendapatkannya, sila ketahui dulu ciri-ciri dashcam yang anda perlu teliti dan pertimbangkan.
Kualiti gambar
Tidak guna jika anda mempunyai dashcam namun ia tidak mempunyai kualiti gambar dan video terbaik ketika dirakam. Setidak-tidaknya pilihlah dashcam yang boleh membaca/ merakam nombor plat kenderaan pada paparan videonya.
Gambar dengan resolusi 720p sudah cukup baik, namun kini sudah banyak kamera dengan resolusi 1080 ada dijual di pasaran.
Paparan LCD
Tidak semua kamera didatangkan dengan skrin LCD. Dashcam yang dilengkapi dengan paparan skrin LCD akan memudahkan pemilik kenderaan untuk menetapkan arah rakaman pada bila-bila masa dan boleh menonton rakaman video pada bila-bila masa tanpa memerlukan komputer.
Night view yang baik
Penting untuk anda pastikan bahawa kamera dashcam tersebut boleh merakam perjalanan pada waktu malam dengan baik. Sebaiknya pilih kamera yang dilengkapi dengan High Dynamic Range yang dapat merakam gambar dengan lebih jelas dalam cahaya yang minimum.
Sudut pandang
Kebiasaannya, darjah keluasan untuk kamera dashcam adalah sekitar 110 hingga 130 darjah, bergantung pada modelnya.
Semakin besar darjah sudut pandang, semakin luas rakaman video pada dashcam.
Mudah untuk tanggalkan memory card
Ini juga penting. Sebaiknya, pilihlah dashcam yang memudahkan anda untuk mengeluarkan memory cardnya tanpa perlu menanggalkan kamera.
Boleh membuat sambungan wifi
Kamera dashcam yang mempunyai sambungan wifi bakal membantu anda untuk melihat semula rakaman secara wireless atau melalui handphone anda. Lebih mudah kan!
Dwi kamera
Dashcam yang mempunyai fungsi kamera depan dan belakang adalah lebih baik dan sangat digalakkan. Dengan fungsi kamera belakang, anda boleh mengetahui saat kejadian kemalangan berlaku terutamanya jika pelanggaran tersebut membabitkan kenderaan anda sendiri.
Bagaimanapun, dashcam jenis ini biasanya memiliki harga yang lebih tinggi daripada biasa.
GPS
GPS pada dashcam berfungsi untuk merekod secara automatik lokasi dan tahap kelajuan kenderaan anda ketika ia dirakam.
Bateri tambahan
Pada kebiasaannya, dashcam beroperasi tanpa bateri internal di mana ia menggunakan sumber kuasa 12V yang adalah di dalam kereta. Bagaimanapun, untuk merakam kenderaan ketika ia tidak berjalan atau di dalam kotak parkir, anda memerlukan bateri tambahan atau internal battery ini supaya rakaman boleh terus dibuat.
Rakaman automatik
Pilih dashcam yang boleh terus beroperasi sebaik sahaja anda menghidupkan enjin kereta dan berhenti apabila enjin dimatikan.
“Top Sales” Dashcam
Di sini kami kongsikan kepada ada beberapa model dashcam yang terbaik dengan harga berpatutan yang boleh anda dapatkan:
64GB 3 in 1 Dash Cam Car Camera DVR HD 1080P 170 Wide Angle Cycle Recorder G-Sensor 3 IN 1 Dashcam
Harga: RM 95 – RM 130
Spesifikasi
Model – Car DVR
Saiz skrin – 4.0” HD
Sudut lens luas sehingga 170 darjah
Kamera dalam: VGA 120 darjah
Kamera belakang: 140 darjah
Resolusi kamera:
- Kamera depan: 1920 x 1080
- Kamera dalam: 640 x 480
- Kamera belakang: 640 x 480
Mempunyai HDR, G-Sensor, dan Pengesan pergerakan automatik
Kad memori – Support TF Card (Max 32 GB)
Frekuensi – 50HZ/60HZ
Gambar/ rakaman jelas pada waktu malam
70mai M300
Harga: RM 149
Spesifikasi
Dash cam terbaru tahun 2021
Brand: 70mai
Model: M300
Kualiti gambar dan video mencapai 2304 x 1296P lebih tinggi daripada 1080P
Aperture: F2.1
140 darjah memastikan rakaman merangkumi 3 lorong trafik penuh
Pengawasan kereta di parkir selama 24jam (mod parking aktif secara automatik)
G – sensor mengesan pelanggaran serta automatik merakam
Video pengawasan dapat dimainkan dengan cepat serta merakam kejadian dengan cepat
Kapasiti bateri: 240mAh
70mai PRO Plus + A500S Wifi
Harga: RM 89 – RM 325
Spesifikasi
Model: 70mai A500S
Imput: 5V 2A
Anda boleh melihat lokasi serta kelajuan melalui aplikasi mudah alih anda
Sambungan wireless: Wi-Fi IEEE 802.11 b/g/n 2.4 GHz
Perlindungan kepada kenderaan semasa diparking selama 24 jam
Sensor Sony IMX335 5 megapiksel merakam video 1944P dengan jelas pada siang/malam
F.18 memberikan anda gambar/video yang jelas pada waktu malam
Video disimpan pada memori kad (micro SD)
Pemasangan yang mudah dan hanya memerlukan punca kuasa 12v
Jenis bateri: Lithium polymer
Kapasiti bateri – 500mAh
DDPai Malaysia Dash Cam Mini
Harga: RM 135 – RM 170
Spesifikasi
Kualiti imej HD 1080P
Sudut pandang 140 darjah dan boleh merakam dengan jelas pada waktu malam.
Built-in G-sensor untuk Rakaman Kecemasan Auto
Wifi, kawalan APP mudah alih
Pengawasan kereta di parking untuk tempoh 24 jam (memerlukan hardwire)
Rakaman HD loop recording
Three Camera Lens HD Car Recorder DVR Dashcam
Harga: RM80
Spesifikasi
Dilengkapi dengan 3 kamera depan, dalam serta belakang
Kualiti gambar HD 1080P
Kamera vision malam yang lebih terang
Kamera belakang kalis air
Mempunyai sensor gariviti untuk kereta
Support kad TF
Sudut lens luas – 170 darjah
G sensor – untuk mengunci video sekiranya berlaku kemalangan
70mai A400
Harga: RM 209 – RM 319
Spesifikasi
Brand: 70mai
Model A400
Revolusi video QHD 2560 x 1440
OV 145 darjah FOV sudut lebar untuk rakaman yang luas
IP IPS 2 inci untuk melihat sudut pemandangan yang lebih baik
Aperture F2.0 meningkatkan kualiti penglihatan malam
Teknologi WDR menyeimbangkan kualiti gambar dengan berkesan
Penjagaan kereta anda selama 24 jam semasa parking secara automatik
Semua rakaman tersimpan pada micro sd dengan selamat daripada penuh
Jenis bateri: Bateri Li-ion
Kapasiti bateri: 500mAh
Sambungan Wifi: Wi-Fi IEEE 802.11 b/g/n 2.4GHz
Pasang dashcam untuk kereta anda
Meskipun ia bukanlah satu aksesori yang diwajibkan oleh kerajaan, namun dashcam memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu anda dan pengguna sekeliling sekiranya berlaku sesuatu kelak.
Dengan perkongsian ini, diharapkan anda boleh mempertimbang untuk memiliki kamera dashcam buat kereta anda bagi keselamatan bersama.
Bjak adalah platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans dan takaful untuk pemilik kenderaan memperbaharui insurans kereta mahupun motosikal. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini.