Skip to content
Home » Perlindungan Tenang – Insurans Nyawa Mudah & Mampu Milik untuk Anda

Perlindungan Tenang – Insurans Nyawa Mudah & Mampu Milik untuk Anda

    Penjelasan Mengenai Perlindungan Tenang

    “Saya memang nak beli insurans nyawa tapi rasa masih belum mampu sebab premium bulanan yang perlu dibayar nanti agak mahal.”

    Mungkin ramai dalam kalangan kita yang berada dalam situasi di atas. Terutama dengan peningkatan kos sara hidup pada hari ini, ramai yang memilih untuk mementingkan dahulu keperluan wajib dan melupakan keinginan untuk memiliki perkara lain seperti perlindungan insurans nyawa.  

    Malah, peratusan rakyat Malaysia yang telah mendapatkan perlindungan insurans nyawa atau takaful masih sedikit iaitu pada kadar 40% sahaja terutama daripada golongan berpendapatan rendah (B40)

    Perlindungan Tenang untuk anda

    Menyedari akan hakikat ini, Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama industri insurans dan takaful mewujudkan satu inisiatif bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk memiliki perlindungan insurans nyawa melalui produk Perlindungan Tenang. 

    Apakah itu Perlindungan Tenang?

    Perlindungan Tenang adalah satu produk insurans nyawa yang membolehkan individu khususnya golongan B40 mendapatkan insurans lebih mampu milik dengan kadar premium/caruman dari serendah RM1 sebulan dengan pelannya boleh diperbaharui setiap tahun.

    Melalui Perlindungan Tenang, individu boleh mendapatkan insurans nyawa dengan lebih mudah, murah di samping penyediaan proses tuntutan yang senang dan ringkas.

    Inisiatif ini telah mula dilaksanakan sejak 24 November 2017 bagi memperluas penyelesaian insurans dan takaful yang disasarkan kepada B40. Bagaimanapun, produk ini juga sesuai untuk mana-mana individu yang tidak dilindungi oleh sebarang jenis produk insurans atau takaful. 

    4 Ciri utama Perlindungan Tenang

    Berikut merupakan empat ciri utama yang ditekankan di dalam produk Perlindungan Tenang:

    4 ciri yang ditekankan dalam produk Perlindungan Tenang

    Bagaimanakah anda boleh mendapatkan produk ini?

    Anda boleh mendapatkan produk yang mempunyai logo Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans atau pengendali Takaful pilihan anda. 

    Logo Perlindungan Tenang

    Senarai produk insurans nyawa di bawah Perlindungan Tenang

    Berikut merupakan senarai penuh produk Insurans Nyawa yang terdapat di bawah Perlindungan Tenang seperti yang dikongsikan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM). 

    AIA

    AIA

    AIA Starter Plan 

    *Boleh dibeli secara dalam talian

    Umur penyertaan – 16 hingga 55 tahun

    Jumlah perlindungan – Dari RM10,000 sehingga maksimum RM30,000

    Bayaran premium untuk pelan terendah – RM33 setahun (RM2.87 sebulan)

    Etiqa Takaful

    Etiqa Takaful

    Pos Tenang

    *Boleh dibeli di Pos Malaysia

    Jumlah perlindungan – Dari RM7,500 sehingga maksimum RM15,000

    Bayaran premium untuk pelan terendah – Dari RM55 setahun (RM4.60 sebulan)

    Allianz 

    Allianz

    Allianz Kasih Hayat

    *Boleh dibeli melalui ejen Insurans Nyawa Allianz

    Umur penyertaan – 18 hingga 70 tahun

    Jumlah perlindungan – 10 dan 20 tahun

    Bayaran premium untuk pelan terendah – RM38 setahun (RM3.16 sebulan)

    Great Eastern 

    Great Eastern

    Easy Care Plus

    *Boleh dibeli melalui ejen 

    Umur penyertaan – 18 hingga 59 tahun

    Jumlah perlindungan – 18 hingga 40 tahun (RM40,000), 41 hingga 59 tahun (RM15,000)

    Bayaran premium untuk pelan terendah – RM120 setahun (RM10 sebulan)

    Hong Leong Assurance

    Hong Leong Assurance

    Life Protector

    *Boleh dibeli melalui internet

    Umur penyertaan – 18 hingga 50 tahun

    Jumlah perlindungan – RM20,000 

    Bayaran premium untuk pelan terendah – RM60 setahun (RM5 sebulan)

    HLA Stackable

    Boleh dibeli melalui internet

    Umur penyertaan – 20 hingga 60 tahun

    Jumlah perlindungan – Dari RM1,000 sehingga RM20,000

    Bayaran premium untuk pelan terendah – Dari RM5 setahun

    MCIS Insurance Berhad

    MCIS Insurance

    Merchantrade Insure – Life 

    *Boleh dibeli di cawangan Merchantrade

    Umur penyertaan – 18 hingga 60 tahun

    Jumlah perlindungan – RM4,000 hingga RM20,000

    Bayaran premium untuk pelan terendah – RM12 hingga RM60 setahun (RM1 – RM5 sebulan)

    MyTenang

    *Boleh dibeli melalui ejen atau broker

    Umur penyertaan – 18 hingga 60 tahun

    Jumlah perlindungan – RM5,000 hingga RM25,000

    Bayaran premium untuk pelan terendah – RM50 setahun (RM4.15 sebulan)

    Sun Life Malaysia

    Sun Life

    GoLife

    *Boleh dibeli melalui aplikasi UMobile

    Umur penyertaan – sehingga 50 tahun

    Jumlah perlindungan – RM10,000 dan RM20,000

    Bayaran premium untuk pelan terendah – GoLife5 RM60 setahun (RM5 sebulan) / GoLife10 RM120 setahun (RM10 sebulan) 

    Tokio Marine

    Tokio Marine

    TokioMarine E-ssential Tenang

    *Boleh dibeli melalui internet atau ejen

    TokioMarine – Starter Pack (pelan asas) 

    Menyediakan perlindungan untuk kematian sahaja

    Umur penyertaan – 18 hingga 50 tahun

    Jumlah perlindungan – 18 hingga 35 tahun (RM50,000). Manakala 36 hingga 50 tahun (RM25,000)

    Bayaran premium untuk pelan terendah – RM180 setahun (RM15 sebulan)

    TokioMarine E-ssential Tenang Plus 

    Menyediakan perlindungan untuk kematian, perlindungan kematian akibat kemalangan dan perlindungan hilang upaya kekal (PTD) akibat kemalangan

    Umur penyertaan – 18 hingga 50 tahun

    Jumlah perlindungan – lihat dibawah: 

    Umur penyertaanPerlindungan KematianPerlindungan Kematian akibat KemalanganPerlindungan PTD akibat Kemalangan
    18 – 35RM50,000RM110,000RM60,000
    36 – 50RM25,000RM55,000RM30,000

    Bayaran premium untuk pelan terendah – RM240 setahun (RM20 sebulan) 

    Guna Baucar Perlindungan Tenang (PTV) untuk produk insurans anda

    Program Baucar Perlindungan Tenang adalah skim bantuan kewangan di mana baucar berjumlah RM50 diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.

    Ia merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi memperluas perlindungan sosial kepada penerima BPR yang layak.

    Bagaimanapun, menerusi bajet 2022 seperti yang diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, baucar ini akan ditingkatkan daripada RM50 kepada RM75 pada tahun hadapan.

    “Sebagai tambahan, baucar itu boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022,” katanya seperti memetik laporan.

    Cara semak kelayakan PTV 

    Anda boleh menyemak kelayakan untuk menerima baucar PTV melalui laman web www.myptv.my atau kunjungi terus ke wakil pengendali Takaful atau wakil insurans anda. 

    Jika layak, anda boleh membeli pelan Perlindungan Tenang atau menebus baucar yang ditawarkan di kaunter syarikat insurans/ pengendali takaful, ejen atau pengedar yang sah mahupun secara atas talian.

    Cara menyemak kelayakan dan menebus PTV

    Baucar ini berkuatkuasa daripada 30 September 2021 hingga 30 September 2022

    Kelayakan baucar PTV secara automatik di Bjak 

    Dalam pada itu, sebagai sebahagian daripada komitmen Bjak, baucar Perlindungan Tenang berjumlah RM50 akan diaktifkan secara automatik kepada pengguna yang layak. Pemberitahuan akan dihantar melalui e-mel selepas produk Perlindungan Tenang diaktifkan. 

    Pelan perlindungan tersebut akan merangkumi perlindungan kematian atau hilang upaya kekal, pendapatan hospital serta Covid-19. 

    Anda tidak perlu risau kerana tiada sebarang pembayaran diperlukan untuk mengaktifkan baucar PTV.

    Dapatkan perlindungan insurans

    Pastikan diri anda dan keluarga dilindungi. Ingat, jangan biarkan insan kesayangan anda hidup dalam kesusahan sekiranya anda tiada suatu hari nanti. Dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Perlindungan Tenang, ini bermakna anda boleh mendapatkan perlindungan insurans pada harga yang lebih murah dan mudah. 

    Jika terdapat sebarang persoalan mengenai insurans, anda juga boleh berhubung dengan pasukan khidmat pelanggan Bjak yang bersedia untuk membantu anda pada bila-bila masa.