Skip to content
Home » Kesedaran Keselamatan & Penipuan Siber – Perhatian untuk Pengguna Bjak!

Kesedaran Keselamatan & Penipuan Siber – Perhatian untuk Pengguna Bjak!

    keselamatan siber

    Platform perbandingan serta pembaharuan insurans terbesar di Malaysia, Bjak komited untuk melindungi para pelanggan daripada menjadi mangsa penipuan siber dan juga scam atas talian.

    Untuk itu bagi memberi kesedaran serta membantu anda, Bjak akan kongsikan beberapa cara serta petua penting bagi mencegah diri anda daripada ditipu pihak tidak bertanggungjawab khususnya ketika ingin membeli insurans di platform kami.

    Hanya hubungi saluran rasmi Bjak

    Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian insurans di Bjak, pastikan anda sebagai pelanggan hanya menggunakan tiga saluran rasmi ini sahaja untuk mendapatkan bantuan:

    1. WhatsApp rasmi Bjak

    Sila WhatsApp Bjak di +60166999129 untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pembelian mahupun tuntutan insurans. Bjak tidak akan menghubungi anda daripada mana-mana nombor telefon lain termasuklah nombor telefon peribadi.

    1. Emel rasmi Bjak

    Selain WhatsApp, anda juga boleh menghubungi Bjak menerusi emel di  cs@bjak.my untuk sebarang perkara berkaitan pembelian insurans. Penting juga untuk anda tahu, Bjak hanya memiliki satu alamat emel sahaja dan tidak akan menghantar apa-apa sebut harga mahupun notis berkaitan roadtax atau insurans menerusi alamat emel selain yang dinyatakan.

    1. Talian bebas tol rasmi Bjak

    Perlukan bantuan segera khususnya berkaitan tuntutan insurans? Hubungi sahaja Bjak di 03-92131717 dan pasukan khidmat pelanggan kami yang bekerja 24/7 sedia untuk membantu anda.

    Apa yang kami boleh bantu anda?

    Selain pembelian insurans semata-mata, Bjak juga boleh bantu pelanggan untuk:

    • Dapatkan sebut harga insurans terkini dan terbaik
    • Semak status insurans dan roadtax anda
    • Minta bayaran balik 

    Pastikan pembayaran dibuat menerusi Bjak.my sahaja

    Anda perlu memastikan bahawa pembelian insurans yang dibuat menerusi Bjak dilakukan tanpa sebarang keraguan.

    Pihak Bjak tidak akan sekali-kali meminta anda sebagai pelanggan untuk membuat pembayaran ke mana-mana nombor akaun bank. 

    Semua transaksi dilakukan menerusi portal pembayaran dengan end-to-end encryption bagi menjamin keselamatan anda sebagai pengguna dan pelanggan Bjak.

    Semak pautan url anda

    Sedang cari Bjak menerusi Google? Pastikan ikon “kunci” atau “https” dipaparkan pada bar alamat laman web ya. Pautan url yang tepat untuk Bjak adalah: 

    https://bjak.my

    JANGAN LAKUKAN PERKARA INI!

    Keselamatan anda sebagai pengguna adalah kepentingan kami. Berikut merupakan beberapa perkara lain yang perlu anda berikan perhatian bagi memastikan pembelian insurans anda di Bjak selamat dan sah.

    1.  Dilarang membuat pembayaran ke mana-mana nombor akaun bank

    Seperti yang dinyatakan, pelanggan akan terus diminta membuat pembayaran menerusi Bjak sahaja dan semua transaksi yang dilakukan adalah menerusi portal pembayaran dengan end-to-end encryption bagi menjamin keselamatan pengguna.

    1. Bjak tidak akan sekali-kali meminta anda untuk memberikan kata laluan

    Abaikan sebarang mesej atau emel yang meminta anda untuk memberikan kata laluan bagi pengesahan pembelian insurans. Ia mungkin taktik scammer untuk memperdaya anda. 

    1. Bjak tidak akan sekali-kali meminta anda untuk memberikan sebarang nombor bagi kelulusan transaksi

    Sama seperti kata laluan, Bjak juga tidak akan meminta pelanggan untuk memberikan sebarang nombor bagi kelulusan transaksi. 

    1. Bjak tidak akan meminta anda membuat pembayaran tanpa memberikan dahulu sebut harga

    Untuk pembelian insurans di Bjak, pelanggan kali pertama boleh dan perlu melayari laman web rasmi Bjak di https://bjak.my untuk mendapatkan dahulu sebut harga. 

    Selain itu, Bjak juga mungkin akan memberikan pelanggan sebut harga insurans beberapa minggu sebelum insurans dan roadtax kenderaan anda tamat tempoh.

    Bjak tidak akan sesekali akan meminta pelanggannya untuk terus membuat pembayaran insurans tanpa perkongsian sebut harga terlebih dahulu.

    1. Bjak tidak akan menghubungi anda menerusi nombor telefon atau emel peribadi

    Pastikan anda hanya dihubungi/ menghubungi Bjak menerusi tiga saluran rasmi kami yang dikongsikan di atas tadi. Semak dahulu nombor dan alamat emel yang tertera bagi memastikan ia sah adalah Bjak

    Ingat, pembelian insurans boleh menjadi mudah dengan adanya platform online yang disediakan. Namun sebagai pengguna, pastikan anda lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang transaksi. 

    Keselamatan anda amat penting buat kami. Moga perkongsian ini sedikit-sebanyak dapat membantu anda daripada menjadi mangsa penipuan siber. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: