Skip to content
Home » Panduan Perbaharui Roadtax secara talian guna BJAK

Panduan Perbaharui Roadtax secara talian guna BJAK

    Tiada masa untuk ke JPJ? Tidak mahu beratur Panjang? Sekarang, anda boleh perbaharui roadtax kereta secara online dalam masa kurang dari 5 minit — terus dari rumah! Dengan platform seperti BJAK, proses jadi lebih mudah, cepat dan tanpa stres.

    Artikel ini akan tunjukkan langkah-langkah mudah serta jawapan kepada soalan paling kerap ditanya.


    Soalan 1: Apakah syarat untuk perbaharui roadtax?

    Untuk perbaharui roadtax (cukai jalan), anda mesti:

    ✅ Mempunyai insurans kenderaan yang masih aktif
    ✅ Tiada saman tertunggak tertentu (seperti AES/JPJ Blacklist)
    ✅ Pastikan maklumat kenderaan adalah tepat dan terkini


    Soalan 2: Bagaimana cara perbaharui roadtax online dengan BJAK?

    Langkah mudah di BJAK.com:

    1.Masukkan nombor plat & NRIC
    Sistem akan semak terus dengan JPJ dan insurans.

    2. Bandingkan & pilih insurans
    Pilihan panel insuran & tambahan pembelian roadtax.

    3. Buat bayaran
    Pilih kaedah bayaran penuh atau secara ansuran bulanan.

    4. Roadtax dikemaskini secara digital
    Status roadtax anda akan terus dikemaskini dalam aplikasi MyJPJ.


    Soalan 3: Perlu ke ambil roadtax fizikal?

    Tidak perlu.
    Mulai 2024, kerajaan Malaysia telah memansuhkan pelekat roadtax fizikal. Kini, semua maklumat roadtax boleh dilihat melalui:

    • Aplikasi MyJPJ
    • e-Resit dari BJAK atau emel anda

    Soalan 4: Boleh tak saya renew secara fizikal?

    Ya, boleh. JPJ kini menggunakan cetakan atas kertas biasa menggantikan pelekat cukai jalan lama. Lihat contoh dalam foto yang disertakan.


    Soalan 5: Boleh renew awal ke?

    Ya. Anda boleh perbaharui insurans & roadtax seawal 60 hari sebelum tamat tempoh.

    Contoh:
    Tarikh tamat: 1 Ogos
    Tarikh mula boleh renew: 2 Jun

    Tips Tambahan:

    • Pembaharuan awal untuk mengelak kesukaran pada saat akhir
    • Pastikan butiran e-mel lengkap supaya e-polisi & resit sampai tepat
    • Simpan bukti bayaran untuk rujukan JPJ jika perlu

    Perbaharui roadtax online bukan sahaja mudah — ia juga lebih selamat dan jimat masa. Dengan BJAK, anda boleh urus insurans & roadtax dalam satu tempat sahaja, tanpa perlu beratur panjang.


    Perbaharui roadtax anda sekarang di BJAK.my — Percuma untuk semak, dan sah serta-merta dalam MyJPJ!

    Baca juga: