Skip to content
Home » Kenapa Lampu Signal Kereta Tiba-tiba Berkelip Laju?

Kenapa Lampu Signal Kereta Tiba-tiba Berkelip Laju?

    Tahu sebab lampu signal berkelip laju

    Lampu signal kereta merupakan komponen yang sangat penting pada kenderaan. Ia boleh dianggap sebagai satu komponen yang membantu pengguna jalan raya ‘berkomunikasi’ di antara satu sama lain. Secara ringkasnya, lampu signal pada kenderaan berfungsi untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya bahawa kenderaan anda ingin menukar laluan, dan seterusnya mengelakkan daripada berlakunya kemalangan.

    Lampu signal pada kebiasaannya akan berkelip pada kadar kelajuan yang biasa. Namun, kadang-kala terdapat juga keadaan yang mana lampu signal tersebut berkelip dengan terlalu laju berbanding biasa. Jika ia berlaku, ini bermakna terdapat masalah pada komponen tersebut yang perlu anda periksa dan baiki. 

    Kenapa lampu signal berkelip laju?

    Masalah mentol

    Mentol kereta boleh terbakar selepas digunakan bertahun-tahun

    Untuk pengetahuan anda, mentol kereta anda boleh terbakar setelah digunakan selama bertahun-tahun. Mentol yang bermasalah ini akan mengganggu aliran dalam litar yang seterusnya menyebabkan arus elektrik berbeza melalui blinker.

    Untuk mengesan sama ada mentol anda bermasalah atau tidak, anda hidupkan sahaja signal belok dan lihat jika ia menyala atau tidak. Jika tidak menyala, sila periksa mentol dan gantikan dengan yang baru.

    Lampu aftermarket

    Tidak semua lampu aftermarket yang dijual di pasaran bersesuaian dengan sistem elektrik sesebuah kereta

    Walaupun lampu aftermarket kelihatan lebih cantik, namun tidak semua lampu yang jual di pasaran bersesuaian dengan sistem elektrik kereta kita. Jika anda mendapati lampu signal kereta berkelip dengan lebih pantas selepas menggunakan komponen aftermarket seperti lampu LED, apa kata anda cuba tukar kepada komponen asal dan perhatikan jika masalah itu masih berlaku atau tidak.

    Masalah pendawaian

    Sistem signal sebenarnya disambungkan dengan wayar. Jadi, jika signal kereta anda tiba-tiba berkelip lebih laju dari biasa, ada kemungkinan bahawa salah satu wayar dalam sistem itu bermasalah atau haus. Flasher juga boleh rosak dan perlu ditukar apabila tiba jangka masa tertentu.

    Jadi, cuba periksa bahagian wayar, blinker dan flasher untuk mengenal pasti masalah yang mungkin berlaku. 

    Periksa dan gunakan lampu signal sebaiknya

    Lampu signal memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan anda sebagai pemandu, memotong/ membelok dengan selamat, dan pemandu lain bersiap sedia untuk memberi laluan kepada anda. Jika anda mendapati lampu signal anda sudah mulai rosak atau mengalami masalah, sila periksa dan baikinya dengan segera.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.