“Ala.. aku baru 23 tahun kot, rilekslah.. Nanti-nantilah baru ambil insurans. Sekarang baik aku enjoy dulu duit aku ni”.
Sedar atau tidak? Mungkin dialog atau situasi inilah yang sering dialami oleh anda terutama golongan muda apabila disuruh untuk mendapatkan perlindungan insurans. Ramai yang memilih untuk menggunakan wang yang ada untuk perkara lain berbanding membeli insurans buat diri sendiri. Persepsi bahawa “badan masih sihat, tidak akan ada apa-apa yang berlaku” di usia ini mungkin menjadi faktor utama anda melengah-lengahkan untuk mengambil insurans.
Namun, anda pasti pernah mendengar pepatah “Malang tidak berbau” bukan? Kemalangan, sakit, kehilangan upaya, kematian boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa mengira usia. Ada yang di usia muda sudah disahkan alami penyakit kritikal, ada yang tidak boleh lagi bekerja seumur hidup selepas mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan dan banyak lagi. Semua ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa.
Sebenarnya, anda tidak rugi jika mengambil insurans perubatan atau nyawa dari sekarang. Justeru dalam artikel kali ini, kami nyatakan 5 sebab mengapa anda perlu mengambil perlindungan insurans dari usia muda. Harap ia sedikit sebanyak dapat membuka mata anda terutamanya golongan muda untuk mendapatkan perlindungan insurans. Selamat membaca!
#1 Ambil insurans awal untuk premium lebih MURAH
Ya! Untuk pengetahuan anda, lebih awal anda ambil insurans, lebih murah premium anda dengan perlindungan yang lengkap dan komprehensif. Ingat ya, premium insurans adalah berbeza mengikut umur seseorang.
Ini kerana pada usia yang lebih muda, anda kurang berisiko untuk menghidap penyakit dan tahap kesihatan anda juga lebih baik. Jadi anda berpeluang untuk mendapatkan insurans dengan pelan yang terbaik pada harga yang jauh lebih murah.
Sekiranya anda memutuskan untuk mengambil insurans dalam jangka masa lima tahun akan datang, anda mungkin akan perlu membayar premium yang lebih tinggi dengan pakej perlindungan yang sama berbanding jika anda ambil pada masa sekarang.
#2 Ambil insurans awal supaya anda rasa lebih dilindungi dan selamat
Bayangkan jika beberapa tahun akan datang, anda secara tiba-tiba disahkan menghidap penyakit kritikal seperti kanser(minta dijauhkan)… Apa yang akan menjengah ke pemikiran anda pada waktu itu? Ia tidak lain dan tidak bukan pastilah kos rawatan dan kemoterapi yang anda perlu tanggung. Ia bukanlah murah dan mampu mencecah hingga ratusan ribu ringgit. Cuba fikir, adakah anda mampu tanggung kos tersebut? Pastinya tidak kan?
Jadi, perlindungan insurans inilah yang akan membantu membayar segala kos rawatan anda.
Ia setidak-tidaknya mampu mengurangkan beban kewangan anda apabila terdesak nanti.
Apabila anda ambil insurans dari awal, anda pasti akan merasa lebih selamat dan bersedia dengan segala kemungkinan pada masa hadapan. Ingat, penyakit kritikal boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kiralah anda masih muda atau tua.
#3 Ambil insurans awal untuk mudahkan proses tuntutan insurans pada masa akan datang
Tahukah anda, terdapat tempoh menunggu yang diberikan kepada semua pemegang polisi selepas membeli insurans. Untuk memudahkan pemahaman anda, tempoh menunggu ini merujuk kepada tempoh yang dinyatakan dalam polisi yang mana anda perlu lepasi sebelum boleh membuat sebarang tuntutan.
Jadi, tidak bermakna hari ini jika anda sudah membeli insurans, andai kata berlaku sesuatu dalam tempoh 10 hari kemudiannya, seperti contoh kemalangan, anda boleh terus membuat tuntutan insurans.
Ingat ya, ada polisi insurans yang mengenakan tempoh menunggu sehingga 90 hari malah ada juga yang lebih lama daripada itu. Jadi , itulah sebab mengapa anda perlu ambil insurans sejak awal supaya anda dapat melepasi tempoh menunggu ini dan membuat tuntutan insurans dengan lebih lancar dan mudah sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
#4 Hutang anda tidak jadi beban
Bayangkan pada 20 akan datang, anda secara tiba-tiba kemalangan dan kehilangan upaya fizikal sehingga membuatkan anda tidak lagi boleh bekerja? Dan lebih malang, ketika usia itu anda mempunyai terlaku banyak komitmen/ hutang bulanan yang perlu dibayar seperti duit kereta, rumah dan sebagainya. Di manakah anda boleh mendapatkan wang? Adakah anda ingin menggunakan wang simpanan anda untuk membayar komitmen bulanan itu? Jika ya, sampai bila ia mampu bertahan?
Jadi, sekiranya anda telah mempunyai perlindungan insurans, ia pastinya akan mengurangkan beban anda dan sedikit sebanyak dapat membantu membayar hutang-hutang tersebut.
#5 Beli insurans awal untuk terima bonus tiada tuntutan
Kebanyakan syarikat insurans akan memberikan ganjaran bonus tiada tuntutan kepada pemegang polisi yang tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh-tempoh tertentu.
Jika anda telah membayar jumlah tertentu kepada syarikat insurans untuk sekian lama dan tidak pernah membuat sebarang tuntutan, andai kata lima tahun, maka anda akan layak diberikan ganjaran tersebut. Jadi ini bermakna, membeli insurans pada usia yang lebih awal lebih baik! Anda akan lebih mengumpul banyak bonus dan manfaat jika tiada tuntutan dibuat.
Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkanlah insurans dari sekarang untuk jaminan masa depan terbaik anda! Kini, anda boleh juga dapatkan insurans secara online melalui Bjak dan pilih pelan dari serendah RM150/bulan.