Skip to content
Home » Cara Buang Kit Ujian Kendiri Covid-19 dengan Betul

Cara Buang Kit Ujian Kendiri Covid-19 dengan Betul

    Sebelum ini, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan sebanyak 11 kit ujian kendiri Covid-19 telah mendapat kelulusan bersyarat dan boleh dijual dan digunakan oleh rakyat di negara ini.

    Kit ujian tersebut dapat mengesan virus Covid-19 dengan menggunakan pengesanan RTK-Antigen. Melalui kit itu, jika keputusan yang dipaparkan adalah positif maka individu berkenaan perlu membuat ujian RT-PCR di mana-mana klinik atau hospital.

    Buang kit dengan cara salah bakal risikokan orang lain untuk dijangkiti Covid-19

    Bagaimanapun, susulan daripada penggunaan kit itu, pengguna diingatkan untuk membuang kit ujian tersebut secara betul dan berhemah kerana ia mampu merisikokan pihak lain terhadap jangkitan wabak Covid-19.

    Menurut laporan, SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) dalam satu kenyataannya berkata tindakan individu yang membuangnya dengan cara yang tidak betul boleh merisikokan pekerja yang menjalankan kerja perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan juga orang ramai.

    Buang dengan cara yang betul

    Justeru, bagi mengelak daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, pengguna ujian kit tersebut dinasihatkan untuk membuangnya dengan menyembur cecair nyah kuman ke peralatan yang sudah digunakan.

    “Seterusnya dimasukkan (kit ujian) dalam bungkusan dan dibuang ke dalam tong sampah beroda. Ia termasuk juga pelitup muka yang sudah digunakan,” jelas SWM Environment seperti yang dilaporkan.

    Mudah sahaja bukan? Jadi pastikan anda mengikut cara pelupusan yang betul bagi menjaga keselamatan orang lain.

    Dalam pada itu sebagai rujukan, berikut merupakan senarai kit ujian yang telah diluluskan oleh KKM:

    • BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid)
    • ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)
    • JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)
    • Salixium COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test
    • Gmate COVID-19 Ag Saliva
    • Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit (Immunochromatography)
    • Sichuan Xincheng SARS-CoV-2 Antigen Assay
    • ‘Flowflex™ SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Self-testing)
    • STANDARD Q COVID-19 Ag Saliva Home Test
    • ProDetect ™ COVID-19 Antigen Rapid Test (Saliva)
    • NEWGENE Bioengineering COVID-19 Antigen Detection Kit

    Pastikan anda sentiasa menjaga penjarakan sosial dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Sama-sama kita bantu melawan wabak Covid-19.

    Sumber:

    Berita Harian