Skip to content
Home » Insurans Perjalanan: Tahunan VS Tunggal

Insurans Perjalanan: Tahunan VS Tunggal

    insurans perjalanan

    Beberapa tahun selepas pandemik Covid-19 melanda, ramai orang mula teruja apabila dapat mengembara dan melancong semula ke luar negara. Adakah anda salah seorang daripadanya?

    Sekejap! Dalam keseronokan anda untuk pergi bercuti, jangan lupakan salah satu perkara yang sangat penting, iaitu perlindungan insurans perjalanan!

    Dapatkan perlindungan insurans perjalanan

    Insurans perjalanan melindungi risiko semasa perjalanan terhadap kerugian kewangan. Ia melindungi pelbagai perkara termasuk seperti kehilangan passport dan barangan peribadi, kehilangan bagasi selepas didaftar masuk, dan sebagainya. Apabila ingin memilih polisi insurans perjalanan, anda mempunyai dua pilihan iaitu insurans perjalanan tahunan atau perlindungan tunggal.

    Jadi yang manakah harus anda pertimbangkan untuk membeli? Jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui perbezaan di antara kedua-dua polisi tersebut bagi membantu anda membuat keputusan terbaik.

    Insurans perjalanan tahunan

    Insurans perjalanan tahunan melindungi pelbagai perjalanan selama setahun dari tarikh polisi bermula. Pelan ini melindungi mana-mana perjalanan sepanjang tahun itu, sama ada atas urusan perniagaan atau peribadi, sehingga tempoh maksimum tertentu untuk setiap perjalanan.

    Terdapat had pada bilangan hari anda boleh lakukan perjalanan untuk setiap perjalanan, bergantung kepada syarikat insurans. Pada kebiasaannya, anda dibenarkan untuk memilih antara 30, 45 atau 60 hari perlindungan untuk setiap perjalanan.

    Pelan insurans perjalanan tahunan sesuai untuk mereka yang sering melakukan perjalanan (bercuti) dalam tempoh setahun. Ia berbaloi sekiranya anda kerap melakukan perjalanan ke luar negara dalam setahun kerana polisi tersebut biasanya lebih murah berbanding menginsuranskan satu-per-satu insurans perjalanan. 

    Insurans perjalanan tunggal

    Tidak seperti polisi insurans perjalanan tahunan, polisi perjalanan tunggal melindungi anda untuk percutian sekali sahaja. Tempoh perlindungan tamat apabila anda sampai sahaja ke rumah. Anda boleh memilih negara yang anda ingin dapatkan perlindungan.

    Polisi jenis ini biasanya lebih murah daripada polisi tahunan. Anda hanya membayar untuk bilangan hari anda bercuti sahaja. 

    Walau bagaimanapun, kos boleh bertambah jika anda pergi bercuti beberapa kali dalam tempoh setahun dan setiap daripadanya anda mengambil polisi jenis ini. Satu polisi insurans perjalanan tunggal akan menjadi lebih mahal berbanding polisi tahunan.

    Apakah perkara yang dilindungi oleh insurans perjalanan tahunan dan tunggal?

    Pada kebiasaannya, kedua-dua jenis polisi insurans perjalanan ini melindungi:

    PerlindunganPenjelasan
    Perbelanjaan perubatanMembayar sebarang kos rawatan perubatan yang anda perlukan ketika dalam percutian
    Kelewatan atau terlepas penerbanganMelindungi anda jika terlepas penerbangan yang disebabkan oleh masalah mekanikal atau masalah daripada pengangkutan awam dengan pemberian pampasan
    Pembatalan atau penguranganMenyediakan perlindungan sekiranya anda terpaksa membatalkan perjalanan atas pelbagai sebab sebelum anda berlepas, atau menyekat/ memendekkan percutian anda semasa bercuti
    BagasiMemberi perlindungan bagi kehilangan bagasi, dicuri atau rosak sepanjang perjalanan termasuk dengan syarikat penerbangan, hotel atau kereta sewa

    Nota: Perlindungan yang disediakan mungkin berbeza mengikut syarikat insurans. Sila rujuk terlebih dahulu dengan syarikat insurans sebelum mendapatkan sebarang polisi. 

    Insurans perjalanan tahunan vs tunggal: Mana satu anda patut pilih?

    Insurans perjalanan tahunan vs tunggal

    Pilihan insurans perjalanan bergantung pada keperluan perjalanan anda. Ambil kira bilangan perjalanan dan jumlah hari yang anda rancang untuk lakukan bagi setiap perjalanan dalam tempoh 12 bulan.

    Perlindungan tahunan adalah sesuai jika anda merancang lebih daripada satu perjalanan dalam tempoh setahun. Lebih mudah sekiranya anda memiliki polisi insurans perjalanan bagi tempoh setahun kerana anda tidak perlu lagi risau tentang perlindungan insurans setiap kali anda menempah penerbangan.

    Walau bagaimanapun, jika anda tidak terbang sekerap itu, pilih sahaja insurans perjalanan tunggal untuk diri anda. 


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: