Sebagai pengguna jalan raya, mungkin ramai dalam kalangan kita yang melakukan kesalahan lalu lintas sehingga menyebabkan tindakan saman diambil oleh pihak berkuasa polis, JPJ dan lain-lain.
Namun begitu, tidak kurang juga ramai yang mengambil ringan akan pembayaran saman tersebut dengan bertindak mengabaikannya meskipun surat amaran berwarna pink sudah acap kali sampai di rumah.
Jika terdapat tunggakan saman, tidak mustahil urusan anda untuk memperbaharui insurans dan roadtax (yang sememangnya wajib diperbaharui setiap tahun) tidak dapat dilaksanakan.
Diskaun bayaran saman
Jadi, ini adalah berita dan peluang terbaik untuk anda!
Bersempena dengan sambutan Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang akan berlangsung dari 9 hingga 12 Disember ini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan bayaran saman kepada anda untuk mengurangkan beban.
Kaunter pengurangan bayaran saman ini akan dibuka di Pusat Konvokesyen Kuala Lumpur (KLCC) sepanjang Program Hari Aspirasi Keluarga Malaysia berlangsung, dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.
Senarai saman yang TIDAK layak mendapat diskaun
Pada dasarnya, diskaun saman bersempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia ini adalah untuk semua jenis saman KECUALI:
- Saman kemalangan tahun 2021
- Saman berstatus NC (Non Compoundable)
- Saman berstatus bicara mahkamah (m)
- Saman berkaitan kenderaan M/Lori
- Saman kesalahan potong secara berbahaya/ potong Q tahun 2021
- Saman kesalahan menggunakan lorong kecemasan tahun 2021
- Saman kesalahan melanggar lampu isyarat merah tahun 2021
- Saman kesalahan potong di garisan berkembar tahun 2021
- Saman kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan
*Tawaran ini hanya sah untuk dibayar di lokasi dan tarikh Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia dilangsungkan, seperti yang dinyatakan di atas.
Guna portal MyBayar Saman
Jika anda tidak berkesempatan untuk hadir ke KLCC dan mendapat tawaran diskaun saman tersebut, anda tetap perlu memastikan saman dibayar sebelum tindakan lebih keras diambil oleh pihak berkuasa meskipun tanpa tawaran diskaun.
Untuk lebih mudah, gunakan sahaja portal MyBayar Saman bagi melangsaikan semua tunggakan saman anda. Hanya isikan User ID dan kata laluan anda untuk masuk. Kemudiannya, anda boleh melihat senarai saman tertunggak yang ada untuk anda lakukan pembayaran.
Pandu dengan berhemah
Untuk mengelakkan diri anda dari dikenakan saman, silalah pandu dengan berhati-hati dan berhemah di jalan raya. Elak melakukan sebarang kesalahan lalu lintas jika tidak ingin membazirkan wang anda membayar denda yang dikenakan oleh pihak berkuasa.
Ingat, ikutlah undang-undang jalan raya demi keselamatan bersama.
Dalam pada itu, pastikan juga kenderaan anda memiliki perlindungan insurans dan roadtax yang sah untuk digunakan di atas jalan raya bagi mengelakkan saman dikenakan ketika melalui roadblock. Jika sudah hampir tamat tempoh, renew sekarang di Bjak untuk urusan yang mudah dan pantas. Minta sebut harga percuma dalam hanya 3 minit hari ini.