Tahukah anda?
Terdapat sesetengah kenderaan yang dibenarkan untuk memohon pengurangan atau pengecualian pembayaran Lesen Kenderaan Motor (roadtax) oleh pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Sekiranya anda memenuhi syarat serta keperluan yang dikehendaki, maka anda layak untuk membuat permohonan bagi pengecualian atau pengurangan tersebut.
Siapakah yang boleh memohon?
Dua kategori yang layak memohon untuk pengurangan atau pengecualian roadtax adalah
- Pemilik kenderaan klasik/ vintaj
- Kenderaan yang digunakan untuk NGO/ Lembaga
Baca lebih lanjut mengenai kedua-dua kategori ini dalam penerangan di bawah.
Permohonan pengurangan kadar roadtax untuk kenderaan klasik/vintaj
Orang awam dibenarkan untuk memohon pengkelasan kenderaan klasik vintaj bagi tujuan pengurangan bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) seperti Arahan Jabatan Bilangan 13/ 2000 (Pindaan 1/2002), Prosedur Permohonan untuk Mendapatkan Status Motokar Vintaj / Klasik Bagi Tujuan Pengurangan Bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM).
Jenis permohonan kenderaan tersebut mengikut tahun pembuatan
- Kereta Vintaj – 50 tahun dikategorikan kenderaan vintaj (pengecualian LKM 90%)
- Kereta Klasik – 25 tahun dikategorikan sebagai kenderaan klasik (pengecualian LKM 80%)
Syarat-syarat permohonan
Permohonan perlu dihantar terus kepada JPJ negeri berserta lampiran dokumen yang berikut:
- Salinan kad pendaftaran kenderaan (serta yang asal)
- Surat pendaftaran kenderaan pemilik selain dari kenderaan yang hendak dipohon
- Salinan kad pengenalan pemilik/pemohon
- Minima 4 keping gambar kenderaan dari pandangan depan, belakang, sisi dan bahagian ‘steering/dashboard’
- Sijil motokar vintaj/klasik dari kelab yang diiktiraf
- Laporan pemeriksaan JPJ Negeri
Permohonan untuk kelayakan pengurangan kadar roadtax akan diproses di Ibu Pejabat. Bagi sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi 0388866400 / 0388889645.
Pengurangan kadar roadtax bagi NGO/Lembaga
Selain kenderaan vintaj dan klasik, kenderaan yang digunakan untuk NGO atau Lembaga juga layak mendapat pengurangan/ pengecualian roadtax.
Jenis-jenis pertubuhan yang layak memohon
- Pertubuhan kebajikan yang memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat secara rasmi
- Pertubuhan yang mempunyai perhubungan rapat dengan kepentingan kerajaan
- Pertubuhan keagamaan
- Syarikat yang menggunakan kenderaan di dalam kawasan operasi yang terhad seperti di ladang
- Kebajikan yang memiliki kenderaan mayat
- Perpustakaan Awam Kebangsaan / negeri yang memiliki kenderaan yang digunakan sebagai perpustakaan bergerak
Prosedur membuat pengecualian roadtax
Sama seperti permohonan untuk pengecualian roadtax bagi kenderaan vintaj dan klasik, anda perlu membuat permohonan dengan menghantar terus dokumen yang diperlukan kepada JPJ negeri
Senarai dokumen yang diperlukan untuk pengecualian roadtax
- 2 borang JPJ K14
- Salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan bagi setiap kenderaan yang dipohon
- Salinan Perakuan Perlembagaan dan Perakuan Pendaftaran Pertubuhan
- 3 keping gambar kenderaan dari pandangan depan, belakang, sisi kenderaan
- Salinan perjanjian bertulis antara pemohon dengan kerajaan bagi pertubuhan antarabangsa (jika berkenaan)
Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai prosedur untuk memohon pengurangan atau pengecualian bayaran roadtax, anda boleh lawati laman web rasmi JPJ.
Bagi pembaharuan insurans kereta, anda boleh layari Bjak – laman perbandingan insurans terbesar di Malaysia. Dapatkan sebut harga sehingga 15 insurans untuk membuat perbandingan sebelum membeli mana-mana insurans!