Skip to content
Home » Penting! Ini 3 Jenis Insurans yang Anda Perlu Ada untuk Masa Depan

Penting! Ini 3 Jenis Insurans yang Anda Perlu Ada untuk Masa Depan

    Sebut sahaja mengenai ‘insurans’, pasti ramai yang menganggap ia sebagai satu beban kewangan yang perlu ditanggung setiap bulan.

    Tahukah anda bahawa memiliki insurans adalah sangat penting bagi melindungi diri jika berlaku sesuatu pada masa akan datang. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Seeloknya, peruntukkan sekurang-kurangnya 5%-7% daripada gaji untuk produk perlindungan seperti insurans kerana ia penting untuk masa depan anda.

    Mungkin ada yang masih belum sedar bahawa insurans memberi kelebihan yang sangat besar bukan sahaja buat individu malah juga untuk seisi keluarga. Ia bukan sahaja memberi perlindungan hanya untuk perubatan dan nyawa sahaja, malah sebenarnya ia juga merupakan satu tabungan kepada diri sendiri ketika usia tua kelak.

    Dapatkan perlindungan insurans dari muda

    Secara teknikalnya, anda sangat digalakkan untuk membeli perlindungan insurans pada usia yang lebih muda kerana pelan dan insurans adalah berbeza mengikut umur anda. Lebih muda usia anda, lebih banyak tawaran baik yang bakal anda peroleh pada harga yang lebih murah. Lebih menarik, anda juga boleh membuat pelepasan cukai sehingga RM6,000 selepas membeli insurans ini.

    Justeru di sini, Bjak senaraikan 3 jenis insurans yang anda perlu ada dan pertimbangkan untuk melindungi dan juga keluarga tersayang anda.

    Tiga insurans yang anda perlu miliki

    1. Insurans Perubatan

    Adakah anda dalam kumpulan individu yang masih belum memiliki insurans perubatan? Jika ya, anda perlu mempertimbang untuk membelinya sekarang. Dengan memiliki insurans perubatan, anda sekurang-kurangnya tidak perlu memikirkan kos rawatan jika berlaku kejadian seperti kemalangan. Ini kerana, segala kos rawatan hospital nanti akan ditanggung oleh syarikat insurans mengikut polisi yang anda pilih.

    “Tapi majikan saya telah menyediakan insurans perubatan untuk saya.”

    Ya, itu juga bagus. Gunakan sebaik mungkin insurans perubatan yang disediakan oleh syarikat anda itu. Sebagai contoh apabila anda ditahan di hospital, gunakan insurans perubatan yang disediakan syarikat anda. Ini bagi menjimatkan limit tahunan pada insurans perubatan persendirian anda. 

    Jadi, pada dasarnya masih tidak rugi jika anda turut memiliki insurans perubatan persendirian. Anda sendiri tidak tahu berapa lama akan berkhidmat di syarikat tersebut bukan?

    2. Insurans Nyawa

    Siapa je yang tak sayang keluarga kan? Tahukah anda bahawa insurans nyawa bakal membantu kewangan keluarga anda sekiranya anda meninggal dunia suatu hari nanti. Dengan adanya insurans ini, anda sekurang-kurangnya dapat membantu menjamin masa depan keluarga walaupun apabila anda telah tiada.

    Dengan kata mudah, insurans nyawa ini adalah persediaan bantuan kewangan yang dibuat oleh anda sebagai pembeli kepada keluarga anda selepas anda meninggal dunia. 

    3. Insurans Penyakit Kritikal

    Tahukah anda, statistik menyatakan bahawa 50% penduduk di dunia ini berisiko untuk menghidap penyakit kritikal. Ini bermakna, anda, penulis artikel ini mahupun sesiapa sahaja mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidapi sebarang jenis penyakit kritikal.

    Anda mungkin sudah terbiasa dengan insurans nyawa atau perubatan. Namun masih ada sebahagian yang tidak menyedari kepentingan memiliki insurans penyakit kritikal buat diri sendiri.

    Sebenarnya, perlindungan insurans penyakit kritikal sangat memberi manfaat sekaligus kepada anda. Ini kerana, sekiranya anda dikesan menghidap mana-mana penyakit kritikal seperti yang ditakrifkan dalam polisi anda, anda akan diberikan manfaat berupa nilai tunai ataupun dividen (jika ada). Dengan adanya insurans ini, anda juga akan diberikan bantuan kewangan jika sudah tidak mampu bekerja akibat kecacatan/ hilang upaya kekal.

    Dengan kata mudahnya, anda sebagai pencarum akan dibayar secara lump sum (sekali gus) jika telah disahkan menghidap penyakit seperti yang termaktub dalam polisi.

    Dengan pembayaran wang yang dibuat, anda boleh menggunakannya untuk membayar ubat-ubatan atau menanggung kos rawatan dan sebagainya.

    Beza antara insurans perubatan biasa dengan insurans penyakit kritikal

    Mungkin ada yang masih keliru dan menganggap ‘fungsi’ insurans penyakit kritikal ini seolah-olah sama seperti insurans perubatan. Sebenarnya tidak. Jom lihat perbezaannya di bawah ini:

    Insurans Perubatan BiasaInsurans Penyakit Kritikal
    Pihak insurans akan membiayai segala kos untuk rawatan dan ubatan bagi penyakit yang tertentuPihak insurans membayar sekali gus sejumlah wang jika anda didiagnosis menghidap penyakit kritikal tertentu
    Pemegang polisi perlu menggunakan wang untuk tujuan mendapatkan rawatan dan ubatan yang diperlukan sahajaPemegang polisi boleh menggunakan wang untuk sebarang tujuan.
    Perbezaan antara Insurans Perubatan Biasa dengan Insurans Penyakit Kritikal

    Setelah membaca ketiga-tiga kepentingan dan insurans ini, penulis percaya bahawa anda akan mula menyedari betapa insurans ini akan berguna dan membantu anda suatu hari nanti.

    Untuk mendapatkan insurans kini tidak lagi sukar dan perlu keluar berjumpa ejen. Anda boleh mendapatkan ia secara online di Bjak. Hubungi sahaja kami dan tanyalah seberapa banyak soalan yang anda mahu untuk mendapatkan kepastian mengenai insurans. Janji dapat perlindungan!

    Dengan pelan lengkap semua-dalam-satu bermula dari hanya RM150/sebulan, penulis percaya memang berbaloi membahagikan sebahagian kecil pendapatan anda untuk perlindungan insurans selepas ini.