Skip to content
Home » “Majikan Dah Sediakan Insurans, Nak Kena Beli Lagi ke untuk Diri Sendiri?”

“Majikan Dah Sediakan Insurans, Nak Kena Beli Lagi ke untuk Diri Sendiri?”

    Jika anda mempunyai majikan yang menjaga kebajikan anda seperti keperluan perubatan, maka anda boleh dianggap sebagai seorang pekerja yang beruntung dan bertuah. Ini kerana anda perlu tahu bahawa kos perubatan semakin mahal dan sukar untuk ditanggung dari hari ke hari.

    Seperti baru-baru ini, viral kisah di mana seorang pesakit Covid-19 perlu membayar sejumlah RM346 ribu untuk bil rawatan di hospital selepas dimasukkan ke wad ICU selama 46 hari. Perkara itu sememangnya mengejutkan rata-rata pengguna di media sosial yang mana mereka menganggap jumlah itu boleh digunakan untuk membeli sebiji rumah!

    Tetapi, memandangkan anda telah mempunyai perlindungan insurans yang disediakan majikan, jadi anda rasa tidak ada apa lagi yang perlu dirisaukan… kan?

    Tidak juga sebenarnya.

    Ini tiga sebab mengapa anda masih perlukan perlindungan insurans peribadi.

    #1. Anda tidak berkhidmat di syarikat itu seumur hidup

    Anda hanya akan diberi perlindungan insurans sepanjang anda bekerja di syarikat itu sahaja. Sebaik sahaja anda meninggalkan syarikat berkenaan, manfaat tersebut anda tidak akan terima lagi!

    Walaupun anda berikrar untuk kekal bekerja di syarikat itu selamanya, namun maaf untuk kami katakan bahawa tiada kewajipan bagi pihak majikan untuk mengekalkan anda selamanya. Jadi, apakah pelan B anda?

    #2 Perlindungan perubatan berkumpulan mungkin tidak mencukupi

    Berbanding pelan individu, pelan perlindungan perubatan berkumpulan secara amnya mempunyai limit tahunan yang lebih rendah. Ini bermakna, jumlah perlindungan perubatan berkumpulan adalah lebih sedikit, dan secara tidak langsung mungkin tidak mampu menanggung kos rawatan anda secara total.

    Senario: Anda dimasukkan ke hospital untuk pembedahan kecil bagi lutut anda. Apabila anda dimaklumkan bahawa bil hospital adalah sebanyak RM20,000, anda kononnya mungkin akan berasa lega kerana menganggap ia dilindungi di bawah insurans perubatan berkumpulan. Tapi tanpa anda sedari, limit tahunan bagi insurans perubatan berkumpulan adalah hanya RM10,000.

    Sekiranya situasi itu berlaku, apakah perancangan anda? Anda akan berasa lebih malang sekiranya lebihan kos itu perlu dibayar menggunakan wang anda sendiri!

    #3 (Bonus!) Pelepasan cukai RM3,000

    Tahukah anda, sekiranya pendapatan tahunan anda adalah RM34,000 setahun atau kira-kira RM2833.33 sebulan (selepas ditolak EPF), anda wajib untuk memfailkan cukai pendapatan. Ia sudah tentulah bukan satu perkara yang digemari. Tetapi untuk pengetahuan anda, terdapat cara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan pembayaran cukai iaitu dengan mendapatkan insurans perubatan. Dengan membeli insurans ini, anda boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM3,000! Untung bukan?

    Anda ada pilihan untuk mempunyai insurans peribadi ataupun tidak

    Ada 1,001 sebab tentang mengapa anda memerlukan insurans perubatan peribadi. Ambillah masa anda. Kaji dan lihat kepentingan insurans ini sebelum anda betul-betul mendapatkannya. Yang penting, tahu kemampuan anda.

    Jika anda memerlukan sebarang bantuan mengenai insurans, boleh juga hubungi ejen tanpa komisen Bjak. Kami bersedia untuk membantu anda!