Skip to content
Home » Kenapa Cermin Kereta Mudah Berkabus? Ini Cara Untuk Atasinya

Kenapa Cermin Kereta Mudah Berkabus? Ini Cara Untuk Atasinya

    Cermin kereta berkabus

    Sebagai pemandu, anda pasti sudah terbiasa berdepan dengan keadaan di mana cermin kereta berkabus terutamanya pada cuaca sejuk atau waktu hujan. Apabila perkara ini berlaku, ia semestinya akan mengganggu penglihatan pemandu dan membahayakan nyawa serta pengguna jalan raya yang lain.

    Namun anda mungkin tertanya-tanya mengapakah cermin kereta boleh berkabus? 

    Jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya.

    Kenapa cermin kereta berkabus?

    Faktor utama yang menyebabkan cermin kereta anda boleh berkabus adalah kerana penyaman udara

    Untuk makluman anda, antara faktor utama yang menyebabkan cermin kereta anda boleh berkabus adalah kerana penyaman udara. Kabin secara tidak langsung menjadi lembab kerana terdapat banyak partikel air yang disebabkan oleh kesan suhu sejuk daripada penyaman udara ini. Ia menyebabkan cermin kereta anda berkabus tanpa anda sedari.

    Selain itu, pada ketika atau selepas hujan, kelembapan udara di luar kabin pada kebiasaannya adalah tinggi. Ia secara tidak langsung menyebabkan udara lebih mudah berubah jadi kabus dan melekat pada cermin kereta.

    Cara nak atasi masalah cermin kereta berkabus

    Cermin kereta berkabus sememangnya mengganggu penglihatan pemandu. Jadi, kali ini Bjak kongsikan juga petua atau cara mudah yang anda boleh gunakan supaya kabus tidak mudah terbentuk pada cermin kereta anda. 

    Ubat gigi

    Kandungan florida pada ubat gigi boleh menyukarkan kabus daripada terbentuk

    Tahukah anda? Kandungan florida yang ada pada ubat gigi sebenarnya boleh membantu untuk menyukarkan kabus daripada terbentuk pada cermin kereta. Untuk menggunakannya mudah sahaja, anda hanya perlu ratakan ubat gigi tersebut pada bahagian dalam cermin kereta dan lapkan semula dengan kain mikrofiber.

    Syampu

    Selain kegunaannya untuk rambut, syampu juga sebenarnya berupaya untuk menyukarkan kabus daripada terbentuk pada cermin kereta anda. Caranya mudah sahaja, sapukan sedikit syampu pada cermin tanpa air dan gosok dengan rata. Kemudian, lap semula dengan perlahan menggunakan kain mikrofiber, surat khabar atau tisu sehingga hilang kesannya. 

    Minyak rambut

    Pastikan anda hanya menggunakan minyak rambut jenis cecair (lutsinar) dan bukannya jenis krim atau gel ya! Untuk menggunakannya juga mudah, sama seperti cara menggunakan ubat gigi seperti yang dikongsikan di atas.

    Ubi kentang

    Gunakan bahagian dalam ubi kentang untuk mengelap pada cermin kereta

    Jangan pelik! Ubi kentang juga sebenarnya berupaya untuk mengatasi masalah cermin kereta mudah berkabus. Cara untuk gunakannya juga mudah sahaja iaitu:

    1. Ambil sebiji ubi kentang dan potongkan ia menjadi dua.
    2. Kemudian, gosokkan bahagian dalam ubi kentang tadi pada bahagian dalam cermin kereta anda.
    3. Biar dulu cermin kereta anda kering
    4. Lap cermin dengan tisu kering

    Moga bermanfaat!

    Semoga perkongsian pada kali ini akan membantu anda untuk mengenalpasti punca cermin kereta berkabus dan cara untuk mengatasinya dengan menggunakan beberapa bahan yang mudah dan ringkas.

    Apabila cermin tidak lagi mudah berkabus, maka anda juga pasti akan lebih seronok dan selesa untuk memandu. Nyawa anda dan pemandu lain juga lebih selamat!


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.