Skip to content
Home » Op Selamat 17: Polis Perangkap Had Laju Dari Dalam Kereta

Op Selamat 17: Polis Perangkap Had Laju Dari Dalam Kereta

    Op Selamat 17

    Maklumat penting untuk anda yang akan pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina pada 1 Februari depan.

    Op Selamat 17 yang akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Tahun Baru Cina akan membawa beberapa pembaharuan.

    Pengesanan had laju ‘In-Car Radar’

    Untuk makluman anda, buat pertama kalinya PDRM bakal mempraktikkan penguatkuasaan secara digitalisasi iaitu menggunakan alat pengesanan had laju ‘In Car Radar’ di sepanjang lebuh raya dalam Op Selamat 17.

    Memetik laporan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razaruddin Husain memaklumkan bahawa teknologi itu akan digunakan sebagai tambahan kepada operasi penguatkuasaan biasa. Ia tidak lain dan tidak bukan bagi mengesan kenderaan yang dipandu melebihi had laju ditetapkan.

    ‘Intelligent Compound Online Payment System’ (iCOPS)

    Selain itu, buat pertama kalinya juga PDRM akan mempraktikkan pengunaan alat ‘Intelligent Compound Online Payment System’ (iCOPS). 

    Penggunaan alat ini adalah bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak dan waran tangkap trafik.

    “Ini termasuk kenderaan yang terbabit dalam kes jenayah seperti kenderaan curi, klon dan sebagainya,” katanya.

    Jelas Razaruddin, kedua-dua alat ini amat membantu untuk menyimpan serta membina profil kenderaan secara sistematik bagi rekod analisa PDRM, pada masa ini dan masa hadapan.

    Katanya juga, penguatkuasaan secara ‘In-Car Radar’ dan ‘i-COPS’ akan dilaksanakan oleh pasukan Peronda Lebuhraya PDRM yang ditugaskan melakukan rondaan di sepanjang lebuh raya negara termasuk Lebuh raya PLUS. 

    Mengenai Op Selamat 17

    Op Selamat 17 akan dilaksanakan bermula 28 Januari (Jumaat) hingga 6 Februari
    Kredit imej: Paultan

    Untuk makluman anda, Op Selamat 17 akan dilaksanakan bermula 28 Januari (Jumaat) hingga 6 Februari.

    “Selepas dua tahun Op Selamat tidak dilaksanakan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Op Selamat kini dilancarkan semula.

    “Operasi ini dilaksanakan dengan dua objektif utama iaitu mencegah jenayah pecah rumah dan meminimumkan kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan,” kata Razaruddin.

    Pastikan insurans anda masih aktif

    Dalam pada itu, untuk anda yang ingin pergi bercuti atau pulang ke kampung halaman, sila pastikan insurans dan roadtax anda masih aktif. Selain mengelak daripada disaman pihak berkuasa, insurans anda penting bagi memastikan kenderaan anda dilindungi sekiranya berlaku sesuatu.

    Jika anda mendapati kedua-dua insurans dan roadtax anda hampir tamat tempoh, sila perbaharui segera hari ini. Untuk lebih mudah, anda juga boleh menggunakan platform Bjak yang menyediakan 15 jenama insurans untuk anda pilih.

    Layari dulu Bjak untuk dapatkan sebut harga dalam hanya 3 minit