Skip to content
Home » Harga Roadtax Motor Mengikut CC (TERKINI)

Harga Roadtax Motor Mengikut CC (TERKINI)

    harga roadtax motor mengikut cc

    Untuk pemilik baru motosikal, ada yang mungkin masih belum pernah tahu harga roadtax anda, kan? Ingat, anda perlu memperbaharuinya pada setiap tahun bagi memastikan motor anda boleh ditunggang secara sah di atas jalan raya. 

    Sekadar makluman anda, faktor terbesar yang akan menentukan harga roadtax motor anda adalah kapasiti enjinnya. Semakin besar kapasiti enjin sesebuah motor, semakin mahal atau tinggi harga roadtax yang akan dikenakan. 

    Selain daripada kapasiti enjin, satu lagi faktor lain yang akan menentukan harga roadtax motor anda adalah lokasi geografi anda. Secara ringkasnya, harga roadtax di Semenanjung Malaysia lebih mahal berbanding dengan Malaysia Timur, Labuan, Langkawi dan Pangkor.

    Harga roadtax motor mengikut CC

    Seperti yang dinyatakan di atas, faktor utama penentuan harga roadtax motor adalah kapasiti enjinnya. Justeru, berikut dikongsikan harga roadtax motor mengikut cc yang perlu anda tahu.

    harga roadtax motor mengikut cc

    Adakah harga roadtax motor berubah-ubah?

    Biasanya, harga roadtax adalah tetap setiap tahun selagi anda menggunakan motor dengan model dan kapasiti enjin yang sama. Namun begitu, harga roadtax yang perlu anda bayar mungkin berbeza mengikut tempat atau platform pembaharuan roadtax anda. Biasanya, ia bergantung pula kepada berapa kadar caj pemprosesan yang dikenakan.

    Contohnya, jika anda renew cukai jalan di cawangan pejabat pos atau JPJ, anda perlu membayar tambahan RM2.00 daripada kos keseluruhan roadtax anda. Ini adalah untuk caj pemprosesan yang mereka kenakan.

    Jadi pengiraannya adalah begini:

    Renew roadtax untuk motor bawah 150 cc = RM2

    Caj pemprosesan renew roadtax di pejabat pos = RM2.00

    Jumlah keseluruhan untuk roadtax yang perlu anda bayar = RM4.00

    Selain di pejabat pos atau JPJ, anda juga boleh memperbaharui roadtax anda di MyEG ataupun secara online di Bjak.

    Menariknya apabila renew di Bjak, anda boleh renew kedua-dua insurans dan roadtax anda sekaligus ya! Bahkan, anda juga mempunyai pilihan untuk dapatkan pelekat roadtax atau roadtax digital sahaja.

    Berapa lama tempoh renew roadtax yang boleh anda pilih?

    Mungkin ada yang masih belum tahu bahawa anda sebenarnya boleh pilih untuk renew roadtax bagi tempoh 1 tahun terus ataupun 6 bulan sahaja. 

    Selain atas sebab sukarela, ada beberapa keadaan tertentu yang memerlukan roadtax motor diperbaharui bagi tempoh 6 bulan sahaja iaitu:

    • Pemilik motosikal telah meninggal dunia dan anda sebagai waris ingin renew roadtax bagi membolehkan kenderaan digunakan di atas jalan raya
    • Tempoh insurans tidak mencukupi tempoh masa roadtax 12 bulan. Keadaan ini biasanya berlaku apabila anda terlupa untuk renew roadtax yang pernah diperbaharui untuk tempoh 6 bulan sebelum ini.

    Cara renew roadtax di Bjak

    Renew roadtax di Bjak adalah sangat mudah, pantas dan selamat. Selain dapat menikmati kemudahan renew insurans dan roadtax dan sekaligus, anda juga boleh:

    • Bayar secara 3 kali ansuran dengan kaedah pembayaran Buy Now Pay Later tanpa sebarang caj faedah
    • Boleh pilih roadtax digital atau pelekat roadtax
    • Penghantaran sticker roadtax terus ke rumah (jika pilih sticker roadtax)

    Ikut sahaja langkah-langkah mudah di bawah ini untuk renew roadtax anda di Bjak:

    cara renew roadtax online di Bjak

    Jadi, tunggu apa lagi? Jom renew roadtax motor anda sekarang jika sudah hampir tamat tempoh!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: