Skip to content
Home » Soalan Lazim Mengenai Insurans Perjalanan Sehala

Soalan Lazim Mengenai Insurans Perjalanan Sehala

    Info mengenai insurans perjalanan sehala

    Insurans perjalanan diketahui penting untuk melindungi pemegang polisi daripada risiko kecederaan atau kecacatan tubuh, kematian, serta kerosakan mahupun kesulitan yang mungkin dialami ketika dalam percutian.

    Ketika mahu mendapatkan insurans perjalanan, biasanya anda mempunyai pilihan untuk membeli insurans perjalanan tahunan ataupun insurans perjalanan sehala/ tunggal. Kedua-dua jenis insurans ini mungkin menawarkan manfaat yang agak serupa, namun ada perbezaan yang perlu anda fahami dengan jelas.

    Pada artikel ini, Bjak akan kongsikan dengan lebih lanjut beberapa persoalan mengenai insurans perjalanan sehala/tunggal bagi mengelakkan kekeliruan terutamanya ketika pembelian insurans.

    mengenai insurans perjalanan sehala

    Apakah yang dimaksudkan dengan insurans perjalanan sehala/ tunggal?

    Insurans perjalanan sehala atau tunggal merujuk kepada pelan insurans yang melindungi anda sebagai pemegang polisi untuk percutian sekali sahaja. Ia sesuai untuk diambil jika anda tidak kerap melancong dalam setahun, contohnya hanya sekali sahaja anda pergi bercuti dalam tahun itu. Pelan insurans perjalanan sehala biasanya lebih murah berbanding daripada insurans perjalanan tahunan yang mana ia secara tidak langsung boleh menjimatkan wang anda. 

    Berbaloikah saya ambil insurans perjalanan sehala jika saya kerap melakukan perjalanan ke luar negara?

    Tidak, sebaliknya anda digalakkan untuk memilih pelan perjalanan tahunan agar lebih menguntungkan meskipun harganya mungkin sedikit mahal.

    Apakah perkara yang biasanya dilindungi oleh insurans perjalanan sehala/ tunggal?

    Biasanya, syarikat insurans akan menawarkan manfaat berikut untuk insurans perjalanan sehala:

    • Manfaat kemalangan diri seperti kecederaan, hilang upaya kekal atau kematian semasa dalam perjalanan (percutian)
    • Faedah perubatan termasuklah bayaran balik perbelanjaan perubatan, pemindahan perubatan, faedah penjagaan anak, penginapan hospital dan sebagainya (tertakluk kepada terma & syarat polisi)
    • Faedah kesulitan perjalanan termasuklah kelewatan atau pembatalan penerbangan, bagasi hilang atau lewat sampai bukan sebab kecuaian sendiri dan lain-lain (tertakluk kepada terma & syarat polisi)
    • Perkhidmatan bantuan perjalanan
    • Faedah bayaran balik jika passport atau wang anda hilang. Anda akan diberikan pemulangan wang untuk caj hotel tambahan, perjalanan dan perbelanjaan lain yang dikeluarkan di negara yang anda lawati, sambil mendapatkan penggantian pasport yang hilang. Bagaimanapun, kehilangan tersebut mesti dilaporkan kepada polis dalam tempoh 24 jam
    • Pemulangan wang kepada waris untuk kos pemulangan pulang jenazah sekiranya berlaku kemalangan (membabitkan kematian) terhadap individu yang diinsuranskan
    • Liabiliti peribadi

    Bagaimanapun perlu anda ingat, manfaat-manfaat ini mungkin berbeza mengikut syarikat insurans. Jadi, anda dinasihatkan untuk membaca dengan teliti segala terma dan syarat yang ditetapkan di dalam polisi bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang. Pastikan ia memenuhi keperluan anda sebelum anda memutuskan untuk mengambil pelan tertentu. 

    Berapakah premium yang perlu dibayar untuk pelan insurans perjalanan sehala/ tunggal?

    Jumlah premiumnya berbeza-beza mengikut syarikat insurans, namun ada kriteria tertentu yang akan dinilai sebelum penetapan premium dibuat seperti:

    • Untuk negara mana anda ingin dapatkan perlindungan?
    • Berapakah jumlah/ nilai perlindungan yang anda ingin dapatkan?
    • Adakah perlindungan itu untuk anda sahaja atau untuk pasangan atau ahli keluarga yang lain juga?
    • Berapa lama tempoh perjalanan anda nanti?

    Adakah premium untuk insurans perjalanan sehala lebih murah berbanding insurans perjalanan tahunan?

    Ya, bahkan lebih berbaloi jika anda hanya melakukan perjalanan/ bercuti ke luar negara sekali dalam tempoh setahun.

    Berapa lamakah perlindungan yang akan diberikan untuk insurans perjalanan tunggal?

    Anda akan diberikan perlindungan sebaik sahaja anda meninggalkan rumah anda untuk memulakan perjalanan (percutian), sehinggalah anda pulang dari perjalanan anda (sampai ke rumah), atau pada tarikh luput polisi (mana-mana yang lebih awal).

    Namun, perjalanan tidak boleh melebihi 182 hari berturut-turut ya bagi memastikan anda terus dilindungi.

    Ketika bercuti nanti, saya ingin pergi ke beberapa tempat lain juga. Adakah insurans perjalanan sehala ini akan turut melindungi saya ke mana sahaja?

    Ya, selagi tempat yang anda ingin pergi dalam perjalanan yang sama itu adalah sebahagian daripada wilayah yang dilindungi.

    Sekiranya ia bukan sebahagian daripada rantau negara tersebut, maka anda perlulah membeli polisi perjalanan tunggal yang lain.

    Bolehkah saya batalkan semula polisi insurans perjalanan sehala saya selepas membelinya?

    Boleh, namun anda perlu memberi notis bertulis kepada syarikat insurans perjalanan anda itu. Dan anda perlu ingat, anda juga tidak akan menerima sebarang bayaran balik premium untuk polisi insurans perjalanan tunggal anda sebaik sahaja pembatalan dibuat.

    Semoga perkongsian ini bermanfaat ya!


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.

    Baca juga: