Buat apa ‘fancy’, tapi kena saman?
Begitulah jadinya jika anda sebagai pengguna jalan raya, melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Situasi tersebut dapat dikaitkan dengan sebuah video yang tular baru-baru ini apabila sebuah kenderaan berjenama mewah, BMW dilihat menggunakan nombor pendaftaran fancy pada keretanya.
Akibatnya, pemilik kereta berusia 32 tahun tersebut disaman sebanyak RM300 oleh pihak berkuasa kerana kegagalannya untuk mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Bukan kejadian pertama
Sebenarnya, situasi seperti ini bukanlah yang kali pertama berlaku. Sebelum ini, ramai juga pemilik kenderaan lain dilihat menggunakan nombor plat yang terlalu fancy sehingga ada yang terlalu sukar untuk dibaca.
Statistik yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman pada 2020 mendedahkan bahawa penunggang motosikal dikesan sebagai kumpulan yang paling ramai menggunakan nombor plat fancy dengan sejumlah 226,142 saman telah dikeluarkan kepada mereka untuk kesalahan itu.
Manakala, sebanyak 118,372 saman dikeluarkan kepada pemilik kereta diikuti pemandu 4WD (12,632), lori (5,081), van (3,047) dan lain-lain kenderaan (136). Ia menjadikan jumlah keseluruhan saman yang direkodkan dari tahun 2019 sehingga Disember 2020 untuk kesalahan itu sahaja adalah sebanyak 365,410!
Apakah spesifikasi no. plat yang ditetapkan oleh JPJ?
Kalau nombor plat fancy tak boleh, jadi nombor plat bagaimanakah yang boleh digunakan?
Okay, sila baca penjelasan ini.
Nombor plat kenderaan biasanya dikeluarkan dan diformatkan sama untuk mana-mana kenderaan bermotor yang menjalankan tayar getah, termasuk kenderaan persendirian, komersial, motosikal, kenderaan kecemasan dan peralatan berat terpilih (seperti kren yang dipasang di trak).
Kecuali nombor plat yang dikeluarkan untuk teksi, peniaga kenderaan dan diplomat, semua nombor plat kenderaan di Malaysia perlu menggunakan aksara berwarna putih dengan latar belakang hitam untuk bahagian depan dan belakang kereta.
Untuk pengetahuan anda, terdapat tiga bentuk nombor plat kenderaan yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu:
1. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam
2. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan, PBB dan International Natural Rubber Association
3. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.
Ini bermakna, jika anda adalah pemilik kereta persendirian, anda haruslah menggunakan nombor plat mengikut bentuk pada point nombor 1 itu.
Lihat di bawah untuk mengetahui contoh-contoh ukuran nombor plat yang dibenarkan:
Boleh disaman sehingga RM3,000
Meskipun telah diingatkan berulang kali mengenai kesalahan ini oleh pihak berkuasa JPJ khususnya, namun nampaknya masih lagi ramai pemilik kenderaan di Malaysia seolah-olah ‘menutup mata’ dan terus menggunakan nombor plat fancy selagi tindakan undang-undang tidak dikenakan terhadap diri sendiri.
Namun sedarkah anda, kesalahan tersebut boleh menyebabkan anda disaman sehingga RM3,000 dan tidak kurang RM300 di bawah Seksyen 14 (4) Akta JJ 1987? Ya, sebanyak itu jumlah saman yang boleh dikenakan kepada anda dan ia sangat merugikan wang jika anda disaman hanya disebabkan itu suatu hari nanti!
Selain fancy, nombor plat yang kabur dan mengelirukan juga tidak boleh digunakan dan salah di sisi undang-undang ya!
Ikutlah peraturan
Sebagai pemilik kenderaan berdaftar di negara ini, seeloknya anda ikutlah sahaja peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Jangan hanya kerana ingin kenderaan kelihatan cantik di mata, namun akhirnya membawa padah apabila dikenakan tindakan saman. Kan rugi dan membazir namanya.
Ingat, nombor plat standard pun tak apalah. Janji anda ikut peraturan.
Selain itu, anda juga perlu pastikan kenderaan anda digunakan secara sah di jalan raya dengan mempunyai roadtax dan insurans yang masih belum tamat tempoh. Buat apa ada nombor plat cantik, tapi insurans dan roadtax pun tiada kan?
Kalau dah nak expired, anda renew je dulu di Bjak. Confirm lagi mudah, laju dan selamat. Minta sebut harga percuma dulu dari kami hari ini untuk bandingkan harga.