Skip to content
Home » Nak Pergi Melancong ke Thailand? Ini Insurans yang Anda Perlu Ada!

Nak Pergi Melancong ke Thailand? Ini Insurans yang Anda Perlu Ada!

    melancong ke Thailand

    Thailand merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang paling popular dan sering dijadikan sebagai destinasi pelancongan individu dari luar negara. Pelbagai tempat yang unik dan menarik boleh dilawati di negara gajah putih ini termasuklah pulau yang cantik seperti di Krabi, tempat makan yang enak seperti di Phuket, dan banyak lagi.

    Sebagai negara yang paling hampir dengan Malaysia, ramai dalam kalangan kita juga tidak melepaskan peluang untuk pergi bercuti di negara itu lebih-lebih lagi selepas kerajaan Thailand memberi kelonggaran untuk merentas sempadan mereka (susulan Covid-19). Malah bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun lalu sahaja, laporan menyebut lebih 1 juta pelancong Malaysia telah tiba ke negara itu untuk bercuti yang mana secara tidak langsung telah menyumbang kira-kira 26.6 bilion bath (RM3.3 bilion) dalam pendapatan pelancongan di Thailand dalam tempoh itu. 

    Bagaimanapun, mungkin ada dalam kalangan kita yang belum pernah pergi ke Thailand, justeru memasang niat untuk melawati negara jiran ini pada tahun 2023. Oleh itu, kami kongsikan kepada anda proses terkini untuk memasuki Thailand berserta insurans-insurans yang perlu anda ada supaya perjalanan nanti lebih lancar dan tenang.

    Tips melancong ke Thailand

    Dokumen wajib ada sebelum ke Thailand

    • Passport
    • Visa (Jika menetap lebih 45 hari)
    • Insurans perjalanan (tidak wajib namun amat digalakkan)
    • Pengesahan tempahan hotel

    Peraturan terkini masuk ke Thailand

    Berikut merupakan peraturan terkini kemasukan ke negara Thailand setakat Februari 2023.

    • Semua pengembara boleh masuk ke Thailand secara bebas tanpa sebarang sekatan Covid-19. Pelancong tidak lagi perlu menunjukkan bukti telah menerima suntikan vaksin atau keputusan ujian Covid-19. 
    • Pelancong tidak perlu mendapatkan Thailand pass atau Sijil Kemasukan (COE). 
    • Insurans perjalanan bagaimanapun sangat digalakkan untuk dimiliki oleh pelancong yang ingin memasuki Thailand.
    • Insurans Perjalanan adalah wajib bagi pengembara yang ingin pergi ke destinasi seterusnya yang memerlukan mereka melakukan ujian RT-PCR di Thailand, sebelum melakukan perjalanan ke negara tersebut. Kesahan insurans mesti meliputi tempoh tinggal di Thailand + 7 hari.
    • Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan
    • Bermula 1 0ktober 2022 sehingga 31 March 2023, pelancong Malaysia dibenar untuk tinggal di Thailand selama 45 hari tanpa kelulusan visa Thai. Jika lebih 45 hari, maka visa diperlukan.

    Cara pergi ke Thailand

    Berikut merupakan beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk masuk ke Thailand

    Menaiki kapal terbang

    Ini merupakan cara yang paling pantas. Meskipun pelancong tidak lagi perlu memohon Thailand pass untuk terbang ke Thailand dan juga menunjukkan bukti vaksinasi atau ujian Covid-19, namun syarikat penerbangan dan Imigresen Thailand mempunyai pelepasan untuk melakukan ujian COVID-19 secara rawak ke atas pelancong (anda).

    Menaiki kenderaan sendiri, bas, keretapi atau feri

    Kenderaan sendiri – anda boleh masuk menerusi sempadan Bukit Kayu Hitam, Padang Besar, ICQS Wang Kelian, Pengkalan Kubor, ICQS Bukit Bunga, Sungai Kolok, ICQS Bukit Berapit dan Rantau Panjang. Bagaimanapun, anda perlu mengemukakan beberapa dokumen tambahan penting seperti:

    • Passport perjalanan yang sah
    • Geran kereta
    • Perlindungan insurans perjalanan
    • Insurans kereta
    • Borang maklumat kenderaan (TM 2) dan borang maklumat penumpang (TM 3)
    • Borang kad putih (white card) untuk setiap pemegang pasport (RM2 setiap satu nama)
    • Borang Ikrar

    Jika anda menggunakan kenderaan orang lain, pastikan anda membawa dokumen tambahan berikut:

    • Geran kereta yang asal
    • Salinan kad pengenalan pemilik kenderaan
    • Surat kebenaran bertulis

    Bas (dari Kuala Lumpur) – masuk menerusi sempadan Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam

    Keretapi – masuk melalui sempadan Padang Besar dan Sungai Kolok.

    Maklumat tambahan jika menaiki keretapi:

    • Setibanya di sempadan, anda perlu mendapatkan cop pada passport anda. Apabila sudah selesai, anda boleh mencari teksi atau van mini di sempadan Padang Besar. 

    Insurans perlu ada untuk masuk Thailand

    #1. Insurans kenderaan

    Jika anda ingin memasuki negara Thailand menggunakan kenderaan sendiri, maka anda diwajibkan untuk memiliki insurans kenderaan. 

    • Compulsory Insurance (CI)

    – Boleh beli dari ejen insurans Thailand

    – Beri perlindungan untuk bil hospital dan pampasan kematian

    • Voluntary Insurance (VI)

    – Merupakan insurans Third Party

    – Membiayai kerosakan kenderaan pihak ketiga jika anda didapati bersalah menyebabkan kemalangan. Boleh dibeli melalui ejen insurans Thailand

    #2. Insurans perjalanan

    Meskipun tidak diwajibkan, namun rakyat Malaysia yang ingin memasuki Thailand sangat digalakkan untuk mendapatkan insurans perjalanan bagi mengurangkan risiko khususnya dari segi kewangan sekiranya berlaku sesuatu nanti, contohnya kemalangan.

    Anda boleh membeli insurans perjalanan siap-siap di Malaysia sebelum memasuki Thailand atau boleh juga beli dari syarikat insurans di Thailand seperti AXA Insurance Thailand

    Untuk lebih mudah, anda juga boleh dapatkan insurans perjalanan menerusi platform Bjak. 15 jenama disediakan untuk anda pilih. Dapatkan sahaja mengikut berapa hari anda ingin pergi ke sana ataupun secara tahunan (jika anda kerap mengunjungi Thailand).

    Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.

    Baca juga: