Skip to content
Home » Ini Cara Nak Dapatkan Insurans Kereta Murah Di Malaysia

Ini Cara Nak Dapatkan Insurans Kereta Murah Di Malaysia

    insurans murah - cover

    Insurans kereta merupakan suatu keperluan penting bagi setiap pemilik kenderaan di Malaysia. Ini kerana, ia bukan hanya memberikan perlindungan terhadap risiko kerosakan atau kehilangan, tetapi ia juga merupakan keperluan undang-undang yang telah termaktub dalam akta undang-undang jalan raya di Malaysia.

    Bagaimanapun, dengan pelbagai jenama insurans dan polisi yang berbeza terdapat di pasaran kini, nak cari insurans kereta yang paling murah mungkin agak mencabar sedikit. Tapi jangan risau kerana, kami akan berkongsikan cara mudah untuk bantu anda. Teruskan membaca untuk ketahui beberapa cara yang boleh membantu anda mendapatkan insuran kereta murah di Malaysia.

    Tingkatkan amaun excess

    Amaun excess ialah jumlah yang perlu anda bayar apabila hendak membuat tuntutan insurans. Secara umumnya, semakin tinggi nilai excess yang anda pilih, semakin rendah premium insurans kereta yang perlu anda bayar. Walau bagaimanapun, pastikan anda memilih nilai excess yang di dalam kemampuan dan bajet anda sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.

    Periksa rekod pemanduan dan rekod tuntutan

    Rekod pemanduan dan tuntutan yang sebelumnya juga memainkan peranan penting dalam menentukan premium insurans anda. Pemandu dengan rekod pemanduan yang baik dan tiada tuntutan insurans sebelumnya cenderung mendapat premium yang lebih rendah. Oleh itu, elakkan daripada melanggar undang-undang jalan raya dan membuat tuntutan insurans.

    Diskaun insurans

    Banyak syarikat insurans menawarkan pelbagai jenis diskaun antaranya ialah diskaun untuk pemandu berpengalaman, diskaun pelajar, atau diskaun jika anda memasang sistem keselamatan tambahan pada kereta anda. Pastikan anda memeriksa dan memahami semua potensi diskaun yang boleh anda nikmati dan gunakan sebaiknya.

    Periksa polisi insurans anda secara berkala

    Keperluan dan keadaan anda mungkin berubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, adalah penting untuk anda semak semula polisi insuran kereta anda secara berkala. Mungkin anda akan berpeluang untuk mendapat tawaran yang lebih baik atau berpeluang untuk mengubah polisi anda untuk memenuhi keperluan semasa anda.

    Ambil kursus memandu

    Beberapa syarikat insurans menawarkan diskaun kepada pemandu yang mengambil kursus memandu tambahan. Kursus-kursus ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran memandu anda, tetapi juga boleh membantu anda mendapatkan insurans dengan premium yang lebih rendah.

    Tingkatkan keselamatan kereta

    Memasang sistem keselamatan tambahan seperti pengera anti-pencurian atau kamera boleh membantu anda mendapatkan diskaun insurans. Syarikat insurans cenderung memberikan premium yang lebih rendah kepada pemilik kereta yang mengambil langkah-langkah untuk meningkatkann keselamatan kenderaan mereka.

    Bandingkan harga dari pelbagai syarikat insurans

    Salah satu langkah asas yang perlu anda gunakan adalah buat perbandingan harga dari pelbagai syarikat insurans. Terdapat pelbagai laman web yang menawarkan servis perbandingan harga ini. Akan tetapi, anda disyorkan untuk menggunakan laman web Bjak. Ini kerana, Bjak bukan sahaja mampu untuk membuat perbandingan dari 23 jenama insurans di Malaysia, ia juga menjanjikan servis yang pantas, mudah dan cepat.

    Sebut harga di Bjak juga mampu tersedia dalam masa hanya 5 minit sahaja. Tak hanya itu, Bjak juga menawarkan pembayaran secara ansuran bagi orang ramai yang mempunyai masalah kekangan bajet. Pilihan ansuran itu juga boleh dibuat sehingga 12 bulan. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, klik sahaja butang di bawah ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: