Pada 30 Ogos 2021, kerajaan melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah memberikan kelulusan bersyarat untuk 14 kit ujian kendiri Covid-19.
Justeru itu, di bawah ini kami senaraikan 14 jenama kit ujian kendiri Covid-19 untuk rujukan anda!
Namun sebelum itu, sila ambil tahu mengenai beberapa perkara ini:
- Kit ujian kendiri Covid-19 tidak menggantikan fungsi diagnostik realtime reverse-transcription polymerase chain reaction (RT-PCR) untuk COVID-19 tetapi mempunyai kelebihan untuk mengesan status COVID-19 individu dengan cepat dan mudah.
- Kit ujian kendiri Covid-19 adalah untuk tujuan pengesanan sahaja. Ujian RT-PCR masih diperlukan untuk mengesahkan keputusan.
- Bergantung kepada kit ujian kendiri, prosedur ujian boleh dilakukan melalui air liur, nasal swab dan lain-lain mengikut arahan pada kit.
- Anda mesti mengemaskini aplikasi MySejahtera anda dengan memasukkan segera hasil keputusan yang diterima samada negatif, positif atau tidak sah.
- Harga siling atau harga maksimum untuk setiap kit ujian kendiri Covid-19 bagi pasaran tempatan ditetapkan RM19.90 seunit manakala harga untuk borong pula adalah RM16 satu set berkuatkuasa 5 September 2021.
Senarai 14 kit ujian kendiri Covid-19 yang telah diluluskan adalah seperti berikut:
1. ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)
2. JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)
3. ProDetect™ COVID-19 Antigen Rapid Self-Test (Saliva)
4. BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid)
5. STANDARD™ Q COVID-19 Ag Saliva Home Test
6. Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit (Immunochromatography) Home based use
7. NEWGENE Bioengineering COVID-19 Antigen Detection Kit
8. Salixium-COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/Nasal Swab Samples)
9. Gmate® COVID-19 Ag Saliva for Home Use
10. Sichuan Xincheng SARS-CoV-2 Antigen Assay
11. Flowflex™ SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Self-testing)
12. Lituo COVID-19 Antigen Detection Kit (Colloidal Gold) Self Test Kit
13. GRUENBANKA SARS-CoV-2 Antigen Detection Kit (Colloidal Gold Method)
14. Humasis COVID-19 Ag Home Test (Self-Test)
Anda boleh mendapatkan mana-mana kit ujian kendiri Covid-19 ini di farmasi mahupun fasaliti swasta berdekatan anda.
Sememangnya bagus apabila anda mengambil inisiatif untuk membuat ujian kendiri ini. Namun untuk lebih menenangkan fikiran dan melindungi kewangan anda pada masa akan datang, apa kata jika anda pertimbangkan juga untuk mendapatkan perlindungan insurans nyawa dan perubatan dari serendah RM5 sehari. Layari sahaja Bjak untuk mengetahui lebih lanjut mengenai insurans.
Rujukan: