Skip to content
Home » Insurance Motor Paling Murah: Panduan Untuk Membuat Pilihan Bijak

Insurance Motor Paling Murah: Panduan Untuk Membuat Pilihan Bijak

    insurans motor murah - cover

    Semasa nak cari insurans kenderaan yang menjimatkan kos, pemilik kenderaan pasti akan mencari cara untuk mendapatkan perlindungan yang baik tanpa perlu merisikokan bajet kewangan anda. Insurans motosikal ini boleh menjadi mahal jika anda tidak tahu macam mana cara nak dapatkan yang murah.

    Tapi jangan risau, kerana kami akan bantu anda untuk memberikan tip berkenaan cara untuk mendapatkan insurans motor paling murah bagi motosikal anda. Baca artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui caranya.

    Bandingkan tawaran daripada pelbagai syarikat insurans berbeza

    Langkah pertama untuk mendapatkan insurans motor yang murah adalah dengan membandingkan tawaran dari pelbagai syarikat insurans. Gunakan perkhidmatan perbandingan dalam talian atau berhubung dengan agen insurans untuk mendapatkan gambaran penuh berkenaan pakej yang ditawarkan.

    Pilih jenis insurans yang sesuai

    Pilih di antara insurans konvensional atau takaful, dan fahami perbezaan antara kedua-dua jenis tersebut. Takaful mungkin menawarkan premium yang lebih rendah, tetapi pastikan anda memahami syarat-syarat dan perlindungan yang disediakan.

    Perlindungan boleh disesuaikan

    Sesuaikan perlindungan insurans motor anda dengan keperluan sebenar anda. Jangan bayar untuk perlindungan yang tidak diperlukan. Pastikan polisi menyediakan perlindungan yang mencukupi untuk keselesaan anda.

    Nilai klaim (excess) yang berbaloi

    Pilih nilai klaim (excess) yang sesuai dengan kemampuan kewangan anda. Nilai klaim yang lebih tinggi mungkin mengurangkan premium bulanan, tetapi pastikan anda mampu membayar nilai excess jika terdapat tuntutan.

    Pilih perlindungan yang minimum dan hanya perlu

    Semak syarat minimum yang diperlukan undang-undang dan hanya pilih perlindungan yang diperlukan. Ini mungkin termasuk perlindungan terhadap pihak ketiga, kebakaran dan kecurian.

    Diskaun

    Pertimbangkan untuk mendapatkan diskaun dengan memasang peranti keselamatan tambahan pada kenderaan atau dengan memperbaharui polisi insuran kereta dan motor setiap tahun. Beberapa syarikat insurans menawarkan diskaun kepada pemilik yang setia.

    Jangan sembunyikan maklumat

    Berikan maklumat yang tepat ketika memohon insurans. Dengan menyembuyikan maklumat atau memberikan maklumat palsu boleh mengakibatkan pembatalan polisi atau penolakan tuntutan pada masa depan.

    Bebas daripada kemalangan

    Pemegang polisi dengan rekod pemanduan yang baik dan bebas kemalangan sering diberikan diskaun. Amalkan pemanduan yang selamat untuk mengekalkan rekod yang baik.

    Pertimbangkan insurans motor bundle

    Beberapa syarikat insurans menawarkan pakej “bundle” yang merangkumi insurans motor, rumah, atau insurans lain. Pilihannya dapat memberikan diskaun tambahan.

    Cari dekat BJAK

    Lagi satu cara yang boleh anda guna untuk cari insurans motor paling murah adalah dengan mencarinya di laman web BJAK. BJAK adalah platform insurans nombor 1 di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan dan perbandingan harga insurans kereta dan motosikal daripada 23 syarikat insurans di Malaysia.

    Pengguna dengan mudah akan dapat membuat perbandingan insurans daripada 23 syarikat dengan pantas. Banyak harga yang boleh dipilih, dari murah hinggalah ke mahal. Sebut harga yang akan dikeluarkan oleh BJAK kepada pengguna boleh diperolehi dalam masa 5 minit sahaja. Lebih menarik lagi adalah, BJAK turut menawarkan sistem pembayaran ansuran. Untuk tahu dengan lebih lanjut, klik sahaja butang di bawah ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: