Skip to content
Home » Manfaat Perubatan Kecemasan Dalam Travel Insurance – Ini Apa Anda Kena Tahu!

Manfaat Perubatan Kecemasan Dalam Travel Insurance – Ini Apa Anda Kena Tahu!

    manfaat perubatan kecemasan travel insurance

    Salah satu sebab utama anda perlu mendapatkan travel insurance sebelum ingin pergi melancong adalah untuk memastikan diri anda boleh menerima perlindungan bagi perubatan kecemasan seandainya sakit atau terbabit dalam kemalangan. 

    Namun apakah yang sebenarnya dilindungi dalam manfaat perubatan kecemasan insurans perjalanan? Sila pastikan anda membaca perkongsian ini untuk ketahui lanjut mengenainya.

    Apakah itu manfaat perubatan dalam travel insurance?

    Kadang-kala, percutian kita mungkin tidak akan berjalan dengan lancar seperti yang diingini. Akibat perubahan cuaca, kita mungkin mudah jatuh sakit atau lebih teruk, ada juga yang terlibat dalam kemalangan ketika sedang seronok bercuti. 

    Di sinilah manfaat perubatan kecemasan yang ada dalam polisi insurans perjalanan akan memainkan peranannya. Apabila anda sakit teruk atau cedera semasa perjalanan anda, anda pastinya memerlukan bantuan. Manfaat perubatan kecemasan boleh membantu melindungi kos pemindahan perubatan kecemasan atau rawatan harian anda.

    Untuk lebih perincian:

    • Faedah atau manfaat perubatan kecemasan boleh membayar balik kepada anda untuk kos rawatan perubatan yang layak jika semasa dalam perjalanan, anda mengalami penyakit, kecederaan atau keadaan perubatan yang tidak dijangka sehingga boleh menyebabkan kemudaratan serius jika tidak dirawat.
    • Manfaat pemindahan perubatan kecemasan pula akan membantu membayar pengangkutan yang telah diluluskan, yang mana ia perlu dari segi perubatan untuk ke hospital terdekat yang sesuai atau kemudahan penjagaan kesihatan lain. Manfaat ini juga boleh membayar untuk penghantaran pulang anda.

    Apakah yang dilindungi dalam manfaat perubatan kecemasan insurans perjalanan?

    Sama seperti namanya, manfaat ini akan melindungi anda jika memerlukan rawatan kecemasan ketika sedang melancong.

    Perubatan kecemasan yang dimaksudkan termasuklah penyakit yang tidak dijangka, kecederaan, atau keadaan perubatan yang muncul ketika anda sedang melancong (dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan kemudaratan).

    Fahami perkara-perkara ini:

    • yang tidak dijangka -Manfaat perubatan kecemasan dalam insurans perjalanan tidak menanggung rawatan untuk keadaan kronik, kehamilan normal atau penjagaan pencegahan.
    • ketika perjalanan – Insurans perjalanan tidak akan melindungi rawatan anda untuk kecemasan perubatan yang berlaku sebelum anda pergi (melancong/ mulakan perjalanan), atau untuk rawatan susulan anda sebaik sahaja anda pulang ke rumah.
    • kemudaratan yang serius – penyakit ringan seperti selsema atau sakit perut dan kecederaan ringan juga tidak akan dilindungi dalam manfaat perubatan kecemasan insurans perjalanan.

    Apa lagi manfaat yang diberikan dalam perubatan kecemasan?

    Manfaat rawatan kecemasan turut memberikan perlindungan berikut dalam kebanyakan pelan travel insurance:

    • Bayaran untuk rakan atau ahli keluarga (untuk menemani anda di hospital)  jika anda akan dimasukkan ke hospital selama lebih daripada 48 jam
    • Membuat (dan membayar) urusan perjalanan untuk menghantar tanggungan anda pulang, jika mereka melancong bersama anda dan anda dimasukkan ke hospital selama lebih daripada 24 jam
    • Penghantaran balik, yang bermaksud membawa anda pulang selepas sakit atau cedera, setelah anda cukup sihat untuk melakukan perjalanan. Jika keadaan perubatan anda memerlukan penjagaan tambahan, penghantaran pulang boleh melibatkan pengaturan ambulans udara peribadi dan/atau pengiring perubatan.

    Adakah manfaat rawatan kecemasan turut melindungi keadaan sedia ada anda?

    sesetengah manfaat perubatan kecemasan turut meliputi keadaan sedia ada

    Sesetengah syarikat insurans menawarkan perlindungan untuk penyakit sedia ada, namun ada juga pelan insurans yang tidak menawarkan perlindungan tambahan untuk keadaan penyakit yang sudah wujud dalam tempoh tertentu dan di bawah pengetahuan individu tersebut.

    Jadi, sila pastikan anda rujuk dan baca dahulu dengan teliti polisi insurans anda sebelum ingin mendapatkan perlindungan insurans perjalanan ya.

    Semoga bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: