Dua bulan pertama – “Seronok juga kerja dekat rumah ni, tak payah hadap jem, baju tak payah gosok, urmm… boleh bangun lambat sikit. Ehehe….”
Bulan-bulan seterusnya – “Rindu pula dekat ofis. Rindu nak keluar lunch dengan member.. wfh ni best tapi…..”
Mesti ramai yang boleh kaitkan dengan situasi di atas ini kan? Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lalu, banyak syarikat telah mengenakan dasar bekerja dari rumah atau lebih dikenali sebagai wfh. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai usaha untuk mengekang virus Covid-19 yang semakin mengganas sehingga ke hari ini.
Namun, setelah sekian lama dasar ini dilaksanakan, tidak dapat dinafikan terdapat beberapa perkara yang kurang best sering dihadapi oleh individu yang bekerja dari rumah. Jom kita tengok 5 perkara tersebut! Mana tahu anda pun boleh relate.
#1 Rasa tepu, tiada rakan untuk berkomunikasi
Meskipun panggilan video seperti Zoom atau Google meet boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan sepejabat, namun perasaannya sebenarnya sedikit berbeza. Untuk sebulan dua, anda mungkin masih belum merasa jemu apabila bekerja di rumah.
Namun, perasaan itu akan timbul setelah sekian lama anda tidak dapat berjumpa dan berkomunikasi dengan insan-insan yang sering menjadi peneman anda setiap hari sebelum ini.
#2 “Nak masak untuk anak… anak ajak main”
Ini mungkin sering menjadi seorang insan yang bergelar ibu. Dasar bekerja dari rumah mungkin bukan perkara yang begitu ideal buat golongan ini.
Dengan kesibukan bekerja, para ibu juga perlu memastikan kebajikan anak-anak mereka di rumah terjaga. Ada yang perlu mencari masa untuk menidurkan anak, ada yang terpaksa menjaga anak sambil mengadakan zoom meeting bersama rakan kerja yang lain, ada yang perlu menghabiskan waktu rehat untuk memasak, ada yang perlu melayan anak untuk bermain dan pelbagai lagi.
Hebat betul insan bergelar ibu ini!
#3 Seakan tiada waktu lunch break
Ini mungkin sudah menjadi satu perkara yang normal buat individu yang bekerja di rumah. Jika di pejabat, anda pasti sudah ada waktu-waktu tertentu untuk pergi berehat bersama rakan-rakan sepejabat.
Namun apabila di rumah, anda mungkin akan menghabiskan waktu lunch break anda di hadapan laptop dengan kerja-kerja yang ada.
Dengan kata mudah, ‘sambil makan, sambil buat kerja lah’.. Kerana apa? Risau kalau tiba-tiba ada yang cari anda.
#4 Bekerja lebih masa
Ini lagi satu perkara yang sering dihadapi oleh para pekerja yang bekerja di rumah. Jika dulu di pejabat, anda mungkin sudah boleh punch-out apabila sampai waktu 8 jam bekerja.
Namun selepas bekerja di rumah, pasti ada dalam kalangan anda yang perlu bekerja lebih masa atas tuntutan kerja. Tidak tahu mengapa, tapi situasi inilah yang sering kita dapat lihat dialami oleh ramai individu.
#5 Bagaikan 24/7 perlu berada di depan laptop/ komputer
Suka atau tidak, perkara ini juga sering berlaku kepada ramai pekerja yang bekerja di rumah. Jika di pejabat, pihak atasan boleh melihat anda secara berdepan, namun apabila di rumah, ia tidak berlaku lagi.
Jadi, anda akan sentiasa diharapkan untuk berada di hadapan laptop dan bersedia dengan segala arahan sepanjang waktu bekerja. Kalau lambat sikit anda respond, bersiap sedialah untuk jawab nanti.
P/S: WFH ni best, tapi anda kena bijak menguruskannya ok! Jangan putus asa, jangan rasa down, segalanya akan kembali seperti asal nanti.