Roadtax hilang ataupun roadtax rosak? Anda tidak perlu risau kerana ada caranya untuk anda mendapatkan semula roadtax anda yang hilang ataupun lesen kendaraan bermotor (LKM) yang baharu.
Di sini kami terangkan apa yang perlu anda lakukan untuk dapatkan salinan roadtax yang baru serta keperluan dokumen yang anda harus ada.
Penggantian kertas roadtax
Proses untuk mendapatkan salinan baru roadtax tidaklah rumit malah senang sahaja. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendapatkan semula roadtax yang hilang atau rosak.
- Pemilik hadir ke mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berhampiran
- Isi Borang K (Salinan/ Gantian Perakuan Pendaftaran Kenderaan atau Salinan/ Gantian Lesen Kenderaan Motor atau Salinan Lesen Perdagangan Kenderaan Motor)
- Serahkan Borang K di kaunter dan tunjukkan kad pengenalan. Cap ibu jari akan diambil.
- Selesaikan pembayaran denda sebanyak RM50 (kereta).
- Permohonan akan diproses dan roadtax kenderaan anda yang baru akan dicetak melalui kaunter JPJ.
Soalan-soalan lazim mengenai Penggantian kertas roadtax
1. Apakah yang perlu disediakan untuk dapatkan roadtax baharu?
Pemilik kenderaan wajib membawa kad pengenalan yang asal.
2. Berapakah denda penggantian roadtax yang akan dikenakan?
Jumlah bayaran denda untuk mendapatkan salinan baru kenderaan roadtax anda adalah:
- RM20 untuk motosikal
- RM50 untuk kereta
3. Borang apa yang perlu saya isi?
Anda perlu mengisi Borang K yang disediakan di pejabat / cawangan JPJ yang berdekatan dengan kawasan anda.
4. Sekiranya pemilik kenderaan tidak dapat hadir, bolehkah digantikan dengan wakil?
Ya. Sekiranya pemilik kenderaan tidak dapat hadir, pemilik kenderaan boleh menghantar wakil (ahli keluarga, kawan) untuk mendapatkan salinan roadtax baharu bagi pihak anda.
Wakil perlu menyediakan dokumen yang berikut:
- Sediakan salinan kad pengenalan pemilik kenderaan
- Salinan geran kenderaan
- Salinan kad pengenalan wakil
- Isi borang K
5. Bolehkan saya membuat permohonan salinan baru roadtax kenderaan secara online?
Tidak boleh. Anda perlu ke pergi ke pejabat / cawangan JPJ yang berdekatan untuk mendapatkan salinan roadtax kenderaan yang baru.
—
Sekiranya roadtax anda hilang ataupun rosak sehingga tidak dapat digunakan lagi, jangan bimbang. Ikut sahaja panduan yang telah kami senaraikan di atas untuk penggantian kertas roadtax!
Bagi anda yang ingin memperbaharui roadtax kereta/motor milik anda, jangan tunggu sehingga tamat tempoh! Anda boleh lakukan pembaharuan di Bjak. Proses kami mudah dan cepat, hanya mengambil 5 minit sahaja untuk siap! Jimat masa anda!