Di Malaysia, memiliki insurans kereta adalah syarat wajib untuk memperbaharui cukai jalan. Tetapi ramai masih keliru – adakah semua jenis insurans diwajibkan? Patutkah ambil perlindungan minimum sahaja atau insurans komprehensif? Artikel ini akan terangkan secara ringkas dan mudah difahami supaya anda tidak lagi tersilap semasa memperbaharui insurans.
Soalan 1: Adakah insurans kereta wajib?
Ya. Di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, semua kenderaan persendirian mesti mempunyai insurans pihak ketiga yang sah untuk membolehkan pembaharuan cukai jalan.
Tanpa insurans sah:
- Roadtax / cukai jalan tidak boleh diperbaharui
- Kenderaan tidak boleh dipandu di atas Jalan raya
- Sekira berlaku kemalangan, anda akan menanggung seluruh ganti rugi/pembaikan

Soalan 2: Apakah jenis insurans kereta yang ada?

Nota: Anda hanya wajib ambil insurans pihak ketiga, tetapi insurans komprehensif memberikan lebih perlindungan.
Soalan 3: Bila perlu perbaharui insurans kereta?
Polisi insurance sah selama 12 bulan, boleh memperbaharui seawal 60 hari sebelum tarikh luput polisi tersebut. Tips : Disarankan untuk memperbaharui awal & bukan pada saat terakhir untuk mengelak :
- Kesukaran semasa tuntutan jika berlaku kemalangan.
- Roadtax/ cukai jalan tidak boleh diperbaharui.
Soalan 4: Apa berlaku jika insurans tamat tempoh?
- Saman dikenakan jika ditangkap memandu tanpa roadtax/ cukai yang sah
- Kenderaan boleh disita oleh pihak berkuasa.
- Tiada perlindungan sekira berlaku kemalangan.
Insurans kereta bukan sekadar formaliti — ia perlindungan asas untuk anda, keluarga, dan pengguna jalan raya lain. Pilih jenis insurans yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda. Ingin semak harga insurans komprehensif untuk kereta anda?
Bandingkan insurans di BJAK.com — cepat, mudah & percuma!
Baca juga: