Setiap pembelian insurans perlu dilakukan dengan teliti dan cermat agar ia tidak merugikan kita pada masa akan datang. Ia termasuklah jika anda mencari pelan insurans perjalanan terbaik.
Meskipun tidak diwajibkan, insurans perjalanan atau travel insurance sangat penting untuk dimiliki oleh anda sekiranya ingin pergi melancong baik di dalam mahupun luar negara. Mengapa? Ini bagi memastikan anda boleh dilindungi sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika ingin/ sedang bercuti termasuklah:
- Meninggal dunia atau hilang upaya kekal akibat kemalangan
- Bagasi hilang/ lewat sampai
- Penerbangan ditunda/ batal
- Perlu dapatkan rawatan di hospital (tuntutan boleh dibuat untuk faedah perubatan termasuk bayaran balik perbelanjaan perubatan, pemindahan kecemasan dan lain-lain)
- Dokumen penting seperti passport dan kad kredit anda hilang
- Penghantaran pulang jenazah
- Barangan peribadi anda hilang (bukan atas sebab kecuaian sendiri).
Justeru, di sini kami kongsikan beberapa cara untuk mendapatkan pelan insurans perjalanan terbaik.
Cara pilih pelan insurans perjalanan terbaik
Bandingkan polisi
Sebelum membeli atau memilih sebarang pelan insurans perjalanan, pastikan anda membuat dahulu perbandingan dengan beberapa buah syarikat insurans untuk melihat jumlah perlindungan serta manfaat yang ditawarkan.
Syarikat insurans mungkin menawarkan skop perlindungan yang berbeza meskipun mungkin nampak sedikit sama. Jadi untuk memastikan anda boleh dapatkan pelan insurans yang terbaik sahaja, buatlah perbandingan dengan sekurang-kurangnya 3 atau lebih syarikat insurans.
Perbandingan ini juga penting agar anda dapat membeli pelan insurans yang mengikut bajet serta keperluan anda. Jadi, rajin-rajinkanlah diri ya!
Pilih syarikat insurans yang ada rangkaian kerjasama asing luar negara yang baik
Memilih travel insurance agak berbeza dengan insurans lain. Untuk travel insurance ini, anda perlu pastikan pelan insurans yang anda ingin beli itu mempunyai rangkaian kerjasama asing di luar negara yang baik.
Mengapa penting? Ia bagi memastikan bantuan mudah diberikan sekiranya berlaku sesuatu kepada anda ketika sedang bercuti di luar negara.
Kenalpasti perkara yang boleh dituntut dalam pelan insurans perjalanan
Sila buat semakan dan baca dengan teliti polisi insurans terlebih dahulu. Tahu apa perkara yang boleh dituntut, apa yang tidak boleh dituntut.
Anda juga perlu memahami biasanya terdapat beberapa pengecualian (perkara yang tidak boleh dituntut) yang ditetapkan oleh syarikat insurans untuk travel insurance.
Pengecualian yang lazimnya ditetapkan adalah:
- Alami penyakit HIV atau AIDS
- Kerosakan akibat perang, serangan nuklear, rusuhan atau lain-lain
- Kematian akibat bunuh diri
- Gugur atau bersalin
- Penyakit sedia ada
Bantuan khidmat pelanggan mudah
Ini juga penting dalam memastikan anda dapat pelan insurans perjalanan terbaik. Sila pastikan syarikat insurans tersebut menyediakan bantuan khidmat pelanggan 24/jam. Ingat, anda tidak tahu bila kemalangan akan berlaku.
Jadi, dengan adanya bantuan 24 jam ini, anda boleh hubungi sahaja pihak syarikat insurans tersebut untuk mendapatkan pertolongan dengan lebih pantas.
Moga bermanfaat!
Ingat, insurans ini adalah sangat penting untuk anda khususnya jika ingin pergi bercuti di luar negara. Anda tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku, jadi lebih baik sediakan payung sebelum hujan bagi mengelakkan anda terbeban dan menanggung risikonya sendirian.
Tidak susah pun nak beli insurans perjalanan terbaik. Kini, anda juga boleh gunakan Bjak. Ada pelbagai jenama insurans yang anda boleh bandingkan sekaligus. Pastinya lebih mudah dan pantas!
Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.
Baca juga: