Perlindungan cermin depan ialah perlindungan tambahan yang boleh anda tambahkan pada polisi insuran kereta komprehensif anda, untuk menampung kos penggantian atau pembaikan cermin depan anda. Perlindungan tambahan ini akan melindungi kos penggantian atau pembaikan, tanpa menjejaskan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) anda.
Dalam artikel kami sebelum ini, kami telah membincangkan dengan panjang lebar perkara yang anda perlu tahu tentang insurans cermin depan dan cara menuntut insurans cermin depan. Dalam artikel ini, kami ingin berkongsi senarai harga insuran cermin kereta untuk Perodua dan Proton, dua jenama kereta paling biasa di Malaysia untuk tahun 2024.
Senarai harga perlindungan cermin depan untuk Perodua
Model | Perlindungan Insurans | Bayaran Untuk Insurans |
Perodua Kembara | RM600 | RM90 |
Perodua Myvi | RM600 | RM90 |
Perodua Myvi Lagi Best | RM600 | RM90 |
Perodua Myvi (2018+) | RM800 | RM120 |
Perodua Myvi Advanced (2018-2021) | RM1000 | RM150 |
Perodua Myvi Advanced (2022+) | RM1000 | RM150 |
Perodua Kancil | RM500 | RM75 |
Perodua Kelisa | RM600 | RM90 |
Perodua Kenari | RM600 | RM90 |
Perodua Rusa | RM600 | RM90 |
Perodua Alza (2009-2021) | RM700 | RM105 |
Perodua Alza (2022+) | RM1500 | RM225 |
Perodua Nautica | RM600 | RM90 |
Perodua Bezza | RM700 | RM105 |
Perodua Bezza (Camera) (2020+) | RM1000 | RM150 |
Perodua Axia | RM600 | RM90 |
Perodua Axia (Camera) (2021+) | RM900 | RM135 |
Perodua Viva | RM600 | RM90 |
Perodua Aruz (Camera) | RM1200 | RM180 |
Perodua Aruz (no Sensor) | RM1100 | RM165 |
Perodua Ativa (Camera) | RM1300 | RM195 |
Perodua Ativa | RM1200 | RM180 |
Senarai harga perlindungan cermin depan untuk Proton
Model | Perlindungan Insurans | Bayaran Untuk Insurans |
Proton Saga / Iswara | RM600 | RM90 |
Proton Saga BLM / FLX | RM600 | RM90 |
Proton Wira | RM600 | RM90 |
Proton Satria | RM600 | RM90 |
Proton Satria Neo | RM800 | RM120 |
Proton Exora | RM800 | RM120 |
Proton Waja | RM600 | RM90 |
Proton Juara | RM600 | RM90 |
Proton Preve | RM1200 | RM180 |
Proton Suprema S | RM1200 | RM180 |
Proton Inspira | RM2000 | RM300 |
Proton Perdana | RM1000 | RM150 |
Proton Perdana (2012-2016) | RM2000 | RM300 |
Proton Perdana (2017+) | RM2000 | RM300 |
Proton Iriz | RM1200 | RM180 |
Proton Gen2 | RM600 | RM90 |
Proton Persona (2011-2017) | RM600 | RM90 |
Proton Persona (2018+) | RM1200 | RM180 |
Proton X70 Standard | RM1800 | RM270 |
Proton X70 Executive | RM1800 | RM270 |
Proton X70 Premium Camera | RM2000 | RM300 |
Proton X90 Lane Assist | RM2500 | RM375 |
Proton X50 Standard | RM1800 | RM270 |
Proton X50 Executive, Premium, TGDI Camera | RM2000 | RM450 |
Proton S70 Executive / Premium (2024+) | RM2500 | RM375 |
Proton S70 Flagship / Flagship X (2024+) | RM3000 | RM450 |
Proton Ertiga | RM1500 | RM225 |
Proton Saga vvt (2016+) | RM800 | RM120 |
Dapatkan perlindungan yang mencukupi untuk cermin depan kereta anda
Memandu dengan cermin depan tidak dilindungi bukanlah idea yang baik. Walaupun anda mendapati hanya kecil sahaja retakan pada cermin depan anda, sila pastikan anda baikinya. Retakan itu mungkin kecil, tetapi ia tidak akan selamanya kekal kecil. Lebih membimbangkan lagi, ia boleh mengurangkan penglihatan anda dan sekaligus menjejaskan keupayaan anda untuk memandu kenderaan anda dengan selamat. Dengan mendapatkan perlindungan tambahan cermin depan dalam polisi anda, anda boleh menuntut daripada syarikat insurans anda untuk penggantian atau pembaikan cermin depan anda, tanpa menjejaskan NCD anda.
Untuk mendapatkan perlindungan cermin depan, kami cadangkan anda mengenal pasti jumlah perlindungan dan harga yang perlu anda bayar untuk cermin depan anda. Pastikan anda membayar premium mengikut nilai cermin depan anda seperti yang dikongsikan di atas.
Adakah anda ingin menambah perlindungan tambahan ini pada polisi insurans anda? Hanya layari BJAK dan tambah perlindungan cermin depan pada polisi anda semasa pembaharuan insurans kereta anda. Pergi ke Bjak.my dan dapatkan sebut harga insurans kereta percuma anda dalam talian dalam masa 5 minit sahaja.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: