Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia pada baru-baru ini telah melancarkan set plat khas terbaru yang dikenali sebagai JPJePlate. Ia diperkenalkan pada asalnya untuk kenderaan elektrik sahaja, akan tetapi dalam perancangan jangka panjang, kenderaan lain yang bukan elektrik juga difahamkan turut boleh memakainya.
Seperti yang telah kita semua ketahui, sejak dari dulu lagi kita telah melihat dan memakai plat berwarna hitam dengan nombor pendaftaran berwarna putih. Berbeza dengan JPJePlate ini kerana ia hadir dengan plat berwarna putih dan mempunyai pelbagai lagi ciri menarik untuk anda ketahui. Ciri-ciri yang terdapat pada JPJePlate ini juga boleh dilihat diambil daripada rekaan plat yang digunakan di negara-negara eropah.
Apkah itu JPJePlate?
JPJePlate ini ialah plat nombor yang direka khas di bawah inisiatif Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk merevolusikan industri pengangkutan. Matlamat utamanya adalah untuk menyeragamkan reka bentuk nombor plat kepada semua populasi kenderaan motor dan meningkatkan keselamatan di jalan raya.
Ciri-ciri yang terdapat pada plat nombor JPJePlate
Terdapat sembilan (9) ciri-ciri yang ada pada plat nombor JPJePlate iaitu:
- Bendera Malaysia;
- Kod nombor pendaftaran kenderaan antarabangsa da singkatan untuk negara Malaysia (MAL) yang dicetak timbul (embossed)
- Warna disebelah kiri plat yang membezakan penggunaan bahan bakar kenderaan. Contoh: warna hijau untuk FEV
- Jalur holografik
- Foil anti pemalsuan
- Tandatangan digital (Kod QR)
- Nombor siri yang diukir dengan laser
- RFID yang telah siap ditanam
- Skru keselamatan untuk pemasangan
Tujuan plat nombor JPJePlate diperkenalkan
Plat nombor JPJePlate bertujuan untuk:
- Meningkatkan keselamatan jalan raya dengan peningkatan keterlihatan (reflektif retro) pada waktu malam. Ini adalah penting untuk memastikan keadaan pemanduan yang lebih selamat dan mengurangkan risiko kemalangan.
- Mempunyai ciri-ciri untuk mencegah pemalsuan dan kecurian kenderaan.
- Berfungsi sebagai pengenalan pertama untuk tindakan penguatkuasaan serta bantuan pantas pengguna jalan raya sekiranya berlaku kecemasan.
- Pembolehubah untuk ekosistem Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) yang diintegrasi dengan RFID.
Manfaat JPJePlate
- Ketenangan minda
JPJePlate ini dilaporkan mampu untuk mencegah pemalsuan nombor plat bagi melindungi kenderaan anda daripada dicuri. Selain itu juga, ia turut menawarkan tahap keselamatan yang lebih tinggi.
2. Jalan raya yang lebih selamat
Plat ini mampu memberikan visual yang lebih baik dan meningkatkan keselamatan untuk anda memandu di waktu malam.
3. Integrasi pintar
Dengan kesediaan teknologi terkini, JPJePlate bersedia kepada integrasi kepada mana-mana e-dompet.
Siapa yang boleh gunakan JPJePlate ini?
Seperti yang dinyatakan di atas, JPJePlate ini pada asalnya digunakan untuk kenderaan elektrik sahaja, dan diwajibkan penggunaannya untuk pemilik EV selepas ia dilancarkan semalam (9/9/2024). Difahamkan juga semua kenderaan EV yang baru didaftarkan akan menggunakan JPJePlate ini. Namun ianya bergantung pada hasil pemerhatian perintis.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: