Adakah anda pernah dengar rakan, mak cik atau pak cik anda mengadu mengenai kepayahan mereka membuat tuntutan insurans untuk bil perubatan?
Sekiranya anda terkesan dengan kisah mereka, kemungkinan besar, anda juga berkongsi sentimen yang sama.
Namun jangan risau. Proses untuk membuat tuntutan insurans sebenarnya mudah. Hanya empat langkah sahaja yang perlu dilakukan.
“Kejap…. pembayaran balik? Saya dah ada insurans perubatan. Kenapa saya kena bayar dulu bil perubatan saya?”
Biar kami jelaskan kepada anda. Secara dasarnya, insurans perubatan terdiri daripada “Polisi tanpa tunai” dan “Polisi pembayaran balik”.
Bagi polisi tanpa tunai, ya, anda memang tidak perlu membayar perbelanjaan/ bil perubatan dari poket anda sendiri. Dengan polisi tanpa tunai, anda hanya perlu menunjukkan kad perubatan kepada panel hospital berkenaan. Namun sekiranya anda tidak mempunyai kad perubatan, anda hanya perlu menghubungi syarikat insurans anda dan meminta mereka untuk mengeluarkan Surat Jaminan kepada hospital.
Sementara itu bagi polisi pembayaran balik pula, anda perlu membayar dahulu perbelanjaan perubatan anda menggunakan wang sendiri dan kemudian membuat tuntutan untuk pembayaran semula.
Jelas kan?
Jadi, ayuh kita ketahui 4 langkah yang anda perlu ‘lalui’ bagi mendapatkan pembayaran semula wang daripada syarikat insurans.
1. Sediakan dokumen yang diperlukan oleh syarikat insurans
Kebiasaannya, di bawah ini adalah senarai dokumen yang diperlukan:
- Salinan kad pengenalan/ passport
- Resit hospital (original) dan invois
- Bil hospital terperinci
- Laporan diagnostik (contoh: ujian darah dan X-ray)
- Untuk rawatan luar dari Malaysia, sertakan juga salinan passport, pas masuk, maklumat tiket penerbangan, dan bil hospital terperinci (original)
2. Isi borang tuntuan anda
Muat turut borang tuntutan melalui laman web syarikat insurans anda dan isi!
Namun sekiranya anda tidak menjumpai borang tuntutan secara atas talian, hubungi sahaja syarikat insurans anda supaya mereka dapat memberikan anda borang tersebut. Anda perlu tahu bahawa sesetengah polisi memerlukan doktor anda untuk memberikan Penyata Pemeriksa Perubatan, yang mana secara asasnya ia adalah laporan perubatan mengenai diagnosis dan rawatan anda. Tidak pasti sama anda syarikat insurans anda memerlukannya? Jangan segan, hubungi sahaja mereka. Ia adalah tugas mereka untuk membantu anda!
3. Semak dan buat salinan borang tuntutan anda
Periksa semula borang tuntutan anda dan semua dokumen yang diperlukan. Sambil itu, anda buatlah juga salinan fizikal atau digital bagi setiap borang atau dokumen sebelum menghantar tuntutan anda. Anda mungkin perlukannya sekiranya berlaku sebarang masalah dengan tuntutan anda kelak. Jadi tidak salah untuk bersiap sedia!
4. Hantar tuntutan anda
Anda boleh menghantar tuntutan anda sama ada secara terus ke syarikat insurans ataupun melalui ejen anda. Sesetengah syarikat insurans membenarkan anda untuk menghantar tuntutan secara atas talian, jadi sila semak dengan syarikat insurans anda!
Selepas itu, anda hanya perlu relax, dan tunggu wang anda untuk dikembalikan semula.
Mudah sahaja kan?
Sekiranya anda terdapat sebarang persoalan atau bantuan mengenai insurans, hubungi sahaja Bjak dan bercakap dengan ejen kami!
Rujukan: