Skip to content
Home » Honda City Hatchback 2022 Tawar 4 Varian Dari Harga RM75,670

Honda City Hatchback 2022 Tawar 4 Varian Dari Harga RM75,670

    Honda City Hatchback 2022 dilancarkan

    Berita baik buat penggemar kereta jenama Honda di Malaysia!

    Honda Malaysia secara rasminya telah melancarkan model Hatchback Segmen B terbaru, Honda City Hatchback dengan empat varian iaitu S, E, V dan RS e:HEV.

    Model pengganti kepada Honda Jazz GK ini menampilkan rekaan yang lebih sporty, teknologi e:HEV dan ciri-ciri terkini.

    Jom ketahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri menarik model terbaru Honda ini menerusi perkongsian di bawah:

    Harga untuk keempat-empat varian

    Model terbaru Honda City Hatchback ini dijual pada harga seperti di bawah:

    Varian 1.5 S – Bermula dari RM75,670

    Varian 1.5  E – Bermula dari RM83,080

    Varian 1.5 V – Bermula dari RM87,860

    Varian RS e:HEV – akan diumumkan awal tahun 2022

    Pilihan warna

    Model terbaru Honda City Hatchback ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu: 

    Merah  (Ignite Red Metallic)

    Kelabu (Meteoroid Gray Metallic)

    Putih mutiara (Platinum White Pearl)

    Perak (Lunar Silver Metallic)

    Hitam mutiara (Crystal Black Pearl)

    Ruang dalaman

    Ruang dalam Honda City Hatchback menampilkan kemasan yang menarik dan elegan

    Kemasan dalam model terbaru Honda City Hatchback ini adalah berbeza mengikut varian seperti berikut:

    Varian 1.5 S dan E

    • Kemasan perak, kerusi fabrik bertekstur
    • Material fabrik pada panel pintu
    • Kluster instrumen dengan frem meter iluminasi dan ambien hijau dan putih.
    • Mempunyai ventilator penyaman udara belakang
    • Boleh menghidupkan enjin serta pendingin hawa dari jauh sebelum masuk ke dalam kabin – (varian E)
    • Dilengkapi paparan audio berukuran 8 inci yang boleh dipadangkan bersama Apple CarPlay dan Android(varian E)

    Varian 1.5 V

    • Didatangkan dengan tempat duduk kulit dengan kemasan benang putih
    • Material PVC dengan sulaman benang putih pada panel pintu
    • Stereng dengan sulaman benang putih
    • Mempunyai ventilator pendingin hawa belakang
    • Boleh menghidupkan enjin serta pendingin hawa dari jauh sebelum masuk ke dalam kabin
    • Dilengkapi paparan audio berukuran 8 inci yang boleh dipadangkan bersama Apple CarPlay dan Android

    Varian RS e:HEV 

    • Dilengkapi dengan tempat duduk Ultrasuede yang sporty bersama jahitan benang merah pada kemasan
    • Corong pendingin hawa belakang untuk keselesaan penumpang belakang
    • Mempunyai brek parkir elektrik (EPB)
    • Paparan TFT tujuh inci

    Luaran

    Rekaan lampu belakang unik menyerlahkan identiti tersendiri ketika di jalanan
    • Rupa depan menekankan identiti City dengan kehadiran lampu siang (DRL)
    • Rupa belakang menampilkan karakter City dengan pandangan yang menampakkan visual rendah dan lebar
    • Rekaan lampu belakang yang unik 
    • Ciri sporty dapat dikesan pada pusat graviti rendah (CoG), kabin slik selain mengekalkan faktor praktikaliti dan ketahanan sebagai sebuah hatchback.
    • Rim aloi 16 inci – untuk varian e:HEV RS (dwi-tona) dan V (perak)
    • Rim aloi 15 inci – untuk varian E (dwi-tona) dan S (perak)
    • Rekaan RS e:HEV yang eksklusif menerusi gril pada bahagian bawah, perumah lampu kabus dan bampar bahagian belakang menyerlahkan lagi sisi sporty jentera berkenaan.

    Enjin

    Honda City Hatchback 2022 menawarkan dua pilihan trenskuasa

    Honda City Hatchback 2022 menawarkan dua pilihan trenskuasa iaitu:

    Varian 1.5 V,E dan S – menggunakan enjin 1.5L DOHC iVTEC yang mampu menjana kuasa sebanyak 121PS dan tork maksimum 145Nm paling tinggi dalam segmennya yang memberikan penjimatan bahan api.

    Varian 1.5 e:HEV RS – didatangkan dengan enjin hibrid 1.5L Sports Intelligent Multi-MOde Drive dan dipadankan dengan transmisi Electric Continous Variable Transmission (e-CVT) yang mampu menjana kuasa sebanyak 109PS dan tork mencecah 253Nm paling tinggi dalam segmennya

    Keselamatan

    Dari segi keselamatan, Honda City Hatchback menawarkan:

    • Empat beg udara
    • ABS
    • EBD
    • Bantuan brek
    • Amaran berhenti kecemasan
    • Bantuan mula mendaki
    • ISOFIX

    Varian V pula dilengkapi sehingga enam beg udara dan sokongan Honda Lanewatch.

    Manakala untuk varian 1.5 e:HEV RS, ia hadir dengan ciri keselamatan termaju dan paling lengkap dalam segmennya iaitu Honda SENSING.

    Antara sistem bantuan keselamatan pemandu di dalam Honda SENSING adalah:

    • Kawalan pemanduan adaptif
    • Sistem brek mitigasi pelanggaran
    • Sistem amaran pelanggaran hadapan
    • Sistem kekal lorong
    • Sistem mitigasi keluar dari jalan dan lorong
    • Lampu tinggi auto

    Skrin infotainment

    Sementara itu, kecuali bagi varian S (iaitu yang paling asas), kesemua tiga varian yang lain diberikan skrin infotainmen 8 inci yang dilengkapkan ciri Android Auto dan Apple CarPlay.

    Kunjungi Honda

    Semua varian City Hatchback ini didatangkan dengan perlindungan waranti pengeluar selama 5 tahun tanpa had perbatuan bersama 5 servis dengan kos buruh (perkhidmatan) percuma.

    Untuk mendapatkan lebih maklumat lanjut mengenai model terbaru City Hatchback ini, anda boleh sahaja mengunjungi mana-mana pengedar sah Honda di seluruh Malaysia.

    Sumber: MalaysiaGazette, Pandulaju


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.